PH-LAH YANG JATUHKAN KERAJAAN UMNO-MELAKA TAPI MEREKA SALAHKAN UMNO

Dr Mamat Desa

26 Okt 2021

Sebelum dikupas tentang peranan PH dalam kes dan kemelut PRN Melaka, hendaklah diingat bahawa Bersatu adalah rakan kongsi yang amat rapat dengan PH. Dahulu secara terbuka, kini secara tersembunyi, namun mereka sebenarnya adalah kroni PH.

Ini adalah satu fakta yang tidak boleh disangkalkan kerana Perdana Menteri kerajaan PH tempoh hari adalah daripada Bersatu. Muhyiddin adalah Presiden Bersatu, dia adalah orang kuat Bersatu manakala Mahathir adalah Pengerusi Bersatu.

Buruk dan lemahnya Bersatu boleh dilihat apabila Bahagian Pagoh tempat Muhyiddin bertapak sudah pun hancur, banyak cawangan telah dibubarkan di Johor negeri kelahirannya.

Ramai ahli parlimen Bersatu telah meninggalkan Bersatu, malahan di Negeri Sembilan, seluruh Bahagian dan Cawangan Bersatu telah dibubarkan.

Lantas Muhyiddin amat bergantung kepada ahli parlimen UMNO untuk survivalnya tetapi, apa yang ada dalam fikirannya ialah, dia mahukan kuasa Perdana Menteri sebagaimana dia dapat setelah Langkah Sheraton, dan kuasa itulah yang telah dimusnahkan oleh UMNO apabila, UMNO menarik diri daripada menyokong Muhyiddin-Bersatu.

UMNO tidak mahu menyokong Bersatu kerana semasa PRN Sabah, banyaklah janji palsu Bersatu terhadap UMNO terutama tentang kerusi yang dipertandingkan.

Bersatu hanya menumpang kekuatan UMNO tetapi kemudiannya menjadikan UMNO parti hamba dan Bersatulah yang superior.

Sebab itu UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu kerana jika pada PRN UMNO bekerjasama dengan Bersatu, nanti pada PRU15, dia akan menuntut dan mengugut UMNO setelah dia memperkukuhkan dirinya dengan cara menuntut banyak kerusi Parlimen yang menjadi hak tradisi UMNO.

Ahli-ahli parlimen Bersatu termasuk Muhyiddin, Hamzah Zainuddin dan ramai lagi, pada hakikatnya adalah katak-katak yang terpaksa patuh pada ugutan Mahathir tempoh hari dan melompat masuk Bersatu. Kini setelah Mahathir jatuh Bersatu sebenarnya adalah kroni Mahathir.

Lihat apakah yang berlegar dalam fikiran Mahathir.

Mahathir mahu UMNO dikuburkan. Sekiranya dia mahu UMNO dikuburkan mengapa pula dia sibuk mengingatkan Bersatu bahawa mereka akan kalah pada PRU15 nanti sekira tiada kerjasama dengan UMNO?

Kecualilah sekiranya dia sudah nyanyuk.

Kemudian terpantul pula daripada mulut celuparnya bahawa dia masih sayangkan UMNO.

Hakikatnya dalam fikiran Mahathir UMNO amat kuat, UMNO amat relevan dan signifikan pada mata rakyat yang sudah sekian lama bergantung pada UMNO.

Keputusan PRU14 adalah satu hakikat ‘try and error’ yang menjahanamkan keharmonian negara, dengan pelbagai musibah yang meleret-leret sehingga ke hari ini.

Kemudian kita lihat sebagaimana yang diujarkan oleh DS Najib Razak, daripada 4 orang ADUN yang tumbangkan kerajaan Melaka adalah 2 ADUN UMNO, seorang ADUN PPBM-PH dan seorang bekas ADUN DAP-PH.

Keempat-empat ADUN telah mengadakan mesyuarat rahsia dengan ketua PH.

Siapakah yang menjanjikan jawatan tinggi kepada 4 ADUN itu sekiranya kerajaan Melaka tumbang jika bukan orang kuat PH.

Siapakah yang mahu berjumpa TYT Melaka untuk melantik Ketua Menteri baharu daripada PH dengan sokongan 4 ADUN tersebut, jika bukan PH.

Siapakah yang bantah pembubaran DUN Melaka dan mahu kerajaan Melaka diserahkan sahaja kepada PH kalau bukan PH.



Pihak yang menerima manfaat terbesar sebab kerajaan UMNO Melaka tumbang, tidak lain dan tidak bukan adalah PH.

Tetapi mengapa pula UMNO yang dipersalahkan jika kerajaan Melaka yang diketuai UMNO ditumbangkan?

PH yang berkomplot hendak tumbangkan kerajaan UMNO Melaka, tetapi mereka salahkan pula UMNO kerana mahu tumbangkan kerajaan UMNO Melaka.

Jika tidak diadakan PRN, mereka akan caci-cerca sebagai kerajaan ‘tebuk atap’, tetapi bila diadakan PRN mereka marah pula dengan seribu satu alasan.

Hakikatnya mereka takut dan gentar kerana UMNO amat kuat sebagaimana mimpi ngeri Mahathir.



****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: