FAIZAL AZUMU MENTERI PERTAMA YANG MUNGKIN DIGUGURKAN JAWATAN

Editorial

18 Sept 2021

YB DS Ahmad Faizal Azumu @ Peja mungkin menteri pertama yang akan digugurkan jawatan kerana awal-awal lagi telah menunjukkan ‘key performance index’ atau ‘indeks prestasi utama’ yang lemah setelah melakukan beberapa kesilapan dalam kapasitinya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Peja telah mencemarkan nama baik Malaysia apabila membenarkan bantahan rasmi kontijen Malaysia pada sukan Paralimpik sebagai reaksi terhadap pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad Zolkefli.

Isu pembatalan pengat emas Ziyad bukanlah kes teknikal, tetapi merupakan kes disiplin kerana peserta Malaysia lewat melaporkan diri di bilik panggilan yang hakikatnya akan menimbulkan pelbagai implikasi apabila dibantah.

Antaranya ia mencemarkan nama baik Malaysia kerana kes peserta yang tidak berdisiplin, dan kes tidak berdisiplin itu disokong oleh pihak kerajaan.

YB Peja juga telah mengeluarkan kenyataan tentang kos penyelenggaraan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan menelan belanja RM10 juta.

Jumlah sedemikian banyak dipersoalkan oleh YAM TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempunyai pengalaman penyelenggaraan padang di Johor yang menelan belanja RM1.4 juta hingga RM1.5 juta.

Peja juga telah membuat pengumuman yang salah tentang kebenaran untuk operasi semula pusat gimnasium di negeri yang telah mencapai Fasa 2 dan Fasa 3 data jangkitan Coviod19.

Di samping itu Peja telah dilihat cuba campurtangan dalam pengurusan Liga Bolasepak Malaysia yang membangkitkan persepsi bahawa Menteri Belia dan Sukan cuba membantu pasukan Perak untuk kekal dalam Liga Super.

YB Faizal Azumu telah mempunyai rekod kegagalannya sebagai MB Perak sehingga menyebabkan ADUN Perak mengusulkan undi percaya dan Faizal telah gagal mendapatkan undi kepercayaan dan keyakinan sehingga dia terpaksa melepaskan jawatannya.

Pelantikan Faizal sebagai Menteri Belia dan Sukan bukanlah kerana merit atau sejarah pencapaiannya yang baik, sebaliknya adalah kerana dia adalah Timbalan Presiden Bersatu.

Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin patut merasa malu dengan gelagat Faizal yang kini menjadi bahan serangan pihak pembangkang.

Pada ketika PM DS Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinetnya, beliau telah memberikan tempoh 100 hari kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri untuk membuktikan prestasi kementerian masing-masing.

Sekiranya ada yang gagal mencapai tahap KPI sebagaimana yang diharapkan, ada kebarangkalian bahawa PM akan mengugurkan jawatan mereka.

Walau bagaimanapun PM sendiri terpaksa menunjukkan bahawa KPI beliau adalah pada tahap yang cemerlang.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: