HIPOKRITNYA PH BILA MINTA AZAM BAKI DIREHATKAN

Editorial

26 Sept 2021

Apabila meletus kes kehilangan RM25juta wang bahan bukti kes dalam simpanan SPRM, pihak polis telah diminta menyiasat SPRM, supaya tidak berlaku ‘bias’ sekiranya kes tersebut disiasat sendiri oleh SPRM.

Tapi anehnya apabila pihak Majlis Presiden PH telah meminta agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki supaya ‘direhatkan’ sehingga siasatan penuh selesai.

Rabunkah bahawa tindakan sedemikian seakan-akan mereka membaling batu yang melantun pada kepala sendiri?

Mereka cuba menutup sebelah mata tentang kes Ketua Pembangkang yang sedang menghadapi kes mahkamah atas tuduhan ‘gangguan seksual’ oleh Mohamed Yusoff Rawther, tetapi tidak direhatkan.

Nampaklah sangat PH ni terdiri daripada pemimpin hipokrit.

Azam Baki bukan disahkan oleh PDRM sebagai pihak tertuduh, mengapa perlu dia direhatkan?

Malahan terkini, atas kerjasama SPRM, pihak terlibat dalam kes telahpun ditahan PDRM.

Dahulu ketika PH berkuasa, rakyat melihat bercambah kes ‘dakwaan terpilih’, tapi mengapakah PH tidak meminta Latheefa Koya direhatkan?

Ketika seluruh negara riuh menggesa Lim Guan Eng ‘direhatkan’ kerana dia telah didakwa atas empat tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan, termasuk kes rasuah pembelian banglo, kenapa dia tidak rehat, malah masih angkuh dan sombong setelah PH menang PRU14 ketika dia melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Malahan hari ini, Lim Guan Eng masih dibicarakan dalam kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang’, tetapi Majlis Presiden PH tidak pula meminta dia direhatkan.

Azam Baki bukan tertuduh, malahan dia membantu pihak PDRM menjalankan siasatan.

Azam Baki juga telah mengesahkan beliau menyambut baik pelantikan lima panel bebas untuk memantau SPRM.

PH juga hipokrit apabila ketika Setiausaha Politik Mat Sabu ditahan dan disiasat, kenapa tidak meminta Mat Sabu direhatkan?

Nampak sangat golongan ini adalah golongan hipokrit, yang cuba menyerapkan satu bentuk propaganda, seakan-akan mereka pejuang keadilan.

Malahan terkini Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Azam Baki dan menekankan agar SPRM tidak mengamalkan ‘dakwaan terpilih’.

Dengan hebatnya Anwar menekankan tentang isu ‘dakwaan terpilih’ yang diamalkan oleh SPRM pada era PH.

Amboi pada masa era PH berkuasa kenapa tidak berjumpa Latheefa Koya dan beri amaran padanya supaya tidak mengamalkan ‘dakwaan terpilih’, sehingga SPRM terkejut apabila kes Lim Guan Eng digugurkan.

Tapi benarkah SPRM ketika itu terkejut atau saja berlakon terkejut?

Begitu juga dengan beberapa kes lain sehingga aktivis pengganas LTTE dan pembunuh anggota Bomba Adib Kassim pun dibebaskan.

Hari ini riuh apabila Tommy Thomas mengaku terdapat campur tangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman.

Anwar pasti tahu, siapakah dalang yang campur tangan itu?

Terkini pihak pegawai SPRM yang disyaki telah ditahan, aset disita dan wang sejumlah RM50,000 juga telah dirampas.

Tiada apa-apa pun yang dikaitkan dengan Azam Baki. Jika ada sabitan, tak perlulah nak rehat, lucutkan sahaja jawatannya.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: