Editorial
9 Okt 2021
Kertas Pandora bukanlah satu pendedahan pendeposit luar pesisir yang tinggi kredibiliti dan reliabiliti kerana ia hanya menyentuh bank di Britain, Amerika dan negara jajahan mereka.
Itu pun tidak termasuk Bank Israel dan bank lain di gagasan tersebut.
Ia hanya melibatkan 14 pembekal perkhidmatan luar pesisir, sedangkan terdapat berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.
Ia tidak menyentuh dana tersembunyi di Bank Israel, Bank Swiss, Bank Ziraat, Garanti Bank, Bank of China, Sber Bank, Branco Inversiones, Grazprombank, Alfa Bank dan banyak lagi bank gergasi yang memberi jaminan perlindungan yang ekstrem terhadap akaun pendeposit dan maklumat peribadi pendeposit.
Sebab itulah Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim berani dan cuba menjadi wira, kononnya dialah jaguh yang mendedahkan bahawa ada pemimpin Malaysia yang merupakan pendeposit di luar negara.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam (Gerakan), Liang Teck Meng pernah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Bank Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Maklumat akaun Anwar itu dimiliki pada 2013 daripada Wikileaks yang dilihat lebih berwibawa daripada Kertas Pandora kerana maklumat diperolehi daripada dokumen rahsia dan data informan, serta penggodam, dan bukannya wartawan penyiasat yang pernah dilabelkan oleh Ketua Editor New York Times, John Swinton, sebagai pelacur intelektual yang akan sanggup mengubah fakta jika dibayar.
Pada pembongkaran 2013 itu, Anwar dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank China, dan Israel. Sekarang 2021 entah berapa bilion, siapa pun tidak tahun.
Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan dari manakah datangnya wang Anwar sebanyak itu?
Liang mendedahkan setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang akaun, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Demikianlah juga dengan keluarga Tun Mahathir yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai antara pendeposit yang paling signifikan, sehingga pelapor melabelkannya sebagai ‘The Thief and his family.’
Namun, kemudiannya hebah dalam media bahawa laporan Wikileaks itu palsu. Tetapi rakyat harus tahu bahawa Anwar sememangnya menyembunyikan jutaan ringgit wangnya secara rahsia di UK dengan nama kroninya.

Sebagaimana dibongkar oleh Malaysia Today, pada 1993, ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Malaysia menyaksikan MBO (Pengurusan Mengikut Objektif) terbesar yang melibatkan NST Press dengan nilai RM800 juta pada tahun 1993 yang nilainya kini adalah RM1.5 bilion.
Wang yang diperoleh Anwar dari perjanjian itu disimpan di UK. Anwar juga mempunyai berjuta-juta ringgit yang disimpan di Washington Amerika.
Anwar mencanangkan di parlimen seolah-lah dia bersih sebagai pendeposit dana luar pesisir. Dia berlagak sebagai wira untuk mendedahkan dana orang lain di luar negara dibahaskan di parlimen, sedangkan dia sendiri menyimpan berjuta dan mungkin berbilion sekarang ini di UK, Amerika, Indonesia dan negara-negara lain.
Lantas Anwar tak payahlah nak heboh tentang Kertas Pandora yang hanya mendedahkan pendeposit ciput daripada pendeposit yang jauh lebih besar (its only the tip of the iceberg).
Kalau Kertas Pandora hanya mampu mendedahkan pendeposit seperti Daim, Tengku Zaiful dan DS Zahid Hamidi yang kini sedang terkial-kial dengan puluhan tuduhan oleh SPRM yang sedang ditohmah sebagai tiada integriti dan kredibiliti, maka tak perlulah hendak dihebohkan.
Apa yang khalayak media lihat, Anwar cuba mengalihkan kes kematian Datok Ewe Swee Kheng, konco DAP, yang merupakan saksi pendakwa kes rasuah Lim Guan Eng. Dia dikatakan jatuh dari tingkat 16 kondominium mewah The Palazzo Pulau Pinang.

Ewe pernah ditahan reman oleh SPRM dalam siasatan kes rasuah projek mega Terowong Bawah Laut yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mendiang Ewe adalah saksi ke-9 pihak pendakwaan dalam kes rasuah Guan Eng kerana dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun.
Kes Ewe mengingatkan khalayak tentang kes Teoh Beng Hock yang hampir serupa ketika dia ditemui mati terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat SPRM.

Mendiang Teoh Beng Hock adalah pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, YB Ean Yong Hian.
Ketika itu, Ean Yong Hian juga adalah ADUN DAP, Seri Kembangan yang dihebohkan mempunyai pertalian dengan kumpulan kongsi gelap sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong.
Kes lebih besar lagi yang mendedahkan Anwar sebagai kepala gerabak kepada pembubaran DUN Melaka, sehingga pihak pembelot bersedia menjadi ADUN PKR, tidak akan dapat ditutup oleh Kertas Pandora.

Seperkara lagi isu kemelut kepimpinan PKR di Negeri Sembilan juga telah terbongkar sehingga menyebabkan Anwar kini dijangka terpaksa berhijrah ke Perak.
Lantas tak perlulah Kertas Pandora cuba hendak membuka pekong Tun Daim Zainuddin, sedangkan sifu Daim sendiri masih disembunyikan.
Apa yang Anwar cuba dedahkan hanyalah salakan anjing yang tidak akan mengubah nasib rakyat, sebaliknya cuba mengalih tumpuan rakyat terhadap isu kematian orang DAP dan isu kemelut politik PKR sendiri.
*****
Tinggalkan Jawapan