VIDEO – GUBAL AKTA LOMPAT PARTI UNTUK SELAMATKAN NEGARA

Dr Mamat Desa

25 Ogos 2021

Tindakan sesetangah MP (Ahli Parlimen) melompat parti kerana mengejar wang dan kedudukan di samping menyelamatkan diri daripada ugutan tindakan mahkamah, adalah suatu pencabulan etika politik.

Meskipun Perlembagaan Persekutuan membenarkan tindakan lompat parti, tetapi ia adalah bertentangan dengan nilai moral. Apa ertinya mempertahankan undang-undang yang membenarkan keruntuhan moral terutamanya dalam kalangan MP yang menerajui negara dan membawa suara rakyat di parlimen.

Bekas Ketua Polis Negara yang menjadi lambang tunggak undang-undang, TS Hamid Bador, telah mengingatkan rakyat dan semua MP, “Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. (Pemimpin) mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah. Rakyat sudah muak tengok sekejap ‘katak’ melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu?”

Malangnya Perlembagaan Persekutuan membenarkan mereka melompat parti, tetapi gejala rasuah yang menjadi alasan untuk melompat parti itu perlu diambil tindakan oleh SPRM.

Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahawa, “Perlembagaan menjadi hak setiap warga negara ‘membentuk persatuan’ yang ditafsirkan secara luas untuk meliputi hak untuk ‘menyertai atau meninggalkan’ apa-apa persatuan.”

Lebih malang lagi sebagaimana didakwa oleh TS Hamid, kakitangan tertinggi PDRM dipergunakan apabila beliau mendedahkan, “Apa yang saya takut adalah… polis akan digunakan untuk mencapai kepentingan (politik) mereka.”

Dari aspek yang paling asas, pengundi ditipu apabila MP yang mereka berikan mandat dalam PRU melompat parti demi mendapatkan habuan politik atau mungkin menyelamatkan diri mereka daripada diheret ke mahkamah.

Sejak PRU14, apabila BN gagal mempertahankan kuasa, serta perbalahan dalaman parti seperti apa yang berlaku dalam PKR dan PPBM, gejala MP melompat parti amat ketara sekali, malahan mencatatkan rekod gejala politik dalam sejarah negara iaitu 17.56% atau 39 MP daripada 222 keseluruhan MP di parlimen (dapatan data Mac 2021, tidak dikemaskini).

Gejala lompat parti ini diterjemahkan sebagai budaya politik songsang yang sekaligus memberikan dampak ekonomi kerana membunuh keyakinan pelabur, akibat tergugatnya kestabilan politik.

Dampak yang paling asas dirasai oleh rakyat apabila kestabilan ekonomi makro memusnahkan ekonomi mikro yang menjadi punca pendapatan rakyat golongan bawahan dan menengah.

Pemimpin yang bersalah hendaklah dikenakan tindakan undang-undang, bukan dengan cara mengugut mereka untuk melompat parti dan membenarkan mereka menyelamatkan diri dengan berlindung di bawah ketiak parti pemerintah.

Bilangan ahli Parlimen Malaysia melompat parti selepas PRU14 yang mencecah 39 orang adalah isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan amat membimbangkan.

Fenomena ahli-ahli parlimen yang melompat parti boleh dikategorikan kepada 3 kelompok:

  • Lompat parti untuk menyertai parti lain
  • Keluar parti bagi menjadi ahli parlimen bebas
  • Lompat parti untuk bersama dengan blok lawan sebelum dipecat parti sendiri

Sejumlah 41 daripada 193 negara dalam kajian 2009 PBB telahpun menguatkuasakan undang-undang yang menyekat mana-mana MP melompat pari.

Kajian ini dengan jelas menunjukkan bahawa isu lompat parti adalah isu global yang amat menjijikkan lanskap politik sesebuah negara.

UMNO adalah antara parti induk yang banyak mengalami gejala lompat parti MP yang khianat dan bacul dengan ugutan setelah tewas pada PRU14.

Rakyat tahu siapakah dalang utama dalam PH ketika mereka berkuasa sebaik-baiknya selepas PRU14.

Parti PPBM yang diibaratkan melukut di tepi gantang dalam Pakatan Harapan, terpaksa menjalankan dakyahnya untuk menambah jumlah MP mereka supaya kedudukan PM, iaitu Tun Mahathir Muhamad menjadi lebih bertaring.

Malangnya meskipun ada yang melompat parti terutamanya daripada UMNO, sama ada atas dasar ugutan atau tawaran kewangan, PPBM tetap berdiri sebagai melukut di tepi gantang sehinga Mahathir sendiri memperakui bahawa dirinya adalah ‘PM boneka’ kepada parti yang lebih dominan dalam PH.

Tarikh siaran: Mei 2021

Kini apabila DS Ismail Sabri daripada UMNO kembali memegang tampuk kerajaan, beliau hendaklah mengambil kesempatan ini untuk membawa usul penggubalan ‘Akta Anti-Lompat Parti’ ke parlimen.

Lantas, Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipinda atau digubal satu akta baharu bagi menggantikannya.

Jika, tidak, DS Ismail akan turut mengalami kemelut ‘kepercayaan’ di parlimen, dan negara akan menjadi bahan ketawa dunia, kerana asyik bertukar PM.

Sampai bilakah Malaysia akan menanggung kemaluan sedemikian?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: