Dr Mamat Desa
29 Ogos 2021
Hari ini Tun Mahathir menggesa PM DS Ismail Sabri supaya tidak mencampuri urusan badan Perundangan mahupun badan Kehakiman, dengan maksud halusnya agar kerajaan sedia ada tidak sekali-kali membantu DS Najib dalam urusan perbicaraan yang sedang berlangsung.
Tapi Mahathir lupa bahawa DS Najib berkali-kali bertegas mahu mahkamah menegakkan keadilan dan membuktikan bahawa tuduhan terhadapnya adalah salah dan merupakan satu konspirasi politik Mahathir semata-mata.
Tun Mahathir seharusnya sedar bahawa dialah PM pertama yang masuk campur urusan badan kehakiman dan perundangan negara, sebagai pencabulan kepada prinsip pengasingan kuasa parlimen seperti yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad.

Tun Hamid mendakwa dahulu Mahathir menggunakan UMNO dan orang Melayu sehingga dia dilantik menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri selama lebih dari dua puluh tahun.

Sekarang dia bukan sahaja telah menjatuhkan DS Najib malah hendak menghancurkan UMNO. Dia juga sudah tidak peduli kepada orang Melayu.
Mahathir kata dia akan reform Badan Kehakiman. Sebenarnya dialah Perdana Menteri pertama yang campur tangan dalam urusan kenaikan pangkat hakim-hakim.
Apa yang terjadi kepada Hakim TS Mohd Azmi Kamaruddin dan Hakim TS Harun Hashim? Atas asas apa Tun Mohd Eusoff Chin dan TS Zainal Abidin melangkau mereka? Sebelumnya, ia mengikut kekananan.
Di samping itu, rakyat tidak lupa bagaimana Mahathir menyingkirkan Tun Salleh Abas.
Rakyat harus sedar tentang pelbagai penyelewengan dana negara yang berlaku ketika Mahathir berkuasa.

Mungkin inilah antara isu yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador sebelum beliau bersara daripada PDRM tentang masuk campur pemimpin negara dalam Badan Perundangan dan Kehakiman.
Seelok-elok sahaja PH-DAP-Mahathir menang PRU14, Peguam Negara dengan pantas diganti melalui pelantikan politik yang diperakui sendiri oleh TS Tommy Thomas, sebagaimana dicatatkan dalam memoirnya “My Story: Justice in the Widerness”.
Tidaklah hairan sekiranya ramai menterjemahkan era Tommy Thomas adalah era ‘Undang-Undang Rimba.’
Tommy sebelum PRU14 adalah peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian rumah banglo berharga murah, sedangkan pemilik rumah itu mempunyai kepentingan dalam projek kerajaan Pulau Pinang.
Kes Guan Eng digugurkan begitu sahaja oleh Mahkamah yang membuatkan SPRM sendiri terkejut.
Kenapa SPRM terkejut? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana campur tangan politik Mahathir-Guan Eng dalam badan Perundangan Negara yang merupakan satu pencabulan prinsip pengasingan kuasa demokrasi berparlimen.

Hairannya dalam kes pembelian lot banglo yang membabitkan bekas MB Selangor, DS Khir Toyo, beliau telah dipenjarakan 12 bulan, manakala kes Guan Eng digugurkan begitu sahaja.
Amat sedih sekiranya rakyat Melayu melihat pemimpin bangsa mereka amat mudah dihukum penjara tetapi kaum Cina seperti Guan Eng, pemimpin DAP berbangsa India dalam kes aktivis pengganas LTTE serta pembunuhan anggota Bomba Adib Kassim dibebaskan begitu sahaja.
Amat kontradik sekali apabila seorang wanita Melayu yang hanya menyimpan buku perjuangan ISIS telah dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.
Mahathir seperti memejam sebelah mata, apabila wujudnya kes-kes terpilih yang diterjemahkan oleh rakyat yang peka dan sedar, sebagai penganiayaan dan kezaliman terhadap tertuduh sedangkan kes orang DAP dan konco-konconya digugurkan begitu sahaja.

Hari ini dengan suaranya yang termengah-mengah, Mahathir masih mahu mencanangkan supaya kerajaan DS Ismail Sabri berwaspada dengan ‘kluster mahkamah’ yang ditujukan kepada DS Najib khususnya.
Mahathir masih menjaja kata-kata keramat wirid dan zikirnya, ‘penyangak, lanun, perompak’ dan apa sahaja, sehingga membawa kepada menghina keturunan orang lain, seakan-akan dia telah tamat belajar daripada bekas Menteri Pertahanan Mat Sabu, yang pernah dijenamakan sebagai Menteri Pertahanan terbodoh dunia.
Tidakkah Mahathir tahu bahawa kes 1MDB telahpun dibawa kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan DS Najib telah didapati tidak bersalah?

Baru-baru ini pula terdedah dalam media, bagaimana dalam perbicaraan kes DS Najib Razak dalam kes 1MDB, didapati bahawa bekas CEO 1MDB yang telah menyeleweng dana dan bukannya DS Najib.
Eloklah sekiranya kerajaan sedia ada jangan lagi membiarkan gejala fitnah dan kata-kata nista pemimpin hipokrit begini berleluasa.
Wujudkanlah Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau RCI tentang dakwaan Tommy Thomas bahawa sememangnya berlaku campur tangan Badan Eksekutif terhadap Badan Perundangan dan Badan Kehakiman negara, semasa Mahathir berkuasa.

Itulah juga antara intipati saranan UMNO terhadap kerajaan DS Ismail Sabri.
Bukan itu sahaja, siasatan juga hendaklah menjangkau waktu semasa Mahathir menjadi PM selama 22 tahun supaya rakyat tahu siapakah ‘bapa perompak negara’.
******
Tinggalkan Jawapan