AHLI POLITIK PERJUDIKAN KESELAMATAN NEGARA HARUS DIHUKUM

Editorial

30 Ogos 2021

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan intipan kerahsian ATM telah mengesan terdapat ahli politik Malaysia yang diberikan sokongan moral dan kewangan oleh organisasi negara asing.

Mohd Salleh mendedahkan intipan pihaknya mendapati pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara untuk memastikan kesinambungan kedudukan dan kekuatan politik mereka.

Meskipun Mohd Salleh tidak mendedahkan siapakah ahli politik yang dimaksudkannya, tetapi kebanyakan media massa Malaysia telahpun dimaklumkan bahawa organisasi National Endowment for Democracy (NED) secara terang-terangan mengaku membantu pembangkang, apabila wakil mereka dengan gahnya memperakui bekerjasama dengan DAP-PH untuk menjatuhkan kerajaan sebelum PH berkuasa.

Meskipun NED telah membuat perakuan pada khalayak media, namun tiada apa-apa tindakan susulan yang diambil oleh pihak KDN kerana pihak PH-DAP sendiri telah memenangi PRU14 dan KDN adalah di bawah arahan mereka.

Lantas, setelah PH jatuh pada Februari 2020, dan setelah TS Muhyiddin digugurkan daripada kerusi PM baru-baru ini, baharulah nampaknya bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mohd Salleh rasa selesa untuk mendedahkan pembelotan politik sedemikian.

Salleh mengesahkan bahawa pihak perisikan ATM mempunyai maklumat lengkap tentang tarikh pertemuan, lokasi serta identiti pemimpin politik yang mengadakan pertemuan dengan pihak kuasa asing.

Presiden Patriot Mohd Arshad Raji dalam reaksinya yang menggambarkan kepekaan terhadap keselamatan negara, mahu siasatan terperinci dibuat terhadap ahli politik yang didakwa oleh Mohd Salleh.

Mohd Arshad menegaskan bahawa Patriot amat komited dengan partriotisme dan keharmonian negara kerana ini adalah tonggak utama dalam misi dan perjuangan Patriot.

Apa yang dikhuatiri, tindakan khianat dan pencabulan ahli politik berkenaan terhadap prinsip kesetiaan kepada negara boleh sahaja dijual demi survival politik serta parti yang mendokonginya.

Pencabulan sedemikian telahpun berlaku di Iraq, Syria, Afrika dan negara-negara yang kini hancur kerana terdapatnya golongan ahli politik yang menjadi pembelot sedemikian.

Sebuah NGO, Suaram juga telah memberikan reaksi apabila meminta PH menjelaskan kebergantungan dana daripada NED yang berpangkalan di Amerika selama lebih satu dekad.

Adakah reaksi Suaram hanya sebagai menutup dan menyelamatkan diri mereka daripada pendedahan badan perisikan ATM itu?

Adakah faktor ini juga yang menjadikan DS Anwar Ibrahim terikat dengan DAP dalam soal kerjasama politik, sehingga sanggup mencemarkan nama baik agama serta sokongan terhadap LGBT, pluralisme agama dan menggunakan simbol ‘mata dajal’ yang selari dengan simbol ‘Iluminati’ dan Freemason sebagai simbol PKR?

Begitulah juga simbol PAN atau parti Amanah negara yang juga ada persamaan dengan simbol Iluminati dan Freemason.

Pemimpin NED, Daniel Twining, pada hari kemenangan PH-DAP telah memperakui dan mendedahkan bekerjasama serta sokongan dana NED kepada parti pembangkang di Malaysia sejak tahun 2002. NED amat bangga dengan kemenangan PH-DAP dan menganggap bahawa ia juga satu kemenangan kepada NED.

NED telah bersekongkol dengan parti pembangkang selama lebih 15 tahun, untuk menjatuhkan kerajaan dan memperkuatkan parti pembangkang.

Malangnya apabila pentadbiran PH-DAP lintang-pukang dan huru-hara, NED tidak pula tampil untuk menentang kegenjotan kerajaan yang dilabelkan sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin bodoh dan rakus.

Apa jua alasan kerjasama politik PH-DAP dengan pihak luar, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan mereka, kerana ia melibatkan soal memperjudikan keselamatan negara.

Petualang-petualang politik ini, sebagaimana menjadi prinsip perjuangan Patriot hendaklah diambil tindakan, dan kerakyatan mereka hendaklah dibatalkan kerana mereka sanggup memperjudikan keselamatan negara demi survival mereka.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: