SPRM DIGESA SIASAT PROJEK RENOVASI SERI PERDANA RM38.5 JUTA SEBAGAI PROJEK NEPOTISME MUHYIDDIN

Editorial

5 Okt 2021

Bekas PM, Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu mendakwa perabot di Seri Perdana telah dibawa keluar oleh Najib Razak ketika beliau menduduki kerusi PM ke-6.

Muhyiddin mendakwa DS Najib telah membawa keluar perabot Seri Perdana dan antaranya ialah candelier pada ruang tamu.

Muhyiddin sebenarnya cuba hendak menjustifikasi perbelanjaan RM38.5 juta kerja-kerja renovasi kediaman PM itu. Peruntukan untuk perbelanjaan renovasi dalaman tersebut diluluskan pada era dia menjadi PM.

Amatlah aneh apabila pengubahsuaian yang bermula Mac 2021 itu berlaku sebulan sebelum kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan “sudah tiada banyak wang” ekoran peruntukan yang dikeluarkan untuk menangani wabak itu.

Nampaklah bahawa Muhyiddin cuba mencari alasan munasabah untuk perbelanjaan sebegitu besar, di samping menyerang DS Najib supaya rakyat dihujani lagi dengan kebencian terhadap beliau setelah diserang dengan kes fitnah 1MDB.

Kata Muhyiddin, “Ini laporan yang saya terima daripada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyatakan selepas saja kediaman PM itu dikosongkan oleh PM ke-6 dan saya PM ke-8 dan saya pun tak masuk ke sana untuk membolehkan pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan, maka kita nak pastikanlah sama ada perabot itu mencukupi dan lain-lain yang saya rasa tak perlu jelaskan.

Cara laporan itu dibuat seakan-akan DS Najib mahu dilihat sebagai telah mencuri perabot Seri Perdana. Anehnya dia tidak pula mahu kaitkan isu renovasi dalaman Seri Perdana itu dengan PM Ke-7, kenapa?

Seperkara lagi, apabila Muhyiddin kata, “Saya pun tak masuk ke sana untuk membolehkan pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan..” bermakna dia mempunyai niat untuk ‘masuk ke sana’ setelah renovasi dalaman dan tambahan perabot selesai.

DS Najib telah menjelaskan bahawa beliau dan keluarga telah diberikan masa beberapa jam sahaja untuk meninggalkan Seri Perdana sebab PM ke-7 percaya bahawa ada banyak rahsia tersimpan di sana.

Sedangkan PH menang PRU14 hanya atas dasar tipu, bohong, fitnah dan janji palsu terhadap rakyat. Itu pun masih nak dakwa mereka mendapat ‘mandat rakyat’, konon.

Kata DS Najib, “Pada bulan Ogos 2018 saya tulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diberi kebenaran mengambil balik barang peribadi, hadiah, cenderamata dan perabot dari Seri Perdana yang dibeli dengan duit saya sendiri.”

Sebelum mengeluarkan perabot milik beliau, DS Najib telah menulis kepada JPM tetapi setelah 14 bulan baharu beliau mendapat balasan bahawa mereka bersetuju membenarkan DS Najib mengeluarkan barang-barang perabot milik beliau dengan syarat hanya senarai barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan adalah dibeli oleh beliau dan bukan aset kerajaan dibenarkan.

Kenapa sampai 14 bulan? Jawapan yang paling logik ialah kerana ada pihak nak siasat jika ada rahsia kononnya yang boleh merosakkan lagi reputasi dan imej DS Najib.

Senarai tersebut diperiksa dan diluluskan JPM.

Sehubung dengan itu, JPM pun menulis satu lagi surat pada 18 Nov 2020 supaya DS Najib memindahkan semua hak milik peribadi beliau tempoh masa 2 minggu sahaja.

Projek naik taraf Seri Perdana yang diluluskan adalah pada Januari 2021 dan kerja fizikal naik taraf bermula bulan Mac 2021, iaitu ketika Muhyiddin telah pun diangkat sebagai PM.

Agak pelik kenapa tiba-tiba DS Najib diarahkan untuk mengambil balik perabot peribadi beliau dengan begitu singkat, sedangkan semasa permohonan dibuat, mereka mengambil masa 14 bulan untuk menjawab permintaan DS Najib?

Menurut DS Najib, rupa-rupanya seorang pengurus baharu Seri Perdana telah dilantik dan ia merupakan ahli keluarga Muhyiddin Yassin dan mereka memberitahu bahawa PM8 ada rancangan untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu berpindah ke sana.

Malangnya apabila kerajaan Muhyiddin runtuh, dia tidak dapatlah hendak merasa tinggal di Seri Perdana itu.

Jika inilah hakikat di sebalik projek RM38.5 juta itu, rakyat harap SPRM jangan berlengah, kerana ini adalah soal nepotisme Muhyiddin dan ada kebarangkalian terdapatnya unsur rasuah.

Mungkin setelah rasa dirinya bersalah, dengan pantas pula Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa DS Najib mempunyai hak untuk mengambil semula perabot miliknya, sebagaimana disiarkan oleh FMT pada 30 Sept.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membidas Muhyiddin yang cuba mengaitkan isu projek menaik taraf kediaman rasmi PM dan menelan belanja RM38.5 dengan DS Najib.

Kata DS Ahmad Zahid Hamidi, “Tidak masuk akal untuk Presiden BERSATU cuba mengaitkan Perdana Menteri keenam (Najib) dengan kelulusan projek RM38.5 juta menaik taraf Kompleks Seri Perdana pada zaman beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Ia seolah-olah satu ‘diversion strategy’ atau strategi untuk memesongkan perhatian rakyat daripada fakta utama yang dipersoalkan secara hebat ketika ini,” katanya

Jika sekiranya banyak kes pemberian projek kepada ahli keluarga disiasat dan didakwa oleh SPRM, mengapa kes Muhyiddin ini harus dibiarkan sahaja.

Walau bagaimanapun Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu menetap di Seri Perdana, mungkin mahu mengelakkan daripada persepsi rakyat terhadap projek RM38.5 juta itu.

Tetapi, jika tidak mahu menetap di Seri Perdana mengapa pula dengan pantas meluluskan renovasi dalaman sehingga membabitkan perbelanjaan yang begitu besar?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: