Editorial
25 Sept 2021
SEMASA Mujahid Yusof Rawa berkuasa ke atas Tabung Haji (TH), dia mendakwa bahawa berlaku penipuan dalam laporan keuntungan TH semasa berada pada era kerajaan UMNO-BN dan menyarankan agar SPRM menyiasat.
Pada 1 Julai 2019, DS Mujahid mendakwa, SPRM perlu terus menyiasat pengurusan TH kerana berlaku penyelewengan ketika UMNO-BN berkuasa.

Namun tiada apa-apa penyelewengan yang konkrit telah terbangkit daripada SPRM dan kemudiannya Mujahid menambah pula mengatakan keadaan Tabung Haji sudah stabil, kononnya dialah penyelamat Tabung Haji.

Kontradiknya Laporan Kewangan Tabung Haji 2019, telah mengiktiraf semua data keuntungan operasi, keuntungan bersih dan jumlah pendapatan yang telah dilaporkan sebelum 2017 iaitu semasa UMNO-BN berkuasa.
Sekiranya berlaku penipuan atau penyelewengan dalam pengurusan dan keuntungan TH semasa UMNO-BN berkuasa, mengapakah data sebelum PH berkuasa (semasa UMNO-BN) masih diambil kira?

Sebaliknya penyelewengan PH yang menjual aset Tabung Haji semasa mereka berkuasa, diangkat sebagai kejayaan, sedangkan urusan 50 tahun Tabung Haji di bawah kuasa UMNO-BN dilukiskan sebagai penipuan keuntungan Tabung Haji.
Inilah yang dikatakan lembu punya susu, sapi penipu dapat nama.
Sekiranya TH pada era UMNO-BN telah menipu keuntungan, kenapa tiada seorang pun juruakaun, juruaudit atau pegawai pengurusan TH diheret ke mahkamah oleh SPRM?

Jelaslah bahawa Mujahid hanya bermain opera Tamil Nadoo Kerala, untuk merabunkan mata rakyat dengan tipu muslihat yang memberikan keuntungan kepada kroni Lim Guan Eng apabila membeli aset TH dengan harga yang amat rendah.
Hotel di Terengganu yang tidak pernah rugi sebelumnya pun dijual atas tuduhan tidak berprestasi dalam soal keuntungan sedangkan ia adalah sebaliknya.

Seorang penganalisis politik dan pengarang The Patriots Abdul Rahim Hilmi Zakariya, yang merupakan jurutera kuasa elektrik (graduat UTM) yang banyak terlibat dalam pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan pejabat, telah membangkitkan beberapa isu, pembohongan, hipokrasi atau kemunafikan pihak PH, terutamanya bekas Menteri Agama, Mujahid Yusof Rawa dalam isu TH.
Kami cuba kongsi pendedahan Abdul Rahim melalui empat isu yang disenaraikan beliau dengan sedikit editan bahasa supaya mudah difahami.
Isu PERTAMA.
Laporan Audit 2019 TH juga telah membuktikan satu lagi penipuan Pakatan Harapan.
Antara perkara yang menggembirakan pemimpin PH adalah kononnya tiada langsung teguran daripada Ketua Audit Negara (KAN) tentang prestasi kewangan TH bagi Tahun 2019.
Dengan itu, kononnya PH telah melaksanakan tindakan yang tepat ke atas TH yang mereka dakwa sebagai tindakan menyelamatkan TH.
Jelaslah Menteri Kewangan PN, Menteri Ekonomi PN rabun agaknya, kerana tidak mempedulikan hal ini, atau sengaja mendiamkan diri kerana takut pada Muhyiddin bekas pesakit kanser itu.
Memang betul dalam Laporan Kewangan 2019, tidak dinyatakan ‘emphasis of the matter’ (penekanan ke atas perkara) oleh KAN.
Tetapi jika khalayak baca betul-betul perenggan 6 dan 7 ms 69 (Lampiran 1), KAN telah menyatakan bahawa Lembaga Pengarah Tabung Haji bertanggungjawab penuh dalam menilai kemampuan berterusan Tabung Haji.

Isu kemampuan Tabung Haji ini pula berkait dengan teguran Ketua Audit Negara pada 2018 pada era PH, yang menyatakan ketidakpastian beliau adakah Tabung Haji mampu memperoleh semula bayaran RM27 bilion daripada Urus Harta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) (Rujuk Lampiran 2).

Soalnya, kenapa kali ini KAN seolah-olah mahu melepaskan diri dalam isu ini?
Sebaliknya dalam Nota 10 ms 148 (Lampiran 3), Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH telahpun mengisytiharkan keyakinan mereka bahawa sukuk ini akan dibayar penuh apabila tiba masanya.

Masalahnya sekarang pada ms 146 pula (Lampiran 4) dinyatakan bahawa sukuk ini tidak dijamin kerajaan.

Malah pada mukasurat 148 Nota 10 (vi) (Lampiran 5) pula dinyatakan bahawa surat sokongan kewangan Kementerian Kewangan yang menjadi asas keyakinan Lembaga Pengarah TH bahawa sukuk ini akan dibayar juga menyatakan bahawa ia tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan kerajaan.

Jadi bagaimanakah Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH pada zaman PH boleh yakin bahawa sukuk ini akan dibayar kalau tidak ada satupun jaminan daripada kerajaan?
Isu KEDUA.
Adakah tanpa jaminan kerajaan UJSB ini mampu membayar RM27.6 bilion kepada Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun?
Pada Lampiran 6, dikemukakan laporan audit UJSB bagi tahun 2019.

Pendapatan mereka bagi tahun tersebut adalah RM233.98 juta. Ini adalah pendapatan daripada dividen dan sewaan aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada mereka pada tahun 2018.
Persoalannya kalau setahun pendapatan tidak sampai RM234 juta, kalau 9 tahun jadi berapa?
Bagaimanakah hendak dibayar sampai RM27.6 bilion? Apakah sifir yang digunakan?
Sila rujuk pula Lampiran 7. Finance cost UJSB tahun 2019 adalah RM472.6 juta. Hendak tawarkan khidmat yang bagaimana kalau pendapatan pun tidak sampai RM234 juta?

Jadi Laporan Kewangan Tabung Haji 2019 ini telah membuktikan bahawa PH berbohong kerana sukuk ini sebenarnya TIDAK PERNAH DIJAMIN KERAJAAN.
Isu KETIGA.
Apakah benar Tabung Haji telah pulih di bawah pentadbiran PH?

Tidak payah sesiapa yang mahu menyelidik memeningkan kepala, cuba rujuk ms 21 (Lampiran). Dinyatakan bahawa:
i. Jumlah pendapatan 2019 adalah RM3.217 bilion – merosot RM1.33 bilion berbanding 2017 (RM4.55b)
ii. Jumlah keuntungan bersih 2019 adalah RM1.837 bilion – menurun RM1.567 bilion berbanding 2017 (RM3.4b).
iii. Bilangan pendeposit 2019 adalah 8.75 juta orang – jatuh 520 ribu orang berbanding 2017
iv.Simpanan pendeposit 2019 adalah RM69.4 bilion – turun RM786 juta berbanding 2017
Jadi kalau semua merosot, semua menurun, semua jatuh, maka bagaimanakah PH telah pulihkan atau selamatkan TH?
Isu KEEMPAT.
Perkara paling penting adalah isu keempat, iaitu selama ini dituduh bahawa Tabung Haji telah menipu keuntungan pada zaman kerajaan UMNO-BN.
Sebaliknya Laporan Kewangan 2019 ini mengiktiraf semua angka-angka keuntungan operasi, keuntungan bersih dan jumlah pendapatan yang telah dilaporkan sebelum 2017.
Sekiranya pengurusan pada era UMNO-BN menipu, kenapakah Laporan Kewangan 2019 masih mengguna pakai data pada era UMNO-BN itu?
Jika hendak buat propaganda untuk dodoikan budak-budak PAN bolehlah. Presidennya pernah dilabelkan sebagai Menteri Pertahanan terbodoh dunia.
Jadi janganlah hendak menipu rakyat lagi.
****
Tinggalkan Jawapan