ARAK TIMAH – PERLUKAH NAMA DIPERSOALKAN ATAU KESAN MABUK ARAK?

Dr Mamat Desa

23 Okt 2021

Amatlah diyakini bahawa syarikat pengeluar arak berjenama ‘Timah’ iaitu Winepek bukanlah milik orang Islam kecuali jika ia dikeluarkan oleh syarikat San Miguel milik anak Tun Mahathir.

Walaupun nama arak ‘Timah’ bukan isu utama namun menggunakan kata daripada perbendaharaan kata Melayu telah membangkitkan persoalan.

Adakah syarikat pengeluar cuba hendak menarik perhatian kaum Melayu, atau kerana kesetiaannya hendak mengangkat kedaulatan Bahasa Melayu?

Banyaklah produk syarikat pengeluaran milik kaum Cina yang menggunakan jenama daripada perkataan Melayu terutama bagi produk ‘makanan’ dengan tujuan semata-mata untuk menarik perhatian pengguna kaum Melayu.

Malahan mereka turut menggunakan tulisan jawi, pada pakej produk, tetapi apabila kurikulum pendidikan sekolah hendak memasukkan silabus pengajaran tulisan jawi mereka melenting dan marah.

‘Timah’ bermaksud sejenis logam yang dalam Bahasa Inggeris disebut ‘Tin’ atau ‘Stannum’ dalam Bahasa Latin.

Peliklah kalau hendak dikaitkan dengan nama puteri Rasulullah SAW ‘Fatimah al-Zahra’ RA.

Kecuali bagi orang Melayu lama atau Melayu pedalaman apabila nama anaknya bernama Fatimah, dalam panggilan harian disebut ‘Timah’ atau ‘Temah’. Lagipun logo yang tertera pada botol arak ‘Timah’ itu adalah seorang lelaki, dan bukannya wanita.

Walau apapun persoalannya bukan nama yang harus dijadikan polemik sebagai mana beberapa orang ustaz cuba hendak memperdebatkan supaya ia menjadi panas.

Soal utama ialah arak itu haram kerana ia memabukkan. Jika mahu diperjuangkan nilai Islam maka, haramkanlah penjualan arak, tidak kiralah nama Temah, nama Madey, nama Tommy, nama Thomas, nama Omar atau nama Bintang dan sebagainya.

Nama arak itu tidak menjadikannya halal kerana arak tetap haram, biarlah dinamakan sebagai ‘heaven’, ‘paradise’ atau ‘sanctuary’ sekalipun.

Hanya kerana tertonjol arak berjenama ‘Timah’ baru nak melompat, cengeng, marah, tapi soal arak itu haram sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan dijual sejak kedatangan penjajah Barat di Tanah Melayu tidak pula menjadi isu.

Isu kedua yang harus diketengahkan ialah kerana ia terbangkit di tengah-tengah isu ‘Oktober Fest’ di Selangor yang menjadikan arak sebagai pesta minuman yang dijulang dan didewakan.

Adakah arak dan pesta sedemikian dibolehkan kerana menghormati kaum dan kepercayaan mereka yang tidak mengharamkan arak?

Tapi apabila berlaku kemalangan kerana pemandu mabuk atau pembunuhan kerana tertuduh mabuk, pemimpin sedemikian, pandai pula hendak kaitkan bana bahayanya arak dalam masyarakat.

Gesaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi supaya kerajaan menutup operasi Winepek adalah sesuatu yang harus disokong, tapi bukanlah kerana nama arak itu ‘Timah’, sebaliknya kerana arak itu adalah arak, dan arak memabukkan.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: