KIT SIANG PATUT RASA MALU DENGAN PM ISMAIL SABRI

Editorial

4 September 2021

Hari ini terdapat beberapa media massa yang menyiarkan respons Lim Kit Siang terhadap kenyataan PM DS Ismail Sabri Yaakob bahawa,“tiada sesiapa terkecuali daripada undang-undang.”

Ismail merujuk kepada seorang pemimpin Bersatu yang telah memukul seorang pengawal keselamatan beberapa bulan yang lalu.

Kecederaan parah pengawal keselamatan itu, telah mengakibatkan kematiannya kelmarin. Lantas, sebagai PM, Ismail memberikan keyakinan kepada keluarga mangsa dan rakyat keseluruhannya bahawa undang-undang tidak memilih bulu dan kedudukan.

Atas kenyataan Ismail itulah Lim Kit Siang, pemimpin D’facto DAP memuji beliau.

Sepatutnya kenyataan Ismail itu membangkitkan rasa malu tidak terhingga terhadap Lim Kit Siang kerana semasa DAP-PH berkuasa, undang-undang adalah bersifat terpilih. Malahan rakyat menterjemahkannya sebagai undang-undang rimba, ketika PH-DAP berkuasa.

Sekiranya yang didakwa itu adalah orang DAP, bangsa DAP, rakan sekongkol DAP-PKR-Amanah-Bersatu, maka mereka akan terlepas.

Lihatlah apa berlaku kepada tuduhan rasuah pembelian banglo anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, apabila mahkamah membebaskannya begitu sahaja sehingga SPRM pun terkejut dengan keputusan tersebut.

Ramai yang melihat bahawa inilah kelebihan melantik Peguam Negara melalui tiket politik.

Menurut hakim, pelepasan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan.

Ini bermaksud tertuduh, Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini lantas dibebaskan.

Dengan itu juga Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah tersebut dan kes itu tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.

Bukan SPRM sahaja yang terkejut, malah ramai yang mempertikaikannya, termasuk Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, TS Rais Yatim dan Peguam Negara semasa iaitu TS Idris Harun yang menterjemahkan tindakan Tommy Thomas sebagai menghina institusi perundangan negara.

Lantas, di manakah letaknya kedaulatan undang-undang apabila peguambelanya Tommy Thomas dalam kes rasuah tersebut, sekonyong-konyong dilantik menjadi Peguam Negara beberapa hari setelah PH-DAP menang PRU14?

Jelas sekali pelantikan Tommy Thomas adalah kerana ‘political interest’.

Lihatlah lagak Guan Eng ketika mahkamah memutuskan untuk mengugurkan kes tersebut.

Adakah kerana situasi sedemikian, ketika Ismail Sabri dari UMNO berkuasa sebagai PM, tidak lagi berlaku pengguguran kes-kes pilihan sebagaimana berlaku pada era PH-DAP?

Lantas dengan itu juga Kit Siang berasa amat bangga dan memuji Ismail?

Kes pembelian tanah lot banglo oleh bekas Menteri Besar, YAB Dr Khir Toyo, yang dilihat sebagai hampir sama latarnya dengan kes Lim Guan Eng, telah mengakibatkan Khir Toyo dipenjara selama setahun.

Bukan hanya kes Guan Eng, terdapat banyak lagi ‘kes terpilih’ yang dengan kuasa Peguam Negara, ia digugurkan begitu sahaja.

Lihatlah bezanya kerajaan yang dikuasai oleh UMNO dengan kerajaan yang dikuasai oleh PH-DAP.

Adakah rakyat masih mahu DAP-PH berkuasa, sedangkan Tun Mahathir sendiri mengaku bahawa semasa dia menduduki kerusi PM pada era PH-DAP berkuasa, dia hanyalah boneka DAP.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: