Editorial
3 Okt 2021
Majlis Presiden PH, terutamanya Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mat Sabu, dan Wilfred Madius Tangau diingatkan janganlah hipokrit cuba menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menjelaskan keputusan mahkamah membebaskan individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah.

Malahan mereka cuba memburukkan sistem kehakiman negara dengan menggunakan kes Ahmad Maslan sebagai ‘trend’ mahkamah.
Nampak sangat mereka ini hipokrit kerana semasa era pemerintah PH mereka telah mempergunakan Tommy Thomas sehingga wujudnya trend pembebasan konco DAP dan PH, membebaskan pembunuh Adib Kassim, membebaskan aktivis LTTE, mereka langsung membutakan mata dan memekakkan telinga.

Seluruh dunia memandang Malaysia sebagai pengamal undang-undang rimba atau ‘rules of the jungle’, sebaliknya mereka hanya mendiamkan diri malah menjadi rakus seakan-akan mereka kebal daripada undang-undang.

Lebih buruk lagi, Tommy Thomas sendiri telah mengaku bahawa trend ‘pendakwaan terpilih’ sememangnya berlaku sebagaimana dicatatkan dalam memoirnya ‘Justice in the Wilderness’.
Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah SPRM, iaitu Latheefa Koya juga telah dilantik daripada Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, yang mengesahkan bahawa pelantikannya juga adalah pelantikan politik.
Hipkokrti sungguh Majlis Presiden PH!
Lebih daripada itu Tommy Thomas mengaku bahawa dia adalah merupakan pelantikan politik dan pemimpin politik seperti Mahathir telah masuk-campur dalam urusan badan perundangan dan kehakiman negara, yang mencabuli prinsip pengasingan kuasa parlimen.

Anwar hendaklah sedar, sebagai manusia yang telah dua kali dipenjarakan, siapakah yang telah mempergunakan badan perundangan dan kehakiman negara, tetapi menjadi rakan baik sekongkolnya dalam PH?
Rakyat tidak lupa, bagaimanakah seorang peguambela pemimpin DAP dalam kes rasuah pembelian banglo dilantik menjadi Peguam Negara dan kemudiannya kes Lim Guan Eng ditutup begitu sahaja, sehingga SPRM pun kononnya terkejut.

Rakyat juga tidak lupa puluhan kes pembebasan konco-konco DAP, malahan aktivis pengganas antarabangsa LTTE yang melibatkan dua ADUN DAP dibebaskan begitu sahaja. Itu baru dinamakan trend.
Namun kenapa ketika kamu dalam Majlis Presiden Pakatan ‘Hancing’ hanya mendiamkan diri, tetapi kini setelah kamu tumbang dan tidak boleh lagi mempergunakan Peguam Negara, kamu menjadi anjing menyalak bukit?
Kini kononnya Tun Mahathir juga menyesal melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika dia berkuasa, setelah Tommy Thomas mendedahkan sebahagian daripada kegenjotan sistem perundangan PH dalam buku memoirnya itu. Pandai sungguh Mahathir berlakon!

Aneh sekali, Tommy tidak langsung menyentuh kes Lim Guan Eng dan kerakusan DAP dalam pemerintahan PH.
Lantas, Majlis Presiden PH, diingatkan tak perlulah nak tunjuk sikap hipokrasi kamu, kerana rakyat sudah tahu kamu memang hipokrit!
******
Tinggalkan Jawapan