IDRIS HARON TELAH DIPERBODOHKAN DAP

Editor

28 Okt 2021

Telah banyak kali media mendedahkan bahawa Idris Haron mencanangkan kepada UMNO untuk bekerjasama dengan DAP.

Dia tidak fahamkah dalam banyak mesyuarat MKT UMNO, serta sokongan akar umbi, malah sejak 13 Mei 1969 lagi UMNO mengganggap DAP sebagai musuh Melayu-Islam malah bersetuju dengan Mufti Pahang bahawa DAP adalah kafir harbi.

Hanya Tun Mahathir sahaja yang seperti terkena rencatan elektrik mahu bekerjasama dengan DAP, tetapi kemudiannya sedar DAP hanya mempergunakannya.

Samalah juga dengan pengalaman PAS apabila DAP hanya memperbodohkan PAS ketika mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

Hanya setelah pemimpin tertinggi PAS meninggal dunia, baharulah PAS sedar seperti orang , yang baru sedar dari mimpi ngeri.

Kafir harbi tidak semestinya ditentang melalui perang konvensional tetapi hendaklah diserang melalui senjata media, serta menyekat menghalang daripada menerobos teritori Melayu-Islam.

Lihatlah apa yang telah mereka lakukan semasa 22 bulan mereka menguasai PH dan menjadikan Tun Mahathir sebagai keldai tua mereka.

Hari ini, pemimpin UMNO-BN Melaka mendakwa Idris yang mengidam untuk mendapatkan semula kerusi Ketua Menteri, telah dipermainkan DAP.

Daripada laporan media, Idris telahpun bersekongkol dengan PH-DAP dengan strategi mengumpul SD untuk menumbangkan kerajaan Melaka yang diterajui oleh UMNO di bawah kepimpinan KM Sulaiman Md Ali.

Sekiranya kerajaan negeri pimpinan UMNO tumbang, pastinya PH-lah yang akan mengambil alih kuasa.

Lantas dengan gelagat Idris yang sedemikian, dialah yang akan diangkat sebagai KM Melaka, sekiranya dia melompat masuk PH.

Nampaknya Idris sudah terjangkit dengan penyakit rakus politik DAP sebagaimana mereka berkuasa selama 22 bulan.

Akhirnya cita-cita Idris hendak menjadi Ketua Menteri Melaka tidak kesampaian apabila DAP pusat menolak pencalonannya dan bertegas mahukan Adly Zahari dari Amanah sebagai Ketua Menteri.

Sebaliknya kini, Idris terkapai-kapai keseorangan kerana tidak diterima PH-DAP, dan dipecat daripada UMNO.

Idris sebelumnya berkali-kali menggesa agar DAP diterima oleh UMNO sebagai strategi menabur budi kepada DAP supaya nanti DAP menyokong pelantikannya sebagai KM Melaka sekiranya Sulaiman tumbang.

Semua akuan bersumpah (SD) yang berjaya dikumpulkan oleh Idris telah diserahkan kepada DAP, manakala dalam SD tersebut Idris dicatatkan sebagai bakal Ketua Menteri Melaka. Malangnya DAP pusat telah menolak cadangan mengangkat Idris sebagai KM Melaka.

Idris berjaya menjatuhkan kerajaan, tetapi kerusi KM tidak menjadi miliknya kerana ditolak oleh DAP pusat.

Terbongkarlah bahawa Idris telah dipermainkan DAP dengan umpan besar, dan Idris sudah sakit terkena pancing dan kini menggelupur apabila PH sendiri tidak dapat menerimanya kerana ditolak oleh DAP pusat.

Lihatlah bagaimana Idris telah menemui DS Anwar Ibrahim untuk meyakinkan Ketua Pembangkang itu bahawa dirinya cukup sokongan untuk menjadi Ketua Menteri dan pertemuan itu diatur sendiri oleh Adly Zahari.

Jelaslah strategi Idris dan PH telah melanggar MoU persefahaman antara kerajaan pusat dan PH.

Kerajaan UMNO Melaka tidak akan tumbang jika tidak dengan komplot PH yang mempunyai kepentingan melalui strategi mereka mempermainkan Idris.

Kini Idris seperti orang kalah judi, kerana yang dikendong keciciran yang dikejar tidak dapat.

Pastinya dia sedang kemurungan memikirkan adakah dia harus bertanding atas tiket BEBAS, sedangkan UMNO telah memecatnya, PH tidak mahu menerimanya dan Pejuang pula tidak mahu bertanding.

Sudikah PAS menerimanya jika dia sujud pada PAS pula?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: