SANUSI TUNJUK BUKTI PEMINDAHAN RM13 JUTA KE AKAUN BARCLAYS

Editorial

24 Sept 2021

MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tidak mahu dilihat sebagai cuba bergurau dengan isu pemindahan RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ke akaun bank di luar negara yang berlaku pada tahun 2014.

Lantas, Sanusi mendedahkan tiga dokumen berkaitan pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut.

Berdasarkan dokumen berkenaan, berlaku empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM13 juta ke dalam akaun Barclays Bank pertamanya sebanyak RM3.29 juta, kedua RM3.31 juta dan ketiga RM3.30 juta, manakala slip terakhir RM3.27 juta.

Walau bagaimanapun butiran terperinci dokumen berkenaan tidak boleh didedahkan kerana ia sudah menjadi bahan bukti pihak berkuasa yang menjalankan siasatan berkaitan perkara itu.

Pendedahan ini juga bermaksud bahawa pejabat Menteri Besar Kedah sudah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa (PDRM, SPRM).

Kata YB Sanusi “Saya tak boleh dedah terlalu banyak, kelak ganggu siasatan. Saya harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan secara adil dan telus dan jika berlaku pecah amanah atau salah guna kuasa termasuk apa sahaja yang menyalahi akta, tindakan perlu diambil,” katanya.

Sanusi berjanji bahawa pihaknya tidak akan melindungi sesiapa jua sekiranya terbukti perbuatan itu menyalahi perundangan.

Pihak kerajaan negeri Kedah berharap wang itu dapat dikembalikan semula kepada MBI sekiranya berlaku transaksi yang tidak sah.

Meskipun Sanusi tidak menyebut nama Mukhriz sebagai pihak yang terlibat tetapi ia telah membangkitkan rasa gusar Mukhriz dan mencabar Sanusi supaya membuat laporan dan mendedahkan perincian maklumat berkenaan.

Justeru, DS Mukhriz Mahathir mencabar YB Sanusi agar melaporkan perkara tersebut kepada PDRM atau SPRM.

Kesan daripada pendedahan tersebut, ramai yang beranggapan Mukhriz Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab.

Mukhriz membidas, “Beliau (Sanusi) perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. Saya memandang serius komen itu.

“Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan.

“Atau saya cabar MB mohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya pada satu sidang media.

Mukhriz berkata, dakwaan Sanusi tidak berasas dan beliau akan mempertimbangkan “tindakan susulan”.

Dalam sidang media sama, Ketua Pembangkang Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, apa yang Sanusi katakan di khalayak ramai adalah mewakili Kedah dan rakyatnya secara keseluruhan.

Oleh itu, Sanusi perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakannya dan mengikut nasihat Sultan Kedah kepada semua wakil rakyat untuk terbuka kepada kritikan.

Adakah dokumen yang dikemukakan oleh Sanusi itu merupakan satu perangkap yang sengaja dipasang untuk membangkitkan kelemahannya, dan kemudian membawa kepada kejatuhannya.

Masakan begitu bodoh sekali bagi pihak terdahulu meninggalkan butir-butir pemindahan wang tersebut yang pastinya akan membangkitkan isu kontroversial?

Jika tidak, mengapakah Mukhriz berani mencabar, sedangkan butir pemindahan terbukti ada dalam fail MB Kedah terdahulu?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: