Editorial
4 Okt 2021
Pengakuan Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim, yang disangkakan musuh ketat PM DS Ismail Sabri serta musuh kepada dasar integrasi nasional amat mengejutkan rakyat, apabila Kementerian Pendidikan era Muhyiddin tassin telah memperuntukkan RM15 juta kepada sekolah swasta Cina.
Apatah lagi DS Ismail Sabri sendiri, pernah menggesa supaya Dong Zong diharamkan?

Pada 1 Okt, Tan Tai Kim telah membuat kenyataan akhbar bahawa peruntukan RM15 juta telah diluluskan kepada 63 buah sekolah persendirian Cina yang berlindung di bawah Dong Zong, pertubuhan Cina yang amat kontroversi dalam aspek penyerapan nilai kebangsaan negara, perpaduan kaum, malahan berkiblatkan China serta mengagungkan ideologi komunisme.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon.

Jelas itulah dia semangat cauvinisme Cina yang telah diserap masuk ke dalam Kementerian Pendidikan.
Jika dahulunya pada era PH, mereka mahu menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah seluruh negara, sekarang pemimpin cauvinis sebegini, secara senyap menyalurkan dana RM15 kepada sekolah yang tidak diiktiraf oleh sistem pendidikan negara.

Cubalah Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif melawat sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat urusan memperbaiki tandas murid pun tidak terdaya dilaksanakan kerana tiada peruntukan daripada kerajaan. Adakah semuanya harus diletakkan pada bahu PIBG dan wang peribadi guru-guru sekolah?

Malahan ada sekolah yang menjadikan surau dan dewan perhimpunan sebagai bilik darjah kerana tiada peruntukan kerajaan untuk membina premis baharu.

Adakah ini yang dikatakan dasar ‘keluarga Malaysia’. Memang benarlah sebagaimana yang telah dikatakan bahawa pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ hanya menguntungkan pihak cauvinis Cina DAP?

DAP telah mengambil kesempatan, memperakui bahawa merekalah yang memperjuangkan peruntukan RM15 juta tersebut, dan kemudiannya kaum Cina akan mengundi DAP-PH yang mengakibatkan negara lintang-pukang, huru-hara, sehingga mereka cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rom untuk melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, membenarkan murtad, serta hak keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera sebagaimana PH berkuasa selama 22 bulan dahulu.
Untungnya menjadi mereka di Malaysia, sedangkan di semua negara Asia Tenggara, termasuk Australia, mereka tidak dilayan sedemikian manja, bagaikan mengendong buaya hidup sedangkan anak sendiri kebuluruan.
Presiden Dong Zong itu menjadikan Covid19 sebagai alasan yang kuat kononnya kerana sekolah-sekolah persendirian mengalami ketidakstabilan keadaan kewangan.
Sekiranya peruntukan dana tersebut telah diluluskan pada 19 April 2021 yang merupakan urusan kerajaan di bawah kuasa Muhyiddin yang telah tumbang, maka selayaknyalah ia ditarik balik, kerana Dong Zong dianggap sebagai musuh perpaduan negara dan tidak harus dilayan kehendak mereka.

Ingat balik pertubuhan manakah yang telah menaja perhimpunan bekas anggota gerila komunis di sebuah sekolah Cina di Banting dan kemudiannya di sebuah kolej swasta Semenyih, Kajang, kalau bukan Dong Zong? Perhimpunan ini mencabuli perjanjian antara kerajaan dan bekas gerila komunis dahulu ketika Darurat ditamatkan.

Selidik kembali kurikulum dalam pendidikan sekolah swasta Cina di Malaysia, yang amat tebal dengan etnosentrime dan cauvinisme Cina serta cenderung mendewakan pemimpin komunis China.

Lihatlah bagaimana reaksi pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang mendakwa DAP dan Pakatan Harapanlah yang hakikatnya telah memperjuangkan peruntukan untuk sekolah-sekolah persendirian Cina.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 30 Sept, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan PH telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melibatkan kerajaan agar peruntukan itu dapat disalurkan.
Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, di bawah pentadbiran PH sendiri buat kali pertamanya kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM12 juta, sebaliknya kerajaan PN di bawah Muhyiddin memberi lebih banyak daripada itu iaitu RM15 juta. Tiga universiti swasta juga telah menerima RM2 juta untuk dua tahun berturut-turut.
Kor Ming menambah PH akan terus meyakinkan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan lain untuk sekolah rendah dan menengah Cina dan peruntukan RM6 juta untuk kolej swasta dalam Belanjawan 2022 yang akan datang.
Hairan sungguh kenapa masih melayani kehendak pemimpin DAP seperti Kor Ming biadap ini yang pernah memaki-hamun pemimpin Melayu, menghina Tun Mahathir bermain mahjong dalam kubur bersama Lee Kuan Yew, dan menghina MB Perak sebagai ‘hitam metalik’.
Berapa banyak lagikah yang telah disuap oleh kerajaan Muhyiddin Yassin kepada buaya ini?

Sementara itu Prof Dr Ridhuan Tee benar-benar kecewa dengan peruntukan RM15 juta yang diberikan kepada sekolah-sekolah sedemikian yang langsung tidak membantu membina negara bangsa.
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sudah diketahui sebagai mewah dengan prasarana yang lengkap dan segala kemudahan, mengalahkan sekolah berasrama penuh.
Dr Ridhuan, amat kecewa kerana peruntukan diberikan kepada sekolah Cina sedemikian sedangkan mereka tidak menggunakan kurikulum aliran kebangsaan seperti yang ditetapkan olah Kementerian Pendidikan (KPM) bahkan operasinya dikelolakan oleh Dong Zong selain tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
Atas dasar itu Prof Ridhuan Tee berpendapat, daripada membantu intitusi rasis sedemikian, lebih baik peruntukan tersebut digunakan bagi perkemaskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada semua pelajar yang menghadapi masalah.
“Terus terang, jangan terlalu percaya kepada apa jua alasan Dong Zong ini bahawa sekolah dan universiti mereka begitu terkesan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada pelajar yang tidak mampu membayar.
“Benarkah? Kebanyakan mereka yang menghantar anak-anak ke SPMC adalah dalam kalangan berada. Jika tidak, tidak dinamakan sekolah sekolah persendirian. Berapa banyak syarikat dan hartawan ultra kiasu menyumbang bagi memastikan SPMC megah berdiri?
“Lagipun mereka ada pilihan untuk pergi ke sekolah aliran kebangsaan jika terdesak, kenapa masih sanggup teruskan sekolah rasis ini?” bidas Ridhuan.
“Jika NGO miskin saya tidak fikir mereka boleh membina bangunan sendiri yang boleh dikatakan wujud di setiap negeri dalam skala besar. Jangan pergi jauh, pergi ke Kajang, Serdang dan beberapa tempat di Lembah Kelang,” katanya.
Eloklah diperkukuhkan lagi dasar keluarga Malaysia, supaya komunisme, cauvinisme Cina, dan kedudukan Dong Zong dan DAP terus kekal populis dan terus menjadi pancingan kepada pengundi Cina pada PRU15 nanti.
******
Tinggalkan Jawapan