PH BERDILEMA UNTUK MENERIMA CALON SUKA MAKI-HAMUN

Editorial

21 Okt 2021

Apabila bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegur PKR Melaka supaya lebih peka dalam memilih calon untuk PRN, supaya tidak memilih karektor yang suka maki-hamun, pelbagai perkara telah berbangkit.

Rafizi bukan sahaja merujuk kepada sikap Norhizam Hassan Baktee, ADUN Pengakalan Batu, tetapi Rafizi juga merujuk kepada bekas Ketua Menteri, Idris Haron yang dikatakan kurang keprihatinan kepada rakyat.

Sememangnya isu akhlak dan kesantunan bahasa kadangkala diketepikan oleh pihak atasan PKR dan PH.

Kata Rafizi, watak-watak yang mempunyai rekod buruk, yang suka maki-hamun bukanlah jenis calon yang perlu ditampilkan. Pastinya maksud Rafizi hendaklah ditolak calon sedemikia

Menerima calon yang mempunyai watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan mereka yang tidak berprinsip adalah satu kesilapan yang akan menghakis keyakinan rakyat.

Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah membidas pihak yang mahu memilih calon sedemikian atas alasan ‘strategi politik’.

DAP sendiri telah mengkritik majlis PH yang menunjukkan penerimaan mereka terhadap empat ADUN yang telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri sehingga DUN dibubarkan dan PRN terpaksa diadakan.

DAP menjenamakan Norhizam Baktee sebagai pengkhianat, kerana sebelum ini dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, dan kemudiannya bersekongkol dengan Idris Haron dan dua lagi ADUN untuk menjatuhkan Ketua Menteri DS Sulaiman Md Ali.

Lim Guan Eng telah menyatakan pendirian DAP untuk menolak penyertaan Norhizam dalam mana-mana parti komponen PH pada PRN Melaka nanti.

Keempat-empat ADUN yang belot kepada Ketua Menteri itu, telah menaruh harapan agar dapat bertanding atas tiket PH (PKR) pada PRN Melaka 20 November ini.

Idris Haron dan Nor Azman telah dipecat daripada UMNO, manakala Noor Effandi Ahmad juga telah dipecat daripada Bersatu.

Pendirian Bersatu nampak selari dengan pendirian UMNO yang tidak mahu berkompromi dengan pemimpin yang mementingkan diri sendiri daripada solidariti parti.

Pendirian DAP untuk tidak menerima Norhizam Baktee pastinya membangkitkan dilema kerana semasa PRU14, Norhizam telah bertanding atas tiket DAP.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari pula mempunyai pandangan yang bertentangan dengan DAP, kerana PKR masih membuka peluang kepada bekas ADUN pengkalan Batu itu.

Dengan pendirian Adly itu adakah bermakna PKR masih mahu menerima karektor yang suka maki-hamun sebagai calon mereka?

DAP mungkin tidak kisah dengan karektor maki-hamun yang ada pada calon mereka sebaliknya alasan kuat yang diberikan oleh DAP ialah sikap ‘khianat’ Norhizam yang tidak boleh mereka terima.

Sikap maki-hamun pemimpin DAP seperti sudah sebati. Lihat sahajalah watak Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang amat biadap, sehingga mempermain-mainkan maruah dan harga diri pemimpin lain sehingga membawa kepada penghinaan di alam kubur sebagaimana dia menghina Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun DS Ti Lian Ker telah mengkritik keras sikap biadap Nga Kor Ming itu dan menegaskan bahawa masyarakat Cina tersinggung dengan sikap Kor Ming sedemikian.

Kata Lian Ker, jika Kor Ming mahu membuat lawak mengenai seseorang lebih tua, berlawak mengenai Dr Mahathir bermain judi mahjong dengan mendiang Lee Kuan Yew selepas mati, atau menggelar Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan, dia perlu melakukannya atas nama sendiri dan bukan mendakwa kononnya masyarakat Cina boleh menerima atau menyokong penghinaan seumpama ini.

Dalam DAP, bukan Nga Kor Ming sahaja yang biadap, ada beberapa lagi yang tidak perlu disebutkn nama mereka di sini.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: