VIDEO – ‘PENYAMUN ANAK EMAS ORANG TERNAMA’ DI SEBALIK KEHILANGAN RM25 JUTA

Editorial

28 Sept 2021

Semalam Malaysiakini melaporkan berita yang mengejutkan dan merobek integriti serta maruah SPRM apabila dikatakan terdapat anak emas dalam badan itu yang selama ini tidak diambil tindakan.

Malahan sumber pendedahan tersebut menyatakan bahawa “kes kehilangan RM25 juta itu hanya kes kecil” dengan ertikata ada kes yang lebih besar daripada itu.

Selama ini rakyat amat tertekan dengan ‘dakwaan terpilih’ SPRM yang dijadikan senjata oleh pemimpin parti politik tertentu untuk menjatuhkan pihak yang tidak bersekongkol dengan mereka.

Malahan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador pernah menegur pihak yang masuk campur dalam PDRM untuk kepentingan politik.

Kenyataan Hamid Bador diparahkan lagi dengan pengakuan bekas Peguam Negara Tommy Thomas bahawa sememangnya berlaku campurtangan pemimpin negara dalam badan perundangan dan kehakiman negara.

Hari ini masing-masing gah dan bangga dapat menempelak pihak UMNO sebagai ‘kluster mahkamah’ bukan sahaja tokoh politik yang tidak bersekongkol dengan mereka diheret ke mahkamah dengan ‘dakwaan terpilih’ malah anak-isteri mereka serta peguam mereka juga turut diheret ke mahkamah.

Peliknya kes-kes yang membabitkan dengan konco PH-DAP-Bersatu digugurkan begitu sahaja.

Kemudian ada pula ugutan ke atas pemimpin UMNO tertentu yang didesak agar melompat parti sekiranya tidak mahu diri mereka didakwa di mahkamah.

Kes kehilangan RM25 juta meletup apabila kehilangan tersebut pada awalnya tidak dilaporkan kepada PDRM, sebaliknya mahu disiasat sendiri oleh SPRM.

Nampaklah sangat bahawa ada sesuatu yang mahu ditutup oleh SPRM.

Sebagaimana dilaporkan pegawai yang dikatakan terlibat dengan kehilangan RM25juta itu disifatkan oleh kakitangan SPRM sebagai rapat dengan orang ternama dan diberikan gelaran ‘penyamun anak emas’.

Wang berjumlah RM25 juta atau USD6 juta itu adalah sebahagian daripada RM50.4 juta milik kerajaan yang dirampas daripada bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid pada tahun 2018.

Hasanah telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh pihak SPRM.

SPRM sebelum ini telah menahan tiga pegawainya selepas Hasanah membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang, malah digantikan dengan wang palsu.

Sekiranya dia adalah anak emas, maka siapakah pemimpin ternama yang menjadi bapa emas itu?

Wang yang menjadi bahan bukti kes, yang sememangnya tidak disimpan dalam bank adalah dalam jumlah yang besar dan berada dalam simpanan SPRM sejak tahun 2018.

Ketika itulah hangatnya isu ‘undang-undang’ rimba PH apabila Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ramai menterjemahkan pelantikan mereka sebagai pelantikan politik.

Laporan Malaysiakini juga menyebut bahawa salah seorang pegawai SPRM yang menjadi suspek dalam kes tersebut juga mempunyai kes lain yang masih dalam siasatan.

Paling merobek integriti SPRM apabila sumber menyatakan bahawa pegawai itu ‘tidak boleh disentuh’ kerana hubungannya yang rapat dengan ‘orang ternama’.

Mungkin inilah sebahagian daripada kemelut badan perundangan yang ditanggapi sebagai ‘undang-undang’ rimba.

Kata sumber Malaysiakini lagi, “Ini semua baru sedikit” dan menambah bahawa siasatan polis akan membongkar lebih banyak perkara.

Dengan kata-kata lain ia dikaitakn dengan skandal dan konspirasi yang lebih besar.

Namun adakah pihak PDRM juga boleh dipercayai dalam hal membongkar dan mendedah penglibatan ‘orang ternama’ itu?

Lebih mengejutkan apabila sumber menyatakan bahawa  “Kita dengar ada benda lain lagi (yang melibatkan suspek). Kalau polis siasat kes ini, saya percaya semua akan jadi huru-hara,” katanya.

Sumber meluahkan rasa sedih kerana ramai yang dalam SPRM cuba membina imej suci bersih SPRM dengan keringat dan air mata, tetapi kesucian itu telah dicemarkan.

Tapi anehnya kenapa baru sekarang dia tampil ke hadapan dan menyatakan kesedihannya itu, sedangkan sejak tahun 2018 dia hanya mendiamkan diri?

Walau bagaimanapun diharapkan PDRM akan membawa suspek ke muka pengadilan, selain mengubah imej SPRM serta PDRM sendiri supaya tidak dijadikan keldai oleh ‘orang ternama’ sebagaimana dibangkitkan oleh Malaysiakini.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: