VIDEO – TIDAK HAIRAN JIKA ANWAR GAGAL LAGI SEKALI

Dr Mamat Desa

19 Ogos 2021

Rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti aliran perkembangan politik negara pasti simpati dengan DS Anwar Ibrahim, kerana sudah beberapa kali dia gagal menduduki kerusi Perdana Menteri (PM).

Hari ini DS Anwar gagal lagi menggarap cita-citanya untuk diangkat sebagai PM, bukan kalah kepada Mahathir, bukan kalah kepada DS Najib yang menjadi idola akar umbi, tetapi kalah kepada DS Ismail Sabri yang dilihat sebagai ahli politik yang amat ‘low profile’.

Anwar menceburkan diri dalam dunia politik sejak beliau di universiti Malaya lagi, kemudian dipermudahkan Allah perjalanan politiknya sehinggalah ketika berusia 50 tahun dia berjaya menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada pemimpin yang terkenal sebagai antara diktator dunia.

Pada tahun 1997 itulah, iaitu 24 tahun yang lalu, impiannya untuk menjadi Ketua Eksekutif negara digagalkan oleh Tun Mahathir.

Hari ini dalam usia 96 tahun Tun Mahathir masih hidup, tetapi seperti tersingkir daripada pentas utama politik dengan partinya Pejuang yang dilihat sebagai melukut di tepi gantang.

Dia masih memerhatikan Anwar, namun kita tidak tahu adakah kebenciannya terhadap Anwar masih mendidih, sebagaimana meluapnya kebenciannya kepada DS Najib, seakan-akan dialah ‘malaikat’ yang menentukan hidup-mati kerjaya politik seseorang, sebagaimana dia ‘membunuh’ kerjaya politik orang-orang kanannya dan bukan sekadar Anwar dan Najib sahaja.

Tapi Tun Mahathir mungkin mempunyai dendam kesumatnya tersendiri terhadap Anwar, Najib dan ramai lagi, kerana itulah sikap jijiknya, dendam, dengki, pemfitnah, dan amat bijak menghina orang lain sebagaimana dia menghina Najib sebagai ‘penyangak, perompak,’ sehingga kepada keturunan AlMarhum Tun Abdul Razak.

Malangnya bagi Anwar, dia sendiri tidak menjaga kemuliaan dan kesucian nama baiknya sehingga dia terkait dengan pelbagai masalah, baik dari aspek moral mahupun aspek falsafah politik yang dikendongnya.

Anwar juga tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam-Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia. Dia menyokong pluralisme agama, dia menyokong liberalisme sosial, dia menyokong LGBT, dia menyokong pemurtadan Lina Joy, sedangkan dahulu dia adalah pemimpin pertubuhan Islam ABIM yang tersohor.

Dahulu ramai percaya dia adalah tokoh politik Islam yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri, tetapi hari ini, Allah seperti telah menunjukkan kepada rakyat siapakah Anwar sebenarnya.

Lantas janganlah rakyat cuba kesali, sekiranya kita percaya pada Allah, biarlah Allah yang menentukan siapakah yang layak menjadi PM Malaysia, dan siapakah yang dikenakan hukum kifarah atas dosa-dosanya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: