Editorial
19 Oktober 2021
Kasihan sungguh apabila melihat Datok Norhizam Hassan Baktee cuba mengendeng untuk kembali bersama DAP sedangkan mereka melayan dia sebagai pembelot yang cuba mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi.

Itu sahajalah jalan terbaik baginya kerana, dia telah ditolak oleh BN, sedangkan dia tahu dia menang tempoh hari kerana sokongan kaum Cina terhadap DAP, bukan kerana dia ‘juara tembak babi’ sebagaimana gelaran yang diberikan oleh Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar suatu ketika dahulu.
Semalam DAP bertegas menolak bekas ADUN Pengkalan Batu itu sebagai calon mereka.
Lim Guan Eng, tanpa mahu berbincang panjang tentang alasan penolakan itu menegaskan bahawa semua orang tahu siapa dia Norhizam.
Tanpa memberi penjelasan, khalayak media mungkin melihat sikap Norhizam yang cepat naik angin dan tidak membawa ciri-ciri pemimpin yang menyantuni rakyat dengan budi bahasa.
Sebenarnya daripada karektonya, Norhizam sememangnya amat sesuai menjadi ADUN DAP. Melihat tingkah-laku Norhizam dan budi bahasanya, dia saling tak tumpah seperti Nga Kor Ming yang amat biadap sebagaimana kata orang Melayu ‘kurang ajar’.
Dia sanggup menghina Tun Mahathir dengan gambaran bahawa Mahathir akan bermain mahjong tidak lama lagi bersama-sama dengan rakannya Lee KuanYew di dalam kubur.
Tapi Tun Mahathir nampaknya tak kisah, maklumlah masa tu dia sedang bercinta dengan DAP. Cubalah kalau Najib cakap begitu, pasti Mahathir dah kena stroke dan terdampak di hospital pakar kelas dunia.
Ahli politik seperti Norhizam ini amat sesuai berada dalam kem Idris Harus yang mementingkan soal materialistik tanpa mahu mengambil kira hati-nurani rakyat.
Lihatlah sahaja pendedahan yang dibuat oleh Datok Muhamad Ali Muhamad bahawa rakyat amat susah untuk bertemu dan mengadu hal pada Idris, semasa dia menjadi Ketua Menteri dan juga ADUN, sehingga dia ditolak oleh ahli UMNO dalam pemilihan parti.

Norhizam pada PRU14 telah memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu atas tiket DAP.
Namun sebelum timbul isu gerakan menarik sokongan kepada Ketua Menteri, DS Sulaiman Md Ali bersama-sama dengan DS Idris Harun (BN), Datuk Azman Hassan (BN), dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu), Norhizam telah meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon ‘bebas’.
Tepat sekali dia meninggalkan DAP kerana dia adalah ‘anti-babi’, sedangkan dalam DAP, semuanya amat berminat pada ‘babi’.
Dua ADUN BN telah dilucutkan keahlian mereka oleh UMNO pusat, manakala Noor Effandi juga telah dilucutkan keahliannya oleh Bersatu.

Mereka ini semua seperti terjebak dengan perangkap sendiri, dan kini masing-masing seperti orang kalah judi.
Walaupun PH sanggup menerima Idris Harun sehinggakan Presiden PKR sendiri datang berbincang dengan Idris, tapi adakah dia seratus peratus sudi hidup bersama Anwar?
Dia akan menjadi seperti janda yang dipaksa kahwin dengan lelaki yang amat dibencinya.
Lantas, mampaknya strategi Norhizam menyokong Idris Harun, tidak menjadi dan kini meletakkan dirinya terkontang-kanting tanpa dahan untuk bergantung.
Mentelahan lagi, dia dikenali sebagai juara ‘anti-Babi’ yang secara tidak langsung pastinya gagal menarik sokongan pihak yang amat ‘cintakan babi.’
Presiden Amanah, Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng daripada makan ayam bersama DS Najib Tun Razak.
Nampak Norhizam tidak pandai berpolitik dan dia telah terjebak denga perangkapnya sendiri.
Idris Harun yang menjadi mastermind kepada kumpulan ‘empat pengkhianat’ itupun tiada daya upaya untuk membantu Norhizam kerana dia sendiri kini merempat mencari sokongan PH.
Mungkin Norhizam amat sesuai untuk cuba-cuba pula mengendeng Pejuang.
Tapi dia jangan pula lupa Pejuang, sebagaimana kata pemimpin DAP, Dr P Ramasamy, Pejuang hanyalah parti nyamuk, ia hanya menunggu masa untuk berkubur. Terkena asap rokok pun boleh mati.
******
Tinggalkan Jawapan