JIKA DUN SUDAH TOLAK KENAPA MASIH DITERUSKAN?

Editorial

1 September 2021

Isu mengenyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat menjadi tandatanya kerana nampaknya ia seperti mahu disembunyikan oleh kerajaan negeri yang berkuasa ke atasnya.

Pada September 2020, kerajaan Selangor mendengar bantahan pelbagai organisasi dalam satu sesi pendengaran awam mengenai rancangan penyahwartaan hutan berkenaan serta bantahan keras masyarakat Orang Asli, termasuk agensi alam sekitar persekutuan.

Kemudian pada November 2020, semua ADUN Selangor mengundi sebulat suara menyokong usul melindungi hutan simpan itu dan membatalkan rancangan penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat (Utara).

Anehnya isu mengenyahwartakan hutan simpan Kuala Langat itu timbul semula dengan keputusan pembangunan hutan berkenaan berserta dengan kontrak yang telah diluluskan kepada syarikat tertentu.

Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa DUN Selangor telah menolak cadangan mengeyahwartakan bahagian hutan simpan tersebut, namun kenapakah ia masih diteruskan?

Adakah Anwar cuba membela kerajaan Selangor yang diperintah oleh PKR, sedangkan projek pembangunan serta kontraktor yang diberikan tender untuk pembangunan projek tersebut sudah pun dihitam-putihkan?

Kontradiknya, Anwar menegaskan bahawa kepimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada MB DS Amirudin Shari untuk membatalkan perkara tersebut.

Adakah Amirudin cuba menentang keputusan Anwar sebagai presiden parti atau ia hanyalah ‘cakap berlapik’ Anwar untuk menunjukkan bahawa PKR amat peka dan menjaga kestabilan ekologi di Selangor, apatah lagi ia menjadi kawasan periuk nasi puak pribumi.

Sekiranya dahulu, pencabulan tanah di Raub telah membangkitkan kemarahan rakyat kerana wewenangnya golongan luar menceroboh tanah hutan simpan untuk projek tanaman durian, adakah PKR Selangor juga cuba menyembunyikan projek pembandaran hutan yang menguntungkan golongan kapitalis tertentu, sebaliknya mengorbankan sistem ekologi alam.

Tidak cukup lagikah projek pencerahan hutan yang digantikan dengan projek perumahan yang tidak mampu dibeli oleh rakyat?

Tidakkah MB dan DUN Selangor sensitif terhadap bencana alam yang sedang berlaku apabila banjir kilat apatah lagi besar, sungai melimpah, dan malahan air pasang besar di Kuala Langat sendiri yang kian meruncing dan menenggelamkan tanah rakyat di sisir pantai?

Nampaknya Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, seperti bersendirian untuk menentang tindakan mengenyahwartakan hutan simpan tersebut, apabila terpaksa tunduk dengan projek 536.7 hektar daripada 930.9 hektar yang telah dibatalkan sebelumnya?  

Lebih aneh lagi, apabila kerajaan negeri seperti cuba merahsiakan rancangan mengenyahwartakan hutan tersebut meskipun MB Amirudin sedar bahawa ia mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak.

Pengerusi Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (KLIMA), Ili Nadiah Dzulfikar mempersoalkan ketelusan kerajaan PKR Selangor, sedangkan sebelum ini pelbagai pertubuhan dan orang awam telah menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan pengenyahwartaaan hutan tersebut.

Antaranya adalah KLIMA sendiri, serta organisasi yang prihatin pada isu perlindungan hutan dan alam sekitar, seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Greenpeace Malaysia, Five Arts Centre, Empower Malaysia, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Global Environment Centre (GEC), Center for Orang Asli Concerns (COAC), Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) Malaysia, Treat Every Environment Special (TrEES), Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Kata Ili Nadiah, “Kami menuntut jawapan. Kami menuntut ketelusan dan kami menuntut kebertanggungjawaban atas keputusan yang dibuat oleh DUN Selangoir tanpa pengetahuan orang ramai.”

Mengapa keputusan itu dibuat secara rahsia dan sama sekali bercanggah dengan keputusan yang dicapai ketika sesi pendengaran awam yang dihadiri oleh pelbagai organisasi serta pemimpin puak Orang Asli yang menetap di Kuala Langat.

Pelbagai pihak mempersoalkan adakah sesi pendengaran awam tersebut yang telah diadakan pada September 2020 itu hanyalah propaganda untuk mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan negeri prihatin terhadap sistem ekologi alam.

Pihak KLIMA mendakwa sejumlah 45,423 bantahan yang diajukan terhadap rancangan tersebut, teemasuj Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Kemajuan Orang Asli  dan Institut Arkitek Landskap Malaysia.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: