Editorial
27 Sept 2021
Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa, cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru, apabila menjemput Presiden Parti DS Anwar Ibrahim untuk berpindah dari Port Dickson bertanding di mana-mana di Perak pada PRU15 nanti.

Dengan retorik politik yang cuba menutup pekung, Farhash mendakwa, jemputan ke atas Anwar untuk bertanding di Perak adalah langkah untuk menawan Perak.
Farhash buta tentang kedudukan Anwar yang goyah di Negeri Sembilan apabila PKR hanya mempunyai 7 ADUN sahaja, sedangkan 4 daripadanya menentang Pengerusi PKR, DS Aminuddin Harus yang juga merupakan Menteri Besar.

Walaupun PH mempunyai 20 ADUN, tetapi PKR hanyalah memiliki 7 ADUN, 11 ADUN DAP dan 3 ADUN Amanah.
Dalam krisis yang sedang bergolak dalam PKR, 4 ADUN PKR dikatakan menentang MB, Aminuddin Harun yang juga dari PKR, lantas dari aspek sokongan majoriti Aminuddin telah kehilangan keabsahan dalam parti sendiri.
Krisis PKR meletup apabila Azmin Ali keluar meninggalkan parti, yang kemudiannya berlaku kemelut kem Azmin – Anwar dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) sehingga berlaku pemecatan jawatan pemimpin AMK tertinggi negeri.

Kemudian, krisis kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Aminuddin telah membuat Ketua Penerangan PKR negeri, Yusof Tapar dipecat serta-merta setelah mengeluarkan kenyataan menentang Aminuddin.

Yusof Tapar disokong kuat oleh ADUN Sri Tanjung, Datok M Ravi dan Ketua PKR Port Dickson daripada kem Anwar, sedangkan Aminuddin tidak berpihak kepada mereka.
Kata Farhash, “Sama macam peperangan, anda harus keluar untuk menakluk, jadi Perak ini kita boleh takluk.”
Hakikatnya Anwar akan keluar daripada Port Dickson bukan kerana keluar untuk menakluk, sebaliknya kubu tempat Anwar bertahan sudah mula hancur-berkecai.

Apabila Farhash mahu Anwar berpindah ke Perak, ia bukanlah bermakna Anwar keluar daripada kubu kuat PKR di Negeri Sembilan, sebaliknya Anwar lari daripada kubu yang sudah lumpuh.
Di manakah Anwar ketika rakyat menjerit dilanda banjir di Port Dickson serta kekotoran najis daripada kumbahan ladang ternakan babi di kawasan parlimen Port Dickson?

Jika terdapat ladang ternakan babi yang dikategorikan haram, bagaimana pula dengan ladang ternakan yang dikategorikan ‘halal’?
Isu kekotoran air laut Port Dickson yang dicemari oleh air najis babi bukanlah isu baharu tetapi dipekakkan begitu sahaja kerana Negeri Sembilan sebenarnya dikuasai oleh parti cauvinis Cina yang menjadikan ternakan babi sebagai industri yang menguntungkan.

Dalam kenyataan media, Farhash juga menyebut bahawa PKR kali pertama berjaya menawan Negeri Sembilan, tapi dia rabun yang menawan Negeri Sembilan bukan PKR, sebaliknya DAP yang menguasai 11 DUN dan PKR hanyalah parti ciput yang menumpang sahaja.
Jika MB daripada PKR sendiri bermasalah dalam aspek sokongan majoriti dalam kerajaan negeri, pastinya ia akan melarat kepada kepimpinan kerajaan negeri kerana hilang keabsahan kuasa.

Keadaan Aminuddin sama sahaja seperti keadaan Tun Mahathir dalam PH, apabila partinya hanyalah merupakan melukut di tepi gantang, sehingga dia dijadikan boneka oleh DAP.
Adakah Aminuddin yang dikelilingi oleh 11 ADUN DAP juga boneka DAP?

Lantas adakah Anwar berasa selesa untuk terus kekal berada di Port Dickson?
Negeri Sembilan bukanlah negeri majoriti Cina yang mudah dikuasai oleh parti cauvinis Cina serta parti ‘kafir harbi’ DAP, sebaliknya pengundi telah tertipu dengan logo PKR yang digunakan oleh PH.
Pengundi tidak sedar bahawa mengundi PKR adalah sama seperti mengundi kafir harbi, DAP.

Segala kemelut PRU14 diasak pula dengan pembohongan, janji palsu, dan fitnah terhadap UMNO-BN.
PRU15 bukan lagi medan perjuangan yang selesa untuk PKR kerana pengundi sudah sedar kesilapan mereka menyokong parti yang diketuai oleh penyokong liberalisme agama, penyokong murtad, penyokong LGBT, peliwat dan bekas banduan.
Pergolakan terkini juga terbangkit apabila DAP sendiri tidak mahu lagi menggunakan logo PKR pada PRU14 apabila mereka sedar bahawa rakyat sudah tahu siapa Anwar Ibrahim yang kini dipalit lagi dengan kes ‘gangguan seksual’.

Farhash Wafa pula sudah terkenal dengan karektor samsengnya yang sememangnya menjadi jenama PKR. Lihatlah pergaduhan, sehingga mengakibatkan pecah darah ketika Pemilihan PKR di serata tempat.

Apa yang jelas, kedudukan Anwar baik di mana jua adalah terancam, tidak seperti ketika PH baru menduduki kuasa di Putrajaya, kerana ketika itu rakyat belum sedar siapa PH-DAP sebenarnya.
Lihatlah apabila PH kalah di enam PRK Chini, Cameron Highlands, Tanjung Piai, Rantau, Semenyih, dan Kimanis.
Jika Mahathir sendiri telah meletakkan jawatan, tidaklah mustahil sekiranya Anwar juga akan meletakkan jawatan akibat kerakusan kuasa parti kafir harbi, DAP.
Segala kemelut PKR-PH dipanaskan lagi dengan pemuafakatan UMNO-PAS.
*******
Tinggalkan Jawapan