Editorial
26 Ogos 2021
Secara rasminya Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020, dengan 31 MP yang majoritinya adalah mereka yang melompat parti daripada PKR dan UMNO, termasuk Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin.
Tindakan melompat parti semasa Tun Mahathir dan TS Muhyiddin berkuasa telah mencatatkan rekod dalam sejarah negara iaitu 17.56% atau 39 MP daripada 222 keseluruhan MP di parlimen.
Malahan semasa Muhyiddin berkuasa, kempen melompat parti masih berterusan, kerana Bersatu bukanlah parti yang kukuh, setelah Tun Mahathir menubuhkan Pejuang.
Hari ini, Bersatu mahu PM DS Ismail berdiri atas nama PN manakala Bersatu juga lebih suka berdiri atas panji PN, daripada mengangkat panjinya sendiri kerana Bersatu hanya memiliki 31 MP sedangkan parti-parti lain menyumbang kepada 23 MP yang menjadikan jumlah MP dalam PN 55.
Dengan itu tiadalah gunanya bagi Bersatu mendabik dada pada UMNO-BN kerana UMNO memiliki 38 MP manakala atas nama BN, jumlah MP adalah 42.
Harus juga diingat bahawa UMNO tidak akan melepaskan kerusi parlimennya kepada mereka yang telah melompat parti untuk bersama dengan Bersatu pada PRU15 nanti.

Muhyiddin juga harus sedar bahawa banyak cawangan Bersatu, malahan di Pagoh sekalipun, telah dibubarkan, manakala di sesetengah negeri seperti Negeri Sembilan, Bersatu langsung dibubarkan terus.

Dengan itu Bersatu hendaklah sedar bahawa sokongan MP yang mengangkat DS Ismail Sabri bukanlah sokongan terhadap Bersatu atau PN, tetapi adalah sokongan terhadap DS Ismail sendiri yang merupakan MP UMNO.
Ahli MKT UMNO, Abdul Rahman Dahlan, menentang penggunaan nama PN kerana dengan pelantikan DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, maka jenama PN sebagai kerajaan persekutuan sudah berakhir.
Menurut Rahman, kerajaan dahulu ialah gabungan BN, PN, Parti Bersatu Sabah, dan Gabungan Parti Sarawak, bukannya kerajaan PN. “Entah siapalah memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu kerajaan PN,” kata beliau.
UMNO berasa amat kecewa dengan sikap buruk Bersatu semasa PRN Sabah kerana Bersatu sebelumnya tidak mempunyai sebarang kerusi, kini memeiliki 11 DUN, manakala BN-UMNO kehilangan 3 kerusi DUN yang dibolot oleh Bersatu.
Pengalaman BN-UMNO di PRN Sabah, serta kempen Bersatu supaya MP UMNO melompat parti melalui pendekatan ‘carrot dan stick’ di Semenanjung yang telah berjaya menarik beberapa MP UMNO ketika Tun Mahathir dan Muhyiddin berkuasa juga amat menyakitkan hati UMNO.
Oleh itu UMNO tidak menghormati integriti dan digniti Bersatu, kerana semuanya adalah terdiri daripada ‘katak politik’.
Semasa Muhyiddin dipilih sebagai PM menggantikan Tun Mahathir pada Februari 2020, UMNO mengakui terpaksa menyokong untuk selamatkan negara daripada terus dikuasai oleh kerajaan kakistokrasi PH yang lintang-pukang dan huru-hara.
Penjawat awam, khususnya rakyat Melayu amat terasa keperitan zaman pemerintahan Tun Mahathir semasa PH berkuasa. Tidak hairanlah jika Mahathir mengakui bahawa dia adalah boneka DAP.
Kini lagi sekali UMNO terpaksa menyokong PN meskipun UMNO amat benci pada Bersatu, semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan PH semula.
Walau bagaimanapun Bersatu harus sedar bahawa PM yang mengetuai Badan Eksekutif kerajaan adalah DS Ismail Sabri daripada UMNO-BN.
Bersatu harus sedar bahawa YAB Ismail Sabri mempunyai 114 sokongan MP daripada 220, manakala selebihnya iaitu 106 menyokong PH. Sokongan 114 itu bukannya kepada Muhyiddin atau Bersatu atau PN, tetapi kepada DS Ismail Sabri.

Pada hakikatnya PN bukanlah parti yang kukuh dari segi kedudukan jumlah MP, tetapi kontradiknya Bersatu masih angkuh meletakkan syarat kepada DS Ismail Sabri Yaakob apabila dia diangkat oleh DYMM Agong sebagai PM menggantikan Muhyiddin Yassin.

Keadaan juga amat mengelirukan, kerana PAS dengan 14 MP sepatutnya berada dalam kem Muafakat Nasional, tetapi entah apalah pendirian PAS yang seperti tidak ikhlas dengan MN, lebih suka berada di ketiak PN daripada MN.

Lantas, lebih baik UMNO berpendirian tidak mementingkan nama, sebaliknya menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat untuk melindungi mereka daripada pandemik Covid19.
Biarlah apa nama sekalipun sama ada BN, MN atau PN, atau apa juga asalkan negara ini tidak berada di bawah kuasa PH-DAP yang amat cauvinis kepada kaum Cina.
Rakyat percaya sekiranya negara berada di bawah PH, keadaan akan menjadi lebih parah, kerana golongan kapitalis Cina pastinya akan mengawal dasar DAP, dan rakyat akan menghadapi risiko yang lebih tinggi sekiranya PH berkuasa.
Jika Tun Mahathir lemah sebagai boneka PH-DAP, apatah lagi DS Anwar Ibrahim.
******
Tinggalkan Jawapan