VIDEO – KAKI FITNAH DIKENAKAN ARAHAN TANGKAP

Editorial

23 Sept 2021

Nampaknya editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown lagi sekali dikaitkan dengan saman fitnah.

Sudah beberapa kali kes saman fitnah yang dikaitkan dengannya, tetapi anehnya pihak yang menjadi sasaran fitnahnya adalah UMNO, DS Najib, PAS atau pihak yang bukan rakan sekongkol Mahathir.

Berita Harian pernah melaporkan 90% laporan Sarawak Report yang berkaitan 1MDB adalah rekaan pihak pembangkang.

Pastinya khalayak media tahu siapakah pemimpin yang menjadi dalang pembohongan Sarawak Report ini.

Adakah Sarawak Report sememangnya ditubuhkan untuk memfitnah pihak yang dijadikan musuh oleh Mahathir?

Tapi sebagaimana yang dilaporkan, NST pernah mendedahkan perbualan pesanan aplikasi Whatsapp oleh editor Sarawak Report itu dengan beberapa individu yang menjurus kepada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, ketika DS Najib memegang tampuk pentadbiran sebagai Perdana Menteri.

NST melaporkan, daripada sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan menerusi Whatsapp telah berlangsung selama tiga bulan dan mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, beberapa individu serta Tun Mahathir.

Konspirasi didakwa membabitkan perancangan untuk membeli data daripada pegawai eksekutif PetroSaudi bernama Xavier Andre Justo, untuk memfitnah aktiviti pelaburan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Justo yang ditanggapi sebagai tidak bertanggungjawab itu kemudiannya dipenjara tiga tahun oleh kerajaan Thailand setelah didapati bersalah memeras dan mengugut bekas majikannya iaitu PetroSaudi.

Perbualan Whatsapp itu juga dikatakan membuktikan yang Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan Justo dan pemimpin PH, selain bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Menurut laporan NST, kes tersebut mendedahkan “siapa sebenarnya” Rewcastle-Brown dan kesanggupannya untuk melanggar undang-undang.

Nampaknya kewujudan portal berita itu mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan reputasi kepimpinan negara melalui sebaran fitnah dengan membeli maklumat daripada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Bekas pengarang portal berita itu, Lester Melanyi sendiri mengakui 90 peratus berita yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan telah diubah suai.

Rakyat Malaysia hendaklah sedar, selidik dahulu atau menolak sebarang fitnah yang disebarkan oleh portal berita tersebut.

Antara fitnah portal itu adalah dakwaan kononnya se­banyak RM90 juta disalurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mempengaruhi pucuk pimpinan PAS supaya tidak menjalinkan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Susulan itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman portal berita itu dan PAS telah memenangi kes tersebut.

Hari ini 23 Sept. Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kerana gagal hadir pada pertuduhan fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd Aziz telah menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Rewcastle-Brown dijadual dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Baginda Sultanah Nur Zahirah sebelum ini telah memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Saman fitnah tersebut mendakwa terdapat kenyataan berbaur fitnah yang antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.

Kali ini ramai dalam kalangan rakyat yang berharap agar kaki fitnah itu disumbatkan dalam penjara agar fitnahnya hanya berkisar pada tembok sempit itu.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: