TUN MAHATHIR AMAT OPORTUNIS DAN HIPOKRIT KETIKA PEJUANG KINI JADI PARTI PICISAN

Editorial

20 Ogos 2021

Di saat-saat negara dikejutkan dengan perletakan jawatan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8, Tun Mahathir yang kini memimpin parti Pejuang yang dianggap sebagai parti picisan, bertingkah-laku sebagai pemimpin politik yang oportunis dan hipokrit.

Pada suatu waktu Mahathir mengutuk dan menolak Anwar yang ada potensi untuk diangkat sebagai Perdana Menteri (PM).

Namun pada waktu yang lain, apabila dia merasakan ada kebarangkalian Anwar mendapat sokongan MP (ahli parlimen) secukupnya untuk diangkat sebagai PM, maka dia akan memperlihatkan sokongannya terhadap Anwar.

Ia seperti bidalan Melayu yang mengatakan, sekiranya terjumpa ‘keling’ dan ular berbisa, bunuhlah ‘keling ‘ itu dahulu. (Bidalan ini cuba menyatakan bahawa ‘keling’ itu lebih bahaya daripada ular berbisa.)

Pada 19 Ogos 2021, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan parti Pejuangnya sedia memberikan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Ahli Parlimen Port Dickson itu berjaya peroleh sokongan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

Tapi sebelumnya pada 18 Ogos Mahathir juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan Pejuang sedia mempertimbangkan sekiranya ada pelawaan daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet di bawah gabungan itu.

Kemudian Mahathir berdalik-dalik pula mengatakan bahawa dia tidak berminat dengan jawatan kabinet, tetapi dia mahu mengetuai MAGERAN kononnya untuk menangani Covid19.

Malahan Mahathir sanggup meninggalkan Pejuang demi mengepalai MAGERAN.

Namun rakyat tahu bahawa kuasa Pengarah MAGERAN di bawah Ordinan Darurat adalah melebihi kuasa PM kerana segala kata putus adalah mutlak daripada pengarahnya tanpa ada perbincangan apatah lagi ‘semak dan imbang’ oleh mana-mana pemimpin politik negara.

Secara kasarnya kuasa Pengarah MAGERAN boleh disalahgunakan sebagai kuasa diktator yang hanya mengarah, tanpa perlu dibawa berbincang dengan pemimpin parti-parti lain kerana parlimen digantung di bawah Ordinan Darurat.

MAGERAN ditubuhkan suatu ketika dahulu untuk menentang anasir subversif ketika negara dilanda pertumpahan darah 13 Mei 1969.

Lantas, dengan kenyataan Mahathir itu, boleh sahaja membangkitkan persepsi terhadap dirinya sebagai pemimpin yang mahu menggunakan MAGERAN untuk ‘membunuh’ musuh-musuh politiknya.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, optimistik bahawa Mahathir tidak mungkin akan menyokong DS Anwar Ibrahim, setelah merujuk kepada rekod sejarah lampau, dan pembohongan janji Mahathir terhadap Anwar.

Kata Mohd Amar, “Tak kan Tun Dr Mahathir hendak menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kalau hendak bagi kepada Anwar pun, sudah lama dia bagi.”

Pada 19 Ogos, Mahathir juga telah mengeluarkan kenyataan yang memperendahkan kedudukan Anwar sebagai calon PM ke-9 apabila dia mengatakan bahawa “Tanpa saya, Anwar bukan siapa pun.”

Daripada aspek makna, kenyataan Mahathir itu ditujukan kepada Anwar supaya Anwar sedar bahawa dia terhutang budi terhadapnya, meskipun rakyat telah saksikan bagaimana Anwar disumbat di penjara, dan bagaimana Anwar bermati-matian berjuang melalui gerakan ‘Reformasi’ untuk menjatuhkan Mahathir.

Sebaliknya pada Disember 2020, Mahathir melabelkan Anwar sebagai tidak layak menjadi PM kerana dia tidak boleh dipercayai ketika Anwar menolak tawaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bekerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) Plus. 

Ketika itu dia amat terkilan dengan sikap Anwar yang dilihat enggan bekerjasama dan menolak pelawaannya apabila menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan. 

Tidak hairanlah sekiranya kempen dan perjuangan Anwar untuk menduduki kerusi PM, lagi sekali gagal setelah DS Ismail Sabri berjaya mendapatkan 114 sokongan MP. Pastinya Anwar memperoleh kurang daripada 106 sokongan MP, kerana Pejuang dan mungkin juga Warisan, tidak menyokong Anwar.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: