Editorial
22 Okt 2021
UMNO terus dengan pendirian yang telah diputuskan oleh MKT pada Feb lalu di Janda Baik, bahawa tidak akan ada kerjasama dalam PRU dengan Bersatu-PN.
Kerjasama sedia ada dengan kerjaan PN, hanyalah dalam urusan pentadbiran kerajaan, itupun sehingga parlimen dibubarkan.

Sejak dari awal UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif, mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

UMNO telah memaklumkan kepada PN sejak Muhyiddin berkuasa sebagai PM berhubung keputusan MKT untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU15.
Sementara itu, Ahmad Zahid yakin BN mampu menang pada PRN Melaka berdasarkan ‘permasalahan’ di ‘pihak sebelah sana’ ketika ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 Nov.

Korek, Bongkar, Dedah melihat bahawa kerjasama UMNO-PN dalam PRN Melaka tidak membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO-BN kerana PN akan dilihat sebagai oportunis dalam hal pembahagian kerusi.
Pada PRU14, Bersatu hanya menang 2 kerusi manakala UMNO telah memenangi 14 kerusi daripada 22 kerusi yang ditandinginya.

Sekiranya wujud kerjasama dalam PRN tersebut maka UMNO-BN terpaksa mengorbankan sekurang-kurang 12 kerusi kepada PN dan hanya meletakkan calonnya di 10 DUN sahaja.
Meskipun jumlah DUN adalah 28, UMNO-BN hanya meletakkan calonnya di 22 DUN sahaja kerana 6 DUN lagi adalah kawasan dominan DAP, manakala UMNO-BN tidak begitu menaruh harapan kepada MCA untuk menentang DAP.
Lantas sekiranya UMNO-BN bertanding sendiri, sekurang-kurangnya mereka mempunyai peluang untuk mempertahankan 14 kerusi yang telah dimenangi pada PRU14.
Manakala sekiranya wujud kerjasama dengan PN-Bersatu, mereka pastinya terpaksa mengorbankan 12 daripada 22 kerusi yang dipertandingkan untuk Bersatu, atau mungkin Bersatu dengan sikap angkuh mereka sebagaimana berlaku di PRN Sabah, akan menuntut lebih lagi kerusi daripada UMNO-BN.
Adakah kemungkinan UMNO akan kalah di PRN Melaka? Jawapannya mestilah ada.
Namun jika UMNO-BN kalah pun, mereka kalah dari aspek kerusi, tetapi dari aspek prinsip, moral dan pendirian mereka tetap menang.

Pengundi harus bertanya, di manakah Muhyiddin dan Bersatu ketika umat Islam menentang ICERD dan Statut Rom pada ketika PH berkuasa tempoh hari?
Jawapannya Bersatu ketika itu berada di sisi DAP dan Mahathir telah memperakui dia adalah boneka DAP atau dalam bahasa kasarnya Pengerusi Bersatu itu adalah keldai DAP. Samalah Muhyiddin pun.

Siapakah di belakang pembentukan Bersatu, dan mengapakah Bersatu ditubuhkan?
Jawapannya, Bersatu ditubuhkan untuk membunuh UMNO dan Bersatu juga ditubuhkan atas idea DAP-Lim Kit Siang supaya menjadi pengganti UMNO tetapi mesra DAP.
Inilah antara akar persoalan yang harus menjadikan UMNO-BN menjauhi Bersatu.
*****
Tinggalkan Jawapan