LABEL ‘KLUSTER MAHKAMAH’ HANYALAH PROPAGANDA

Dr Mamat Desa

29 Sept 2021

Sudah terang lagi bersuluh, apabila media mendedahkan bahawa dalam SPRM ada pegawai tinggi yang merupakan ‘anak emas orang ternama’ untuk dijadikan keldai politik, manakala TS Tommy Thomas juga mendedahkan tentang campurtangan politik dalam badan perundangan, ditambah pula dengan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa PH berkuasa, maka strategi Mahathir untuk ‘membunuh’ karektor politik mereka menjadi bertambah ghairah.

Segala ‘tuduhan terpilih’ tertumpu kepada UMNO untuk diselarikan dengan harapan Tun Mahathir supaya UMNO berkubur.

Namun UMNO tetap bernafas segar sebagaimana biasa, sedangkan Mahathir terpaksa meninggalkan Bersatu dan menubuhkan satu lagi parti ciput, melukut di tepi gantang yang dinamakan Pejuang.

Pejuang untuk apa?

Adakah untuk berjuang membunuh parti yang sekian lama memperjuangkan hak dan kebajikan Melayu-Islam, hak Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu serta hak keistimewaan Melayu-Bumiputera.

Kontradiknya, parti Bersatu tercungap-cungap hilang nafas apabila banyak cawanganya dibubarkan, termasuk di Bahagian Bersatu Pagoh tempat Presidennya bermastautin.

Di Negeri Sembilan, seluruh cawangan dan bahagian Bersatu telah dibubarkan, langsung tak ada benih-benih Bersatu.

Tempoh hari, kerana Muhyiddin adalah daripada parti pemerintah ketika PH berkuasa, maka majoriti sokongan parlimen jatuh ke tangannya, itupun dengan sokongan UMNO.

Namun Muhyiddin mahupun Mahathir harus sedar bahawa Bersatu dan PH-DAP menang PRU14 adalah atas dasar penipuan, pembohongan dan janji palsu.

Pelbagai hiruk-pikuk, huru-hara terbangkit dan DAP menjadi parti rakus merompak dan menjahanamkan periuk nasi penjawat awam, mahu menerapkan ideologi komunisme, mahu menghalalkan aktiviti pengganas antarabangsa LTTE, menggunakan Peguam Negara yang dilantik atas tiket politik DAP, membebaskan pembunuh anggota Bomba Adib Kassim, sedangkan penjenayah dalam kem mereka dibebaskan begitu sahaja, termasuk Lim Guan Eng.

Itupun mereka gah mengatakan bahawa mereka dipilih sebagai pemerintah atas ‘mandat rakyat’ sedangkan mereka buta dalam enam PRK di Semenyih, Rantau, Cameron Highlands, Chini, Kimanis, dan Tanjung Piai, semuanya mereka kalah.

Lantas, PH dan Mahathir butakah bahawa rakyat sudah menarik balik mandat mereka semasa PRU14, kerana rakyat tertipu dengan janji-janji manis menghapuskan hutang peneroka Felda, menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol, menurunkan harga petrol dalam masa 24 jam, menghapuskan GST dan digantikan dengan SST yang lebih banyak merompak wang rakyat tetapi mengayakan golongan kapitalis, mendakwa negara akan muflis, menuduh kononnya Tabung Haji menyeleweng tetapi Laporan Audit 2019 menunjukkan TH adalah cemerlang semasa pemerintahan BN-UMNO, serta banyak lagi pembohongan PH?

Hari ini setelah pemimpin PH-Mahathir termasuk Muhyiddin melaksanakan ‘dakwaan terpilih’ semasa mereka berkuasa, mereka wujudkan label ‘kluster mahkamah’ terhadap UMNO, sedangkan Lim Guan Eng juga adalah tertuduh dalam kes rasuah yang masih berlanjutan, manakala Anwar, Mat Sabu, Lim Kit Siang adalah mereka yang termasuk dalam ‘kluster banduan’.

Ketua Bahagian UMNO Johor Baru, TS Shahrir Samad pernah menempelak Lateefa Koya yang sebelum ini adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, kerana bersikap pilih bulu.

Kata Shahrir “Lateefa, engkau pembohong, kenapa engkau membohong pada masyarakat. Kita akan lawan. Engkau ni baru nak siasat tapi engkau mengenakan kompaun sebelum siasat… buat apa?

Tegas Shahrir, SPRM sepatutnya diletakkan di bawah Parlimen, satu badan yang bebas berkecuali dan profesional tanpa campurtangan politik.

Lantas, tepat sekali apabila Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan bahawa label ‘kluster mahkamah’ hanyalah sebagai satu modus operandi PH yang dijadikan propaganda pembunuh karektor atau ‘character assassination’ musuh-musuh politik Mahathir-PH-DAP.

Tapi rakyat tidak bodoh dan bingai sebagaimana sebelum merdeka dahulu kerana kebanyakannya setiap rumah sudah ada graduat universiti yang boleh berfikir dan tidak lekang dengan maklumat media dalam talian.

Rakyat tidak termakan lagi dengan dakyah dan propaganda ‘kluster mahkamah’ yang dijaja dan dijual oleh Mahathir.

Muhyiddin sendiri kini terbabit dengan skandal 1BestariNet dan dia juga ada kebarangkalian menjadi ahli kluster mahkamah.

Apabila MB Kedah membangkitkan isu pemindahan RM13 juta ke akaun di Kanada ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar, maka anak Mahathir juga terdorong menjadi ahli kluster mahkamah sekiranya SPRM jujur, telus dan berintegriti untuk mendakwanya.

Di sebalik itu, terdapat golongan yang melompat parti dan menjadi ahli Bersatu ketika Mahathir berkuasa untuk menjadi kebal daripada undang-undang serta ugutan Mahathir.

Peliknya terdapat sebilangan mereka menang PRU14 atas tiket UMNO, dan kini mereka menikam UMNO dari belakang.

Amat benarlah kata Zahid Hamidi “Justeru mereka yang lompat parti sebenarnya tiada moral standing untuk memberi pandangan terhadap individu yang konon mereka gelar sebagai ‘kluster mahkamah’.

“Dengan itu adalah wajar mereka menginsafi tingkah laku kerana rakyat zaman ini hidup di zaman bermaklumat yang mengerti apa yang berlaku.”

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: