PRN MELAKA – UMNO TIDAK BOLEH BEKERJASAMA DENGAN ORANG YANG TAMAK

Editorial

24 Okt 2021

Terdedah dalam media, PN menuntut 13 kerusi DUN (Bersatu 8 dan PAS 5) sedangkan kawasan dominasi Melayu hanyalah 21 kerusi DUN sahaja.

Malahan dalam beberapa media lain, PN dikatakan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka.

Pada PRU14, di tengah-tengah pembohongan dan janji palsu PH, UMNO telah menang 14 kerusi DUN manakala Bersatu hanya menang 2 kerusi DUN.

Muhyiddin hendaklah sedar bahawa pengundi tidak lupa bahawa Bersatu adalah rakan komponen PH yang telah menipu mereka semasa PRU14 tempoh hari, sehingga membawa kemenangan penipuan pada PH termasuklah Bersatu.

Nanti pada PRN Melaka, terbangkit satu lagi persoalan, adakah UMNO-BN akan menggunakan logo ciptaan Bersatu, yang pada PRU14 adalah rakan komponen PH yang telah banyak menipu pengundi?

Janganlah hendak memperbodohkan UMNO serta pengundi, bagi menutup kelemahan dan penipuan PH, manakala Bersatu adalah rakan PH semasa PRU14.

 

Jika PN tuntut 13 kerusi DUN bermakna UMNO hanya mempunyai harapan untuk 7 kerusi DUN sahaja, sedangkan UMNO telah menang 14 kerusi DUN pada PRU14 tempoh hari, manakala Bersatu hanya menang 2 kerusi DUN.

PAS yang bertanding 24 kerusi DUN dan kalah semuanya juga menuntut 5 kerusi.

Sepatutnya, sekiranya mahu bertanding atas nama perpaduan Melayu-Islam, kawasan yang dimenangi UMNO-BN usahlah diganggu.

Bersatu harus sedar, mereka hanya menang 2 kerusi DUN sahaja, itupun mereka menang bukan atas nama Bersatu tetapi atas nama PKR-PH dengan menggunakan logo PKR.

Ingatlah sikit kemenangan PH pada PRU14 adalah atas dasar penipuan, pembohongan, janji palsu, fitnah dan hasutan. Manifesto pun dipersendakan.

Ingatlah, pengundi tidak lupa itu semua dan pengundi menunggu untuk bertindak pada PRU15 nanti. Semasa PRU14 pada 2018, UMNO bertanding di 18 kerusi DUN, manakla sekutu BN yang lain diletakkan di 10 kerusi DUN yang bukan kawasan dominasi Melayu.

Jika hendak membahagi kerusi, maka berbahagilah pada 12 kawasan DUN yang tidak dimenangi oleh mana-mana parti dalam PN.

Janganlah hendak mengganggu kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO.

Lantas, Bersatu jangan cuba memperbodohkan UMNO sebagaimana UMNO diperbodohkan dan dibuli semasa PRN Sabah. 

PAS yang tidak menang satu kerusi pun pada PRU14, baiklah memberi sokongan sahaja dan tidak perlu mengganggu kerusi UMNO sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini.

Baiklah PAS mendiamkan diri sahaja dan sekadar memberi sokongan sebagaimana 7 PRK semasa PH berkuasa, atau jika PAS hendak juga bertanding maka pilihlah daripada 12 kawasan yang tidak dimenangi oleh mana-mana parti baik UMNO, Bersatu dan PAS sendiri.

Semasa PRU15 nanti, UMNO tidak akan ganggu kawasan PAS dan PAS tidak akan menggangu kawasan yang telah dimenangi UMNO dan juga kawasan yang menjadi kawasan tradisi masing-masing, sebagaimana yang telah dipersetujui.

Bersatu hendaklah sedar diri bahawa majoriti pemimpin mereka adalah katak-katak politik yang pada mulanya amat setia pada Tun Mahathir dan bukannya pada Muhyiddin. 

Semasa Muhyiddin menjadi PM sekalipun Muhyiddin hanya ada 6 Ahli Parlimen sahaja, hanya dengan sokongan PAS dan UMNO, Muhyiddin boleh bertahan dan diangkat sebagai PM.

Manakala yang lain adalah mereka yang melompat katak, kerana habuan dan kedudukan, serta ugutan dakwaan terpilih.

Lantas, Muhyiddin janganlah sombong, tamak dan bongkak.

Atas sikap tamak, sombong dan bongkak itulah UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PN.

 

*****

 

.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: