DAP MAHU TIMBALAN SPEAKER JENIS MULUT BUNTUT AYAM

Editor

9 September 2021

Nampaknya DAP tetap mahu Timbalan Speaker Dewan Rakyat dilantik daripada bangsa mereka juga, yang tiada budi bahasa, samseng dan bercakap bagaikan kemutan buntut ayam.

Pemimpin DAP yang mereka pilih adalah contoh terbaik samseng politik bagi bangsa DAP yang mereka sanjung kerana kehebatannya mengutuk mengeji sehingga menghina pemimpin di alam kubur.

Adakah mereka lupa apa yang diujarkan oleh mulut biadap Nga Kar Ming yang diterjemahkan sebagai menghina sehina-hinanya Tun Dr Mahathir.

Bukan sahaja dia ‘mendoakan’ kematian Mahathir tetapi dia juga menghina Mahathir di alam barzah.

Amat bahaya pemimpin politik sebegini kerana ucapannya mendapat sokongan kaum Cina yang terpengaruh dengan cauvinisme bangsa sehingga dia berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Lantas adakah pemimpin bangsa DAP sebegini yang mahu dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat?

Nampaknya DAP seperti ketandusan pemimpin selain daripada samseng politik seperti Nga Kor Ming.

Mengapa tidak melantik Tengku Zulpuri, Dr Ong Kian Ming, Gobind Singh Deo, Ram Karpal, atau sesiapa sahaja selain Nga Kor Ming yang fasih berbahasa Melayu?

Adakah kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya adalah mereka yang amat tegar dengan etnosentrime sehingga tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan negara mahu rakyat Malaysia fasih berbahasa Kebangsaan, sebagaimana bahasa Indonesia dikuasai apa juga etnik bukan pribumi di negara itu?

Inilah masalahnya sekiranya negara terlalu memberi muka kepada penyokong Dong Zong yang amat memusuhi sistem pendidikan negara, sehingga sanggup menggunakan kurikulum pendidikan Taiwan.

Mereka ini pada hakikatnya tiada langsung kecintaan kepada negara.

Namun untuk memilih Timbalan Speaker, DAP bukanlah satu-satunya parti pembangkang, kerana masih ada PAN, PKR, Warisan dan beberapa lagi.

Tidakkah pemimpin parti-parti pembangkang selain DAP juga boleh dilantik untuk menduduki kerusi Timbalan Speaker? Kenapa mesti melayani kehendak DAP sahaja?

Sekiranya mereka menolak cadangan untuk melantik DS Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker kerana dia diklasifikasikan sebagai golongan ‘Kluster Mahkamah’, maka adakah mereka lupa di sekeliling PH penuh dengan ‘Kluster banduan’.

Tanyalah Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Anwar Ibrahim, dan Mat Sabu, dah berapa kali mereka disumbat ke penjara?

Malahan semalam SPRM telah melondehkan tabir konspirasi politik yang mendakwa bahawa terdapat tekanan politik untuk ‘pendakwaan terpilih.’

Malahan sebelum ini, media seringkali berasa sangsi dengan dakwaan-dakwan terpilih oleh SPRM pada zaman PH berkuasa.

Penganalisis politik dan media menterjemahkan sistem perundangan era DAP-PH adalah sistem ‘undang-undang rimba’.

Bagi Peguam negara TS Harun Idris, pada era DAP-PH, Peguam negara lantikan politik DAP telah menghina institusi perundangan negara. Dia telah dipergunakan oleh pemimpin PH untuk menjatuhkan musuh politik mereka terutamanya UMNO.

Dengan itu juga dakwaan-dakwaan terpilih yang melibatkan tokoh-tokoh yang dihina dengan label ‘kluster mahkamah’ boleh dipersoalkan reliabiliti dan kebolehpercayaannya.

Lantas, apakah Dewan Rakyat masih mahu bertolak ansur dengan bangsa DAP sebegini?

Oleh itu DAP harus sedar, dan ingat bahawa tuduhan-tuduhan terpilih seperti yang diamalkan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas boleh sahaja berlaku setelah PH tidak lagi berkuasa dan apabila Tun Mahathir sudah menjadi ‘penyapu buruk’.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: