Dr Mamat Desa
25 Ogos 2021
Pendedahan dan pengakuan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Widerness’ perlahan-lahan memperlihat gelembung-gelembung kebenaran bahawa wujudnya konspirasi terhadap kes DS Najib Tun Razak.
Perkara utama ialah pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara diperakuinya bukan kerana merit tetapi merupakan pelantikan politik, pastinya demi melaksanakan konspirasi menjatuhkan DS Najib sebagaimana terkandung dalam agenda Tun Mahathir di samping menyelamatkan pemimpin DAP dalam kes-kes yang sudah pun dibawa ke mahkamah.

Seperti serampang dua mata, pelantikan politik Tommy juga adalah demi menyelamatkan survival politik Lim Guan Eng yang sebelumnya adalah anak guam Tommy dalam kes rasuah banglo sebelum PH berkuasa.
Hakikatnya, Ketua Pengarah SPRM sendiri terkejut apabila Guan Eng dengan begitu mudah dibebaskan.

Hairannya dalam kes pembelian Lot Banglo yang membabitkan DS Khir Toyo, beliau telah dipenjarakan 12 bulan, manakala kes Guan Eng digugurkan begitu sahaja.
Amat sedih sekiranya rakyat Melayu melihat pemimpin bangsa mereka amat mudah dihukum penjara tetapi kaum Cina seperti Guan Eng, pemimpin DAP berbangsa India dalam kes aktivis pengganas LTTE serta pembunuhan anggota Bomba Adib Kassim dibebaskan begitu sahaja.
Sebaliknya seorang wanita Melayu yang hanya menyimpan buku perjuangan ISIS telah dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.
Kemudian sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa Pendakwaraya, Gopal Sri Ram telah menerima arahan Tun Mahathir yang mendesaknya supaya Najib ditangkap dan didakwa tanpa ada apa-apa kesalahan yang boleh dibabitkan, sebaliknya hanya kerana Tun Mahathir mahu DS Najib ditangkap begitu sahaja.
Undang-undang apakah ini dan siapakah manusia bernama Mahathir itu?
Terkini gelembung-gelembung yang mengangkat kebenaran serta konspirasi penganiayaan terhadap DS Najib Razak mula terbongkar perlahan-lahan apabila bekas CEO 1MDB yang menjadi saksi pendakwa, telah mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.
Mohd Hazem Abdul Rahman, mengakui sedemikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan bekas PM DS Najib Razak ke atas kes membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Peguambela, Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu mengenai pinjaman USD975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan membeli semula saham syarikat itu daripada seorang rakan pelaburannya.
Peguam itu berkata, sebahagian daripada pinjaman itu tidak digunakan untuk tujuan sebenar tetapi telah dipindahkan ke dalam dua bahagian (USD223 juta dan USD475 juta) iaitu dari 1MDB Energy Holdings Limited kepada syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kemudian kepada pelbagai entiti yang lain.

Tommy Thomas juga mendedahkan tentang gelagat bekas Ketua Polis Negara yang tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk bertindak mengekstradisi saksi penting pembelaan iaitu Jho Low.
Lantas rakyat mempersoalkan, kenapakah tokoh antarabangsa seperti Osama Laden dan Saddam Hussien begitu mudah dikesan, sedangkan Jho Low dikatakan sukar ditemui dan dibawa pulang dengan alasan sedang menyamar sebagai beruang dan berjalan seperti seladang.

Persoalannya, kenapakah Jho Low seperti cuba disorok, adakah untuk melindungi Tun Mahathir yang sering memberi gambaran bahawa DS Najib sebagai ‘banduan’ sedangkan perbicaraan kes masih berjalan?
Pastinya ada ulama Islam yang tertanya-tanya mengapakah tokoh Islam yang terkenal sebagai pembela perjuangan Palestin berlagak seperti ‘munafikun’ terhadap pemimpin Islam yang lain dalam negara sendiri.
Bukan itu sahaja, tokoh itu juga menghina keturunan dan bangsa pempimpin Islam yang lain.
Rakyat berharap ‘undang-undang rimba’ pada era Tun Mahathir menerajui negara sebagai PM ke-7 dapat dikuburkan terus apabila saki-baki balacinya dinyahkan daripada badan perundangan dan kehakiman negara.
Malahan ada kalangan rakyat yang mendoakan agar orang yang teraniaya diselamatkan dan manusia munafik yang menjadi dalang konspirasi disumbat ke penjara mengikut lunas undang-undang yang mulia dan suci.
*****