SEMPITKAN SKOP SIASATAN RCI TABUNG HAJI HANYALAH PROPAGANDA UNTUK TUTUP PENYELEWENGAN PH

Editorial

25 Sept 2021

Setelah Muhyiddin berkuasa, kerajaan PH telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Tabung Haji.

Maka ada pihak, terutamanya dalam UMNO dan PAS yang bersorak, dan berasa bangga kerana dengan terlantiknya DS Ismail Sabri sebagai Timbalan PM, akhirnya RCI untuk menyiasat penyelewengan PH dalam pengurusan Tabung Haji dapat juga dilaksanakan.

Namun munafik atau hipokritnya PN kerana RCI yang ditubuhkan untuk menyiasat TH telah meletakkan syarat skop siasatan yang TIDAK TERMASUK siasatan atau semakan ke atas Pelan Pemulihan Tabung Haji yang telah dimulakan pada zaman Pakatan Harapan. 

Sedangkan hakikatnya itulah antara isu penting yang akan membongkar penyelewengan PH setelah mereka berkuasa ke atas Tabung Haji, terutamanya Menteri Agama Mujahid Yusof Rawa.

Dengan syarat dan skop siasatan yang tidak termasuk Pelan Pemulihan Tabung Haji maka beberapa siasatan penyelewengan PH dalam isu yang kritikal telah dikecualikan.

Alasan yang diberikan kononya RCI Tabung Haji tidak boleh menyiasat zaman PN kerana kerajaan PN masih baharu, sedangkan penyelewengan berlaku pada era PH juga tidak diambil kira.

Pemuda UMNO berpandangan terdapat beberapa perubahan skop yang boleh ditambah baik dan dipinda bagi memastikan matlamat RCI untuk menjaga kemurnian institusi Islam ini tercapai

Pandangan Pemuda UMNO yang diutarakan oleh ketuanya, Datok Dr Asyraf Wajdi, adalah berdasarkan perkara berikut.

Pertamanya kelemahan Pelan Pemulihan Tabung Haji ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Tahunan TH 2019.

Keduanya siasatan RCI akan juga merangkumi keabsahan jaminan ke atas hutang RM27.56 bilion UJSB kepada TH. Ini kerana ia tidak pernah dibentang di parlimen atau mematuhi Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965

Ketiganya, RCI juga perlu menelusuri kemampuan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang perlu membayar RM27.56 bilion kepada TH sebelum tahun 2027. Ini kerana UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta bagi tahun 2019,” tambahnya.

“Keempat siasatan ke atas Pelan Pemulihan Tabung Haji juga akan membolehkan Suruhanjaya menyiasat dengan tuntas kemampuan sebenar kewangan TH pada hari ini. Ini kerana keuntungan nyata (hasil perniagaan normal) TH hanyalah RM210 juta. Sementara baki RM1.39 bilion lagi adalah keuntungan tidak nyata yang belum pun memasuki akaun TH lagi.

“Kelima siasatan ke atas Pelan Pemulihan TH ini akan membolehkan Suruhanjaya memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan.

Selari dengan itu, RCI Tabung Haji hendaklah melebarkan skop sisatan yang dilihat cuba menutup penyelewengan PH ketika mereka berkuasa.

Mengapakah perkara kritikal berikut dikecualikan sebagaimana yang dilaporkan.

  1. Tiada siasatan ke atas penjualan lambak aset Tabung Haji termasuk hotel -hotel dan tanah berharga TRX di Kuala Lumpur
  • Tiada siasatan ke atas tindakan penjualan aset TH bernilai RM27.56 bilion secara hutang tetapi tiada jaminan kerajaan
  • Tiada siasatan bagaimana Urusharta Jemaaah Sdn Bhd (UJSB) mampu membayar hutang RM27.56 bilion Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun sedangkan rekod Parlimen menunjukkan UJSB hanya memperoleh pendapatan RM234 juta bagi tahun 2019 (selepas mengambil alih aset TH)
  • Tiada siasatan bagaimana UJSB mampu membayar hutang RM27.56 bilion sedangkan nilai saksama aset yang dimiliki UJSB hanyalah RM10.33 bilion sahaja pada tahun 2019. Macamana hendak ‘cekau’ baki RM17 bilion lagi dalam masa 7-8 tahun ini untuk bayar hutang kepada Tabung Haji?
  • Tiada siasatan ke atas teguran Ketua Audit Negara (KAN) bahawa beliau tidak pasti adakah Tabung Haji akan dapat memperoleh RM27.56 bilion tersebut mengikut masa yang ditetapkan. 

Sebaliknya apa yang dikehendaki oleh rakyat dan penabung adalah lima isu kritikal yang dikecualikan oleh PH sebagaimana disenaraikan itu.

Lantas inilah sebahagian daripada pembohongan yang cuba mengelak pembongkaran penyelewengan kuasa PH dalam pengurusan Tabung Haji.

Rakyat faham kenapa Muhyiddin cuba menutup semua ini, tidak lain kerana dia adalah sebahagian daripada kejaan PH yang telah tumbang itu.

Sekiranya skop siasatan daripada awal pun sudah tidak memasukkan tindakan penyelewengan PH ke atas Tabung Haji, bagaimanakah umat Islam boleh mengharapkan keadilan isu lain lagi?

Atau adakah Perikatan Nasional ini memang sebenarnya ditubuhkan bagi menutup kelemahan-kelemahan kerajaan PH yang dikepalai oleh Mahathir dan keldainya Mujahid?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: