JANGAN CUBA JADIKAN ISMAIL SEBAGAI BONEKA MUHYIDDIN

Oleh Dr Mamat Desa

20 Ogos 2021

Tindakan TS Muhyiddin mengenakan syarat kepada DS Ismail Sabri sekiranya diperkenankan oleh DYMM Agong untuk diangkat sebagai PM, adalah bertentangan dengan ‘perakuan bersumpah’ sebagaimana yang ditandatangani.

Antara lain, dalam surat arahan Sepaker Parlimen, Item 4 (c) mencatatkan agar ahli parlimen menyatakan identifikasi seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lantas, jelaslah syarat yang dikenakan Muhyiddin itu adalah bertentangan dengan titah DYMM Agong supaya perakuan bersumpah itu dibuat tanpa tekanan oleh mana-mana pihak.

Isu ini penting untuk menentukan tiada tindakan mengubah sokongan yang akhirnya segala sandiwara yang telah berlaku ketika Muhyiddin berkuasa sebagai PM akan berulang kembali.

Antara lain syarat-syarat yang dikenakan oleh Muhyiddin ialah:

  1. menyekat pemimpin ‘kluster mahkamah’ daripada diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan
  2. meneruskan dasar kerajaan PN sebelumnya
  3. mempertahankan prinsip pengasingan kuasa eksekutif, undang-undang dan kehakiman

Jelaslah Muhyiddin sedang mengamalkan legasi diktator Tun Mahathir yang lebih merupakan ugutan terhadap Ismail Sabri dan UMNO.

Situasi UMNO menggesa pemimpinnya keluar daripada PN tempoh hari adalah disebabkan oleh tindakan penderhakaan pemimpin PN terhadap DYMM Agong yang berterusan, dan keadaan telah membuktikan bahawa dasar PN menangani Covid19 adalah gagal dan membahayakan nyawa rakyat sehingga menyebabkan angka jangkitan melebihi 1 juta, dan kematian dijangkakan 6000 sebulan.

PN juga telah menggunakan Ordinan Darurat untuk memandulkan demokrasi apabila sidang parlimen disekat atas alasan negara berada dalam tempoh ‘darurat’.

Siapakah selama ini yang telah mengabaikan dan melanggari prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif, undang-undang dan kehakiman.

Adakah Muhyiddin lupa akan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador terhadap gelagat DS Hamzah Zainuddin?

Bukankah dia Menteri KDN, ketika Muhyiddin berkuasa? Mengapakah Muhyiddin langsung tidak mengambil tindakan terhadap Hamzah yang menentukan pemilihan ‘budak-budak kita’ dalam PDRM?

Cuba rujuk kembali apa yang ditulis oleh bekas Peguam Negara TS Tommy Thomas tentang masuk campur pemimpin negara ketika PH berkuasa.

Mahyuddin menggunakan bilangan 50 Ahli Parlimen (MP) daripada PN yang telah menamakan DS Ismail Sabri sebagai calon PM, dan PN juga telah mempengaruhi MP daripada GPS dan GRS untuk turut menyokong sehingga membentuk blok PN-BN yang berjumlah 114 MP.

Lantas, Muhyiddin menegaskan bahawa sokongan daripada 50 anggota parlimen gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob adalah bersyarat.

Muhyiddin harus sedar bahawa majoriti besar MP dalam PN adalah katak-katak politik daripada UMNO dan PKR yang telah melompat ke PN kerana faktor ‘ugutan’ juga.

Seperkara lagi kluster mahkamah yang berada dalam UMNO adalah golongan yang teraniaya daripada ‘undang-undang rimba’ sewaktu PH dan Muhyiddin berkuasa selama 22 bulan.

Sekiranya Muhyiddin mahu menuduh DS Najib sebagai kleptokrat sebagaimana diujarkannya sebelum melepaskan jawatan, maka dia juga harus sedar bahawa tindakannya menawarkan kedudukan dan wang kepada ahli parlimen juga merupakan perlakuan kleptokrat yang amat nyata.

Malahan ada ahli politik pembangkang yang menterjemahkan kenyataan Muhyiddin dalam perutusannya sebelum PN tumbang sebagai tawaran ‘rasuah’ yang terang-terangan ditawarkan melalui TV kerajaan. Bukankah itu merupakan tindakan kleptokrat?

Sifat diktator Muhyiddin sebagai legasi daripada Tun Mahathir adalah jelas.

Malahan rakyat melihat orang-orang kuat Muhyiddin sedang bergelut untuk merebut jawatan TPM, ketika jawatan PM belum dirasmikan lagi.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan juga turut mengkritik kenyataan Muhyiddin yang mengenakan syarat kepada DS Ismail Sabri sebagai tidak sah.

Malahan Ambiga menyatakan bahawa sokongan bersyarat PN terhadap Ismail Sabri boleh diterjemahkan sebagai ‘bukan sokongan. Sewajarnya segala sokongan yang diberikan kepada Ismail hendaklah tanpa sebarang syarat.

Majlis Tertinggi UMNO merasa curiga sama ada kerajaan yang akan dikendalikan oleh Ismail Sabri selaku PM, akan stabil kekal sehingga PRU15 diadakan.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-164.png

YB Mahfuz Omar dari PAN juga sangsi tentang kestabilan kerajaan dapat dijamin sekiranya sokongan yang diberikan kepada Ismail adalah bersyarat. Malahan bagi Mahfuz kemelut politik Malaysia akan kembali berulang.

Tidak lain yang boleh disimpulkan daripada kenyataan Muhyiddin, selain satu lagi penderhakaan terhadap DYMM Agong, serta pencabulan terhadap parlimen.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: