Dr Mamat Desa
10 September 2021
Di tengah-tengah kekecewaan Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim berjuang untuk menduduki kerusi PM, datang lagi musibah yang menambahkan kemusnahan harapannya.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengarahkan Anwar memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lalu.

Kali ini Anwar dikaitkan dengan pencabulan sebagaimana dinyatakan dalam ‘akuan bersumpah’ Muhammed Yusoff Rawther.
Ia seakan-akan mengulangi kes Saiful Bukhari.
Mahkamah telah menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes.
Penganalisis politik menjenamakan kes pencabulan ini sebagai Sodomi III.
Ketika meletus Sodomi I, rakyat langsung tidak percaya dan menganggap ia sebagai kerja kotor musuh politik Anwar. Masakan pemimpin hebat ABIM boleh bertukar menjadi sodomis?
Apabila meletup pula kes Sodomi II, rakyat mula membuka mata dan cuba mencongak-congak fakta-fakta yang terdedah dari mahkamah.
Kalau mahkamah dah putuskan Anwar bersalah, siapalah rakyat untuk menghakimi?
Kini apabila terbongkar pula Sodomi III, rakyat sudah mula melihat ia sebagai tabiat seksual yang amat payah untuk dibuang daripada diri yang sudah sebati dengannya.
Sepatutnya Anwar berusaha mengubat penyakitnya, supaya Allah dan malaikat-Nya melihat langkah Anwar untuk bertaubat dan memperbaiki diri serta memberkati harapannya untuk menjadi PM.

Adakah kes Yusoff Rawther ini juga suatu konspirasi untuk jatuhkan Anwar?
Jika Anwar tidak pernah naik ke mana pun, apakah relevannya konspirasi jatuhkan Anwar?
Isu Yusoff Rawther timbul sejak era Mahathir memimpin PH dan kedudukannya sebagai PM. Namun ketika itu Mahathir seperti tidak merestui Anwar menjadi penggantinya sebagaimana yang dijanjikan.
Rakyat juga masih ingat kenyataan Mahathir bahawa dia tidak mahu seorang sodomis menjadi Perdana Menteri.

Azmin Ali juga berada dalam situasi panas apabila video semburit yang cuba dikaitkan dengan dirinya tertular.
Kedudukan Azmin sebelum itu amat kukuh, malahan Mahathir telah melantiknya sebagai Menteri Ekonomi, dan terdapat suara-suara yang mencanangkan bahawa Azmin akan menggantikan Mahathir sebagai PM.

Apa yang menjadi kekuatan Anwar sekarang ialah sokongan masyarakat bukan-Islam dan mungkin juga golongan akademik serta teknokrat yang tidak peduli langsung dengan isu seksual Anwar.
Malahan rakyat melihat Anwar lebih suka mendapatkan talian hayat politik daripada DAP, parti yang ramai kaum Melayu-Islam lihat sebagai ‘parti sial’ bagi agama Islam.
Tabiat seks songsang Anwar itu mungkin bagi mereka hanyalah soal remeh, yang pentingnya Anwar ada karisme serta karektor politik yang meyakinkan.
Namun bagi umat Islam yang merupakan majoriti pengundi, soal moral, apatah lagi kaitan Anwar dengan seks songsang, tidak boleh dikompromi.
Sebab itulah Mahathir mencanangkan bahawa Anwar tidak popular dalam kalangan rakyat Melayu-Islam.
Bagi pihak PH-DAP Anwar tetap hebat.
Malahan masih ramai dalam kalangan orang Melayu PKR yang terus tegar menyokong Anwar kerana mereka juga lupa tentang dosa semburit di sisi agama.
Adakah segalanya terhenti pada isu seks songsang sahaja?
Bagaimana pula nanti dengan sokongan Anwar terhadap kebebasan LGBT?
Bagaimana pula dengan isu ideologi pluralisme agama yang Anwar pegang sebagaimana ucapannya di LSE, University of London, suatu ketika dahulu.

Adakah golongan ulama yang sentiasa menyemarakkan masjid dan surau masih mahu menerima Anwar?
Nampaknya ramai kalangan mereka kini mengatakan bahawa kepimpinan Anwar dalam ABIM tempoh hari hanyalah suatu hipokrasi yang amat lewah.
Benarlah kata Dr Chandra Muzaffar bahawa Anwar adalah ‘sesumpah politik’ yang sebenarnya amat menggerunkan.
*******
Tinggalkan Jawapan