Editorial
23 Sept 2021
Nampaknya campurtangan kuasa eksekutif kerajaan terdahulu yang amat benci dan dengki kepada DS Najib Razak terbongkar satu-persatu.
Benarlah kata Milton, “Let the truth and fallacies meet in the marketplace of ideas, in the end the truth will triumph”.
Pastinya Milton mencedok apa yang telah Allah firmankan, dalam Surah Al-Israk, ayat 81, bahawa, “Dan katakanlah bahawa datangnya kebenaran yang akan melenyapkan kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu pasti akan kalah juga.”

Adakah munasabah cukai yang dikenakan ke atas DS Najib berjumlah RM1.7 billion?
Nampaklah sangat LHDN sudah menjadi kaldai kepada pemimpin politik yang tidak sudah-sudah berdengki dengan DS Najib.
Sekiranya dia membenci DS Najib dengan zikir dan wiridnya yang tidak putus-putus, tetapi cukuplah setakat itu, jangan pula berdengki sehingga tidak cukup menggunakan konco-konconya dalam SPRM, kini LHDN pun digunakan.
DS Najib telah membuat laporan polis berkenaan tuntutan LHDN yang tidak berasas itu.
Apa yang rakyat terkejut ialah tuntutan tersebut dibuat bukan berdasarkan pendapatan yang diperoleh pembayar cukai tetapi sebaliknya kerana konspirasi untuk menjatuhkan pembayar cukai itu atas kecenderungan politik.
Rakyat faham sejak LHDN diperbadankan maka lebih banyak kutipan yang diperolehi, maka lebih banyaklah bonus yang akan diperoleh kakitangan LHDN.
Dengan penjawat awam LHDN mengejar sampai ke lubang cacing, tetapi dengan golongan kapitalis terutamanya kaum Cina LHDN seperti menikus.


Ahli politk berbangsa Cina mengisytiharkan harta hampir RM100 juta, tiada sesiapa dalam kalangan kaum Melayu yang dengki dan khianat, tetapi jika ada ahli politik PAS atau UMNO memandu mercedes terpakai pun, mereka akan heboh seluruh dunia dan cuba kaitkannya dengan rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya, sehingga ada yang mebuat laporan polis.
Namun bila ada yang disenaraikan sebagai antara manusia terkaya di Asia tetapi kerana dia adalah anak pemimpin politik yang menguasai badan-badan kerajaan dengan konco-konconya sebagaimana dakwaan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, tak ada sesiapa pun hendak membuat laporan polis.
Namun apabila DS Najib dikatakan kaya, habis semua badan kerajaan menyerangnya untuk membunuh kerjaya politiknya.
Rakyat ingin tahun adakah kes RM13 juta wang MB Kedah Inc. yang dipindahkan ke akaun di Kanada mendapat perhatian SPRM, PDRM atau LHDN?

DS Najib menegaskan dalam media sosial FBnya supaya LHDN menjawab kenapa dana yang dipindah dari satu akaun atas namanya ke akaun atas namanya yang lain (dalam bank yang sama) turut diambil kira sebagai pendapatan?
Kenapa dana yang diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaunnya diambil kira sebagai pendapatan sedangkan segala hasil yang diperolehi dari sumber luar negara sudahpun dikecualikan cukai sejak tahun 2004 dan kenapa ianya masih dikira sebagai pendapatan sedangkan segala dana yang dia terima telahpun digunakan untuk kerja CSR, kebajikan dan politik yang sepatutnya ditolak dari cukai.
DS Najib sebagai pembayar cukai mempunyai hak untuk membawa kes konspirasi cukai ini kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai.
Terdapat kelompok dalam LHDN yang lebih rela untuk memufliskan DS Najib serta-merta dan membunuh kerjaya politiknya.
Rasanya rakyat tahu siapa dalang kepada semua ini.
Sebagaimana didakwa oleh DS Najib, terdapat ‘good samaritan’ atau boleh kita katakan sebagai ‘pembela kebenaran’ dalam LHDN yang telah memberi maklumat demi mempertahankan keadilan.
Sebagaimana catatan DS Najib, “Terima kasih atas pemberi-pemberi maklumat yang ingin mempertahankan keadilan sebab memberitahu saya bahawa kes cukai saya sebenarnya telah disiasat sebanyak tiga kali oleh LHDN dan setiap kali, keputusan sebenarnya adalah tiada penalti cukai patut dikenakan atas dana-dana tersebut.”
Malangnya terdapat ahli-ahli politik yang telah campur tangan untuk arahkan DS Najib dikenakan penalti cukai tidak munasabah sebanyak RM1.7 bilion dengan menyalah gunakan kuasa dengan falsafah genjot “bayar dulu, bincang kemudian”.
Pihak Bukit Aman telahpun memulakan siasatan dan beberapa saksi telah dipanggil.
Rakyat dan pembayar cukai yang lain berharap pihak PDRM, apatah lagi Bukit Aman, mahupun SPRM mempertahankan integriti supaya menyiasat secara adil dan menyeluruh agar dalang-dalang dalam LHDN mahupun di luar LHDN dapat dikenal pasti dan dihukum.
*****
Tinggalkan Jawapan