BEKAS MENTERI PH, HANIPA MAIDIN BAWA BERITA PALSU DAN FITNAH DALAM PARLIMEN

Editorial

26 Okt 2021

Semalam terbit dalam YouTube, bidasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri PH, Hanipa Maidin terhadap hasrat DS Najib Tun Razak untuk menziarah anaknya yang akan bersalin di Singapura.

Hanipa membidas, “Alasan untuk melawat anak nak bersalin. Dia (Najib) bukan bidan. Nak ke Singapura, lima hari cukup. Ini dekat sebulan. Adakah Yang Berhormat Pekan ini bidan?”

Dengan maksud lain, Ahli Parlimen Sepang itu mempersoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak daripada kerajaan.

Pada hakikatnya tidak ada keistimewaan yang diberikan kepada DS Najib, sebaliknya ia adalah kebenaran Mahkamah Rayuan daripada ketiga-tiga hakim yang membenarkan Najib mendapatkan pasport beliau untuk tujuan berkenaan.

Hanipa juga membabi buta seperti penyebar berita palsu di parlimen bahawa Najib akan pergi selama sebulan dan Hanipa menegaskan bahawa lima hari sudah cukup.

Hanipa seperti si tolol yang tidak meneliti tempoh kuarantin selama 10 hari yang dikenakan oleh kerajaan Singapura kepada pelawat ke negara itu. Malahan Malaysia juga mengenakan kuarantin kepada pelawat luar selama 14 hari.

DS Najib menjawab dalam FB beliau “Jadi, buat apa kamu menyalak di Dewan Rakyat?  Tak ada lagi isu penting negara ke? Kamu nak kerajaan campur tangan dalam urusan mahkamah atau keputusan hakim ke?”

Jadual DS Najib ke Singapura adalah selepas PRN Melaka yang berlangsung pada 20 November.

Lantas DS Najib bercadang ke sana pada 21 November dan pulang sebelum 5 Disember dan seterusnya menyerahkan kembali passport pada 6 Disember (lima belas hari).

Nampaklah bodohnya Hanipa yang telah menegaskan ‘lima hari’ sudah cukup untuk DS Najib ke sana, sedangkan dia lupa bahawa Singapura masih melaksanakan SOP pencegahan Covid19 dengan kuarantin kepada pelawat.

Hanipa menggunakan sentimen yang amat biadap dalam parlimen, sehingga menyindir DS Najib sebagai bidan.

Perancangan DS Najib sudah pun disiarkan dalam akhbar Kosmo bertarikh 22 Oktober.

Semasa PH masih berkuasa, Hanipa pernah memberi amaran keras kepada penyebar berita palsu, dan beliau menggesa agar pihak PDRM mencari penyebar berita palsu sehingga ke lubang cacing.

Kali ini, tidakkah dia pula bertindak sebagai penyebar berita palsu, bukan di media sosial, sebaliknya di tempat mulia seperti Dewan Parlimen?

Jika hendak mencari isu untuk dibincangkan dalam parlimen, carilah isu yang ada kepentingan rakyat seperti isu ‘babi hutan yang berleluasa menggangu tanaman dan ternakan petani’ sebagaimana dibawa oleh ADUN Norhizam Hassan Baktee di DUN Melaka..

Nampaknya Norhizam lebih cerdik daripada Hanipa, walaupun hanya merupakan seorang pemandu van sebelum diangkat sebagai ADUN.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: