Editorial
16 September
Sidang Parlimen petang 15 September 2021 menjadi perhatian media apabila Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, menyindir AP Kota Raja, Mat Sabu dengan ‘perkahwinan mutaan’ yang sohor dalam budaya Syiah.
Presiden Amanah, Mat Sabu yang suatu ketika dahulu dihebohkan sebagai penganut ajaran Syiah, terdiam apabila, DS Azalina Othman Said, menterjemahkan pelantikan semula beliau sebagai Timbalan Speaker adalah sementara diibaratkan seperti ‘perkahwinan mutaah.’
Perkahwinan mutaah adalah suatu perkahwinan kontrak dalam ajaran Syiah yang membenarkan perkahwinan singkat mengikut jangka waktu yang dipersetujui.
Pada 2013, KDN pernah mendedahkan penglibatan Presiden Amanah, Mat Sabu sebagai pengikut Syiah.
Dakwaan bahawa Mat Sabu, adalah pengikut Syiah didasari oleh 10 fakta dan maklumat risikan KDN termasuk kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
Berdasarkan temuramah yang dilakukan pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zain, bersama Dr Abdul Aziz Hanafi, ternyata bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand dan mengunjungi pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi yang melihat Mat Sabu ketika menunaikan solat telah meletakkan sebiji batu kecil leper yang dikutip dari tapak peperangan Karbala, di tempat sujudnya. Itu adalah merupakan amalan golongan Syiah.
Dengan itu, tidak hairanlah ketika dia menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, ketika PH berkuasa, Mat Sabu telah memanggil pulang pasukan ATM di Riyadh, Arab Saudi yang ditugaskan untuk memantau dan mengendalikan keselamatan rakyat Malaysia, baik di Syria mahupun di Yaman.

Malah, Mat Sabu telah mengambil tindakan menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya dan pejabat sementara di Jalan Ampang.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh Mat Sabu untuk keluar daripada menjadi sekutu Arab Saudi dalam hal keselamatan dan ketenteraan umat Islam, kerana tidak mahu dilihat sebagai menyokong fahaman Ahlul Sunah Wal Jamaah.
Penempatan ATM di Arab Saudi pada saat negara itu melancarkan serangan ke atas Syiah Houtsi di Yaman menimbulkan rasa tidak senang pihak tertentu, terutama sekali Iran kerana merekalah yang membiayai operasi ketenteraan dan persenjataan puak pelampau Houtsi untuk menakluk Yaman.
Tindakan Mat Sabu dilihat sebagai cuba menjaga hubungan baiknya dengan kerajaan Syiah Iran.
Dalam konteks kejadian pada sidang parlimen semalam, Mat Sabu hanya terdiam dengan sindiran Timbalan Speaker.
****
Tinggalkan Jawapan