VIDEO- KERAJAAN ‘KELUARGA MALAYSIA’ – AMAT BAIK BUAT DAP

Editorial

28 Ogos 2021

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ sememangnya amat baik dalam konteks menjalin kerjasama semua parti politik tanpa melihat garis sempadan antara pembangkang dan penyokong kerajaan.

Sebagaimana disarankan, segala prejudis dan prasangka terhadap pembangkang hendaklah dilenyapkan, kerana dalam sebuah keluarga kita hendaklah berbaik-sangka.

Namun janganlah kita menjadi Pak Pandir yang berlagak bijak tetapi hakikatnya bodoh kerana banyak perkara yang harus diselesaikan dahulu di samping kemelut ekonomi dan sepak-terajang melawan pandemik Covid19.

Janganlah juga kelak ada yang menjadi Pak Kadok, menang sorak tapi tanah tergadai.

Semua parti boleh bekerjasama, tetapi bagaimana dengan dasar DAP sebagaimana didedahkan oleh Senator TS Dr Ibrahim Abu Shah yang mendakwa DAP adalah lebih bahaya daripada ISIS dan DAESH mengikut penulis buku ‘The Army of God’?

Janganlah kita menjadi seperti tuan rumah yang naif, menjemput masok perompak-lanun, kerana kita tidak mahu buruk sangka dan prejudis.

Hari ini kita lihat PH-DAP adalah pihak yang kalah dalam konteks mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai PM.

Kenapakah Anwar terus kecundang setelah berpuluh tahun menanti peluang sedemikian rupa, yang sudah hampir di hadapan hidungnya. Namun dia tetap kempunan dan kalah?

Seandainya dasar ‘Keluarga Malaysia’ diisytiharkan sebelum DS Ismail diangkat sebagai PM, dan seandainya dipersetujui semua, pastinya Ismail tidak layak menduduki kerusi PM, dan orang yang paling layak ialah DS Anwar Ibrahim.

Malahan orang paling layak untuk berada di samping Anwar sebagai TPM ialah DS Shafie Apdal, bagi mengukuhkan sokongan Sabah dan Sarawak kepada kerajaan ‘Keluarga Malaysia’, Lim Guan Eng diangkat sebagai Menteri KDN, supaya dia dapat bermaharajalela mengawal keselamatan negara dengan efisien.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh DAP yang selama ini hanya menumpang panji-panji PKR untuk menawan hati kaum Melayu-Islam pada PRU14.

Mereka berjaya meskipun dengan manifesto bertaraf ‘kertas tisu’ dan bukannya ‘kitab suci’. 

Mereka berjaya dengan janji menurunkan harga minyak 24 jam setelah PH berkuasa, mereka berjaya menipu menghapuskan hutang peneroka FELDA, peminjam PTPTN, pengguna lebuh raya, dan macam-macam lagi, malahan kemudiannya mereka menipu negara akan muflis meskipun mereka telah berjaya menang PRU14 dengan segala fitnah, penipuan dan pembohongan.

Malah mereka bangga kerana mereka berjaya ‘used Malay to screw the Malays’.

Mungkin mereka inilah dengan ketua kakistokrasi bernama Mahathir mengkategorikan golongan “ahli politik yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu menjalankan kerja.”

Bangsa DAP, dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ kini amat gembira kerana selepas ini tiada lagi prejudis dan prasangka terhadap agenda mereka untuk menjadikan negara ini Republik Zionis-Kristian Evangelis.

Selepas ini juga tiada lagi prasangka tehadap ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Semuanya baik-baik belaka. Buku komunis boleh disebarkan di sekolah-sekolah kerana ia menceritakan tentang pejuang kemerdekaan bukannya pembunuh angkatan tentera Malaya mahupun ATM atau gerila yang telah banyak membunuh kaum Melayu pedalaman tanpa belas kasihan.

Selepas ini tidak perlulah dibuka semula kes rasuah projek Terowong Bawah Laut, kes rasuah membeli Banglo, kes LTTE, kes pembunuhan anggota bomba Adib Kassim, kes penjualan aset TH dan banyak lagi kes lain.

Dalam ‘Keluarga Malaysia’ kita ibarat abang, adik dan kakak, lupakanlah segala sengketa. Kerana kita abang, adik dan kakak dalam satu keluarga, apa salahnya jika ada yang murtad ikut agama yang dia suka, biarkanlah abang dengan tabiat semburitnya, dan kakak dengan lesbianismenya.

Kita pasti boleh hidup satu rumah, satu bilik walaupun masing-masing berbeza agama kerana semua agama itu sama dan Tuhan yang disembah pun Tuhan yang sama.

Tak perlulah ustaz-ustaz PAS nak berdakwah kerana semua agama benar, baik dan menjanjikan syurga. Begitukah yang ‘Keluarga Malaysia’ mahu?

Pastinya kita tidak perlukan lagi perjuangan untuk menubuhkan RCI bagi membongkar pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas tentang campur tangan Mahathir dalam badan Perundangan dan Kehakiman.

Namun apa yang rakyat perhatikan, masih ada mulut ‘keling’ yang menuduh orang itu dan orang ini berada dalam kelompok ‘kluster mahkamah’, malah dia tidak segan-silu menasihati PM DS Ismail Sabri supaya jangan ganggu urusan mahkamah. Hakikatnya ‘kluster mahkamah’ itu adalah ‘kluster dakwaan terpilih’ daripada konspirasi hebat sehingga mereka sanggup menyogok Peguam Negara Amerika untuk menyebarkan fitnah ke seluruh dunia.

Kerana apa dia bijak menasihati Ismail Sabri sedemikian? Untuk tidak berprasangka semuanya adalah kerana dia pernah melakukannya, dan dia masuk campur urusan badan Perundangan dan Kehakiman kerana keadilan, kesaksamaan dan demi menyelamatkan negara daripada ‘perompak lanun dan penyangak negara’ sebagaimana yang dia sering wirid dan zikir.

Amat bagus dan baik sungguh kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ ini.

Ingatlah pepatah Melayu, ‘pelanduk boleh lupakan jerat, tetapi jerat sekali-kali tidak akan melupakan pelanduk.’

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: