KEMATIAN ANEH, CEO EWEIN GROUP SAKSI SKANDAL PROJEK TEROWONG BAWAH LAUT

Editorial

7 Okt 2021

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Ewein Group Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng, 53 tahun, disahkan oleh PDRM telah meninggal dunia akibat jatuh daripada tingkat 16 kondominium mewah The Palazzo, tempat dia menghuni. 

Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa mangsa tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Meskipun pihak polis tidak mahu mendedahkan identiti mangsa, namun beberapa media telah melaporkan bahawa mangsa adalah CEO Ewein Group Bhd, Datok Ewe Swee Kheng.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datok Fisol Salleh juga mengesahkan mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak mengidap sebarang gangguan mental, dan post mortem hospital telah mengesahkan kematian mendiang diakibatkan oleh kecederaan yang parah kerana terjatuh dari bangunan tinggi.

Ewe pernah ditahan reman oleh SPRM dalam siasatan kes rasuah projek mega Terowong Bawah Laut yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Malahan menurut laporan media, mendiang adalah saksi ke-9 pihak pendakwaan dalam kes rasuah tersebut.

Lantas, khalayak media terus teringat kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.

Mendiang Teoh Beng Hock adalah pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, YB Ean Yong Hian yang dituduh menyalahgunakan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (ketika itu) dan kini Pakatan Harapan.

Ean Yong Hian juga adalah ADUN DAP, Seri Kembangan yang dihebohkan mempunyai pertalian dengan kumpulan kongsi gelap sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong.

Dalam kes rasuah Terowong Bawah Laut, Guan Eng telah didakwa menggunakan kedudukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dengan bertindak menerima suapan berjumlah RM3.3 juta bagi dirinya sebagai tindakan membantu syarikat yang dilantik melaksanakan projek Terowong Bawah Laut yang bernilai RM 6.3 bilion.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10 ribu atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng telah memperakui nilai RM305 juta adalah bagi kajian kebolehlaksanaan, reka-bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar.

Bayangkanlah betapa meganya projek berkenaan sehingga kerja-kerja kajian kebolehlaksanaan projek sahaja sudah menelan belanja RM305 juta.

Swee Kheng pernah memberitahu kepada SPRM bahawa sebanyak 10% adalah kepunyaan Guan Eng dan 60% adalah miliknya daripada jumlah kos pembinaan terowong berkenaan.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, projek infrastruktur yang dirancang berkaitan dengan projek Terowong Bawah Laut itu, merangkumi:

  • Expressway Bypass Ayer Itam-Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km.
  • Expressway Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 10.53 km.
  • Expressway Bypass Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km.
  • Terowong menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam sepanjang 7.2km.

Keseluruhannya menelan anggaran RM5.49 bilion manakala kajian kebolehlaksanaan akan menelan belanja RM305 juta dan RM546 juta untuk pengambilan tanah, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar RM6.341 bilion.

Malaysiatoday pernah mencanangkan bahawa kes rasuah Projek Terowong Bawah Laut itu akan menguburkan DAP.

Walau bagaimanapun Guan Eng telah menyaman Raja Petra, pemilik portal berita berkenaan, dan Guan Eng telah memenangi kes saman tersebut.

Walau apapun naratif di sebalik kematian Datuk Ewe Swee Kheng, terdapat kebarangkalian yang signifikan bahawa mendiang telah membunuh diri.

Sekiranya dalam laporan media, pihak polis telah menyebut mendiang sebagai ‘mangsa’ maka adakah mendiang menjadi mangsa kepada dirinya sendiri?

Apa yang khalayak media faham, dalam sesuatu kes jenayah, seseorang itu menjadi mangsa bukan kepada dirinya sendiri, sebaliknya dia menjadi mangsa kepada orang yang memangsakannya.

Lantas siapakah pemangsa itu?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: