ANTARA ANWAR DAN ISMAIL SABRI, SIAPAKAH YANG JADI PILIHAN?

Dr Mamat Desa

18 Ogos 2021

Dua calon yang dijangkakan mempunyai keberangkalian besar diangkat sebagai PM oleh DYMM Agong, ialah DS Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO dan DS Anwar Ibrahim daripada PKR.

Walaupun masing-masing daripada UMNO dan PKR, namun pencalonan mereka adalah daripada blok gabungan beberapa parti.

Ismail mendapat sokongan daripada blok yang parti utamanya adalah UMNO, Bersatu, PAS serta kelompok daripada beberapa parti lain yang dahulunya berada dalam gabungan PN, seperti GRS, GPS, dan komponen BN.

Manakala Anwar pula disokong oleh blok yang parti utama seperti PKR, DAP, PAN manakala Warisan memberi syarat akan menyokong Anwar sekiranya dia mendapat sokongan 111 MP daripada 220 MP (dua meninggal dunia).

Tidak pasti parti Pejuang berada dalam kem mana antara kedua-duanya, namun DS Mukhriz Mahathir telah menyatakan penolakan mereka terhadap kluster Mahkamah (DS Dr Ahmad Zahid dan DS Najib Tun Razak).

DS Ismail Sabri dikatakan sudah mendapat 115 (PN 55, GRS 18 dan BN 42) surat akuan bersumpah (SD) daripada MP parti-parti yang menyokongnya, manakala DS Anwar dikatakan sudah memiliki 105 SD yang menyokong.

Sekiranya jumlah SD yang diramalkan itu menjadi realiti, maka lagi sekali DS Anwar Ibrahim kempunan menduduki kerusi PM.

Beberapa faktor mungkin mempengaruhi kedudukan Anwar seperti rekodnya sebagai pesalah kes sodomi, pendiriannya terhadap pluralisme agama serta liberalisme sosial dan pengalaman pahit negara ketika PH memerintah selama 22 bulan, di bawah logo PKR.

Dari aspek perwatakan, Ismail Sabri dilihat lebih ‘berprofil rendah’, ‘merendah diri’ serta jarang menjadi subjek kebencian rakyat.

Manakala Anwar sudah terkenal dengan sifat sesumpahnya, janji palsu, serta egosentrik yang tinggi ketika memimpin gerombolan reformasi menentang Tun Mahathir.

Agak anehlah jika pemimpin Pejuang dan sesetengahnya daripada blok PH mencanangkan bahawa mereka menolak pemimpin kluster Mahkamah, seperti Zahid Hamidi dan DS Najib Razak, sedangkan mereka menutup mata tentang Anwar yang sudah pernah disumbat ke penjara.

Sekiranya mereka melihat bahawa Anwar adalah mangsa kekejaman pemimpin diktator, maka mereka juga seharusnya menolak Tun Mahathir.

Dari aspek lain, Zahid Hamidi dan DS Najib Razak sudah diperakui menjadi mangsa dakwaan terpilih yang dipelopori oleh Mahathir sebagaimana diperakui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Lantas, nampak sangat pendirian ‘double standard’ atau bias dalam kalangan pemimpin PH.

Adakah rakyat mahu PH berkuasa semula melalui DS Anwar atau adakah rakyat juga mahu blok PN berkuasa semula melalui DS Ismail Sabri?

Kita lihatlah nanti, siapakah yang diperkenankan oleh DYMM Agong dan sesiapa jua yang dilantik sebagai PM, hendaklah mengutamakan rakyat, jika tidak kecelaruan sosio-politik Malaysia dan sandiwaranya akan kembali berpentas.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: