AMAT CELAKA, KERAJAAN SEBELUM INI CUBA RASUAH DAN UGUT KU NAN

Editorial

24 Okt 2021

Jika selama ini sebilangan khalayak media dan rakyat mempunyai persepsi bahawa DS Najib telah diheret ke mahkamah melalui ‘dakwaan terpilih’, namun dengan pendedahan DS Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan, persepsi tersebut telah menjadi kebenaran.

DS Ku Nan mengaku telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh kerajaan ‘sebelum ini’ sekiranya beliau bersedia lompat parti meninggalkan UMNO.

Jelas sekali tawaran sedemikian adalah satu bentuk rasuah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, dan gejala itu seharusnya dihapuskan dan diambil tindakan undang-undang.

Ku Nan bertekad tidak akan meninggalkan UMNO kerana beliau amat yakin, hanya UMNO yang akan dapat mempertahankan masa depan orang Melayu, dan agama Islam.

Kata Ku Nan “Walau apa pun terjadi, saya tidak akan mengikut apa yang dikehendaki mereka kerana saya amat yakin hanya UMNO yang akan menentukan masa depan orang Melayu, agama saya terjaga dan negara terpelihara dengan hala tuju yang benar,” katanya.

Ku Nan telah membuat pendedahan berkenaan dalam majlis perasmian Persidangan UMNO Cawangan Bunga Matahari di Putrajaya pada 23 Okt.

Tawaran kedudukan jawatan tinggi kerajaan yang dijanjikan mempunyai alternatif sebaliknya sekiranya ia ditolak.

Akibat penolakan tawaran tersebut, Ku Nan telah diheret ke mahkamah dengan dakwaan yang direka dan diada-adakan.

Perkara yang lebih memeranjatkan ialah apabila Ku Nan turut mendedahkan bahawa 16 Ahli Parlimen UMNO telah bertindak memberi sokongan kepada parti serpihan itu kerana tidak sanggup berdepan dengan tekanan ‘dakwaan terpilih’.

Jelas Ku Nan “Kita tahu kenapa mereka itu berbuat demikian. Ada kebarangkalian disebabkan kerana tekanan yang telah dibuat oleh pihak tertentu untuk memastikan sokongan diberikan kepada mereka.

Jika mereka menolak maka mereka akan diheret ke muka pengadilan atas tuduhan yang di luar akal sebagaimana yang telah dialami oleh Ku Nan.

Dalam ucapan itu, Tengku Adnan yang merupakan Bendahari UMNO berjanji berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Bagi Ku Nan, UMNO adalah parti berteraskan akar umbi, mempunyai struktur dan organisasi yang mantap di samping mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas.

Walaupun UMNO menghadapi onar yang begitu ketara terutama daripada parti serpihan yang inginkan UMNO dikuburkan  namun sehingga hari ini UMNO tetap berdiri teguh.

Kemenangan mereka bukanlah kemenangan yang selesa, lantas mereka mereka mencampuri urusan perundangan dan UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan politik untuk melemahkan parti.

Kami lihat, inilah pendekatan yang digunakan oleh republik yang berjiranan dengan Malaysia untuk melemahkan dan menguburkan parti pembangkang.

Alangkah baiknya sekiranya Ku Nan atau ahli UMNO membuat laporan polis, supaya tindakan terhadap pihak yang membuat ugutan serta cubaan menawarkan kedudukan tinggi dalam kerajaan itu diheret ke mahkamah.

Selagi ada petualang politik sedemikian, selagi itulah demokrasi di negara ini akan ternoda dan dicabul kemurniannya.

Lihatlah kedurjanaan yang terbongkar dalam SPRM, dan LHDN, serta mungkin banyak lagi sebagaimana sekonyong-konyong hakim Mahkamah Tinggi yang sepatutnya membicarakan DS Najib ditukar dan digantikan dengan hakim lain, tetapi setelah perbicaraan tamat, dia ditukarkan semula ke mahkamah lain.

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara TS Abdul Hamid Muhamad telah memperakui bahawa PM terdahulu telah mencampuri urusan badan Perundangan dan Kehakiman Negara.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: