IDRIS HARUN SEPERTI KALAH ‘JUDI’

Editorial

17 Okt 2021

Idris Harun, bekas Ketua Menteri Melaka, sebenarnya telah ditolak oleh ahli UMNO di Tangga Baru.

Demikianlah pendedahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Melaka, Mohamad Ali Mohamad.

Hakikatnya Harun telah kalah dalam pemilihan parti UMNO di Tangga Batu, dan dengan itu wajarlah dia tidak lagi dilantik sebagai Ketua Menteri.

Nampaklah sangat bahawa survival politik Idris Harun amat malap dan pudar, kecuali dia dapatkan sokongan daripada pembangkang, dan jatuhkan Ketua Menteri sedia ada dengan bidaan supaya dia dilantik sebagai Ketua Menteri kembali.

Kenyataan Idris bahawa MCA dalam BN tidak lagi relevan, sedangkan DAP lebih diterima kaum Cina Melaka adalah bukti bahawa sudah ada bibit-bibit kerjasama Idris dengan DAP.

Idris lupa bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina, mengindoktrinasi pemikiran kaum Cina dengan momok-momok perkauman, ketidakadilan sosial, menolak hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Idris juga tidak mesra rakyat, dedah Mohamad Ali, lantas bagaimanakah dia boleh menjadi wakil rakyat.

Bidang kepakaran akademik beliau adalah kejuruteraan dan bukannya sains sosial yang boleh menjadi katalis untuk mendekati hati rakyat, permasalahan rakyat dan menyantuni rakyat.

Kata Muhamad Ali, “Ada yang mengadu kena tunggu 3-4 jam depan rumah dia sebelum dapat jumpa. Padahal dia di dalam rumah bersembang kosong dengan kawan-kawan politik dia.”

Itulah tipikal pakar kejuruteraan yang bersikap materialistik dan kapitalistik yang lebih daripada soal insaniah dan hati-nurani rakyat.

Bukan Idris tidak bagus, tetapi dia bagus dalam hal lain, dan bukannya dalam hal menyantuni jiwa dan sanubari rakyat.

Dia lebih suka memikirkan soal tanah tambak pesisir pantai, membina kota besar yang hanya akan memperkayakan lagi golongan kapitalis, sedangkan apa yang kerajaan dapat hanyalah ciput berbanding pemaju swasta berkenaan, lantas bagaimana untuk membantu rakyat?

Dialah yang telah memulakan projek tambak laut pesisir Melaka itu, untuk dibangunkan sebagai kota raya, dan hanya beberapa peratus sahaja keuntungannya akan diperoleh kerajaan negeri.

Tidak hairanlah Idris kalah dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Agak berbeza dengan sikap penyantunan Tun Ali Rustam, yang sentiasa menerima keluhan rakyat dengan senyuman dan cuba mencari jalan membantu mereka tanpa kira waktu.

Namun Idris mengehadkan layanan terhadap rakyat hanyalah pada waktu kerja sahaja, sedangkan pada waktu kerja, rakyat bekerja.

Mohamad Ali mendedahkan lagi, bahawa Idris sering menjarakkan diri dengan aktiviti UMNO di kawasannya dan tidak juga menyantuni kehadiran pemimpin UMNO pusat.

Idris juga pernah berbohong terpaksa pergi ke Tehran (Republik Syiah Iran) dengan alasan kononnya ada urusan (dengan pemimpin Syiah?) tapi hakikatnya dia cuba mengelak majlis UMNO Tangga Batu.

Atas faktor penolakan rakyat itu, Idris amat takut sekiranya diadakan PRN Negeri Melaka.

Apa yang dia dan tiga lagi ADUN lakukan yang diterjemahkan sebagai mengkhianati Ketua Menteri Melaka, adalah untuk mengemukakan SD supaya dengan jatuhnya DS Sulaiman, dialah yang menggantikannya, tanpa perlu mendapat mandat rakyat.

Inilah taktik yang beberapa kali digunakan DS Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana tertonjol dengan ‘Strategi 16 Sept 2008’ tetapi gagal dan terus gagal.

Idris takut dengan PRN kerana dia pasti kalah sebagaimana dia kalah di Tangga Batu.

Sememangnya dahulu Idris menang dalam PRU14, tetapi dia menang atas tiket UMNO-BN.

Kini dia bukan lagi ahli UMNO. Dia kini dilihat sebagai pembelot dan pengkhianat kepada UMNO. Malahan dia telah mendedahkan kerjasama dia dengan PKR dan mula memuji-muji DAP.

Idris memberi alasan bahawa dia tidak mahu PRN Melaka diadakan kerana pandemik Covid19 masih tegar dan PRU pun pastinya akan diadakan dalam tempoh kira-kira 1 tahun setengah lagi.

Lantas sekiranya PRU tidak lama lagi, kenapa Idris harus gelojoh dan terburu-buru? Pastinya kerana dia bimbang dia tidak lagi dipilih oleh akar umbi UMNO baik di Tangga Batu mahupun di mana-mana jua di Melaka.

Nampaknya Idris seperti kalah judi.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: