DAP JENAMAKAN NORHIZAM SEBAGAI PENGKHIANAT

Editorial

20 Okt 2021

Dahulunya mereka adalah rakan seperjuangan dalam DAP tetapi sehari yang lalu Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana menempelak PH kerana menyambut Norhizam Hassan Baktee, bagaikan pahlawan, sedangkan bagi Low dialah antara pengkhianat yang telah menyebabkan PH kehilangan kuasa ke atas kerajaan negeri Melaka.

Pada Mac lalu, Kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka tumbang apabila BN mendapat sokongan daripada Bersatu dan beberapa ADUN yang lain untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu dengan jumlah keseluruhannya 17 ADUN.

Antara faktor yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH adalah tindakan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pangkalan Batu) yang telah meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon Bebas.

Norhizam telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu lagi menjadi barua DAP, dan telah membangkitkan kemarahan kepimpinan DAP kerana pada PRU14, Norhizam banyak mendapat sokongan daripada kaum Cina yang menyokong DAP.

Walau apa jua tindakan Norhizam, pada hakikatnya dia dilihat seperti psikopat yang kasar dan sering memekik dan memaki-hamun.

Karektor Norhizam dilihat amat selari dengan karektor pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming.

Terkini Norhizam bersama 3 lagi ADUN telah bertindak mengkhianati pula kerajaan BN-Bersatu yang menyebabkan kerajaan negeri hilang kuasa, manakala TYT bersetuju untuk membubarkan DUN bagi mengadakan PRN pada 20 November ini.

Chee Leong membidas majlis anjuran PH yang cuba meraikan pengkhianatan Norhizam bersama tiga ADUN lagi iaitu Idris Harun, Azman Hassan, dan Noor Effandi Ahmad.

Meskipun kali ini tindakan keempat-empat ADUN itu telah menumbangkan pula kerajaan BN-Bersatu, namun tindakan Norhizam meninggalkan DAP pada Mac lalu, masih tidak dapat dimaafkan oleh Chee Leong.

“Mengapakah pengkhianat disambut seperti pahlamawan? Ini lawak!” kata Chee Leong dalam siaran FB-nya.

Mungkin Chee Leong tidak dapat meluahkan perasaan marahnya semasa berada dalam majlis tersebut kerana kehadiran Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim, Pengerusi Amanah Melaka, Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew serta kira-kira 200 ahli PKR.

Walaupun majlis tersebut bertujuan untuk membentuk sokongan kepada PH, namun sebahagian besar pemimpin gabungan itu tidak menyenanginya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: