Editorial
17 Ogos 2021
Bursa Malaysia melonjak naik antara paling mantap di dunia dengan 15.0 poin seperti yang dicatatkan pagi ini.
Pastinya ia menjadi isyarat bahawa pelabur, turut meraikan kejatuhan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin, dan memberi amaran kepada pemimpin yang akan mengambil alih supaya mengendalikan isu sosio-ekonomi dan politik dengan bijaksana.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 kepada 137, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Malah, turut menarik perhatian apabila dana asing merupakan pembeli bersih walaupun dalam ketidaktentuan politik. Untuk hari ini, dijangka dagangan di bursa tempatan akan stabil dan menyaksikan indeks berlegar dalam lingkungan 1,500 hingga 1,510.
Ketika ditutup indeks penanda aras bursa tempatan iaitu FBM KLCI mencapai 20.69 mata lebih tinggi daripada sebelumnya kepada 1,523.59.
Kenaikannya dilihat sebagai antara terbaik di dunia buat hari ini.
Ia juga menjadi tamparan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin kerana pelabur tidak terkesan langsung dengan kejatuhan kerajaan PN, malahan secara positif melonjak seakan-akan meraikan kejatuhan PN.
Nilai Ringgit juga naik sedikit tinggi berbanding dengan Dolar US.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.15 mata kepada 1,508.05 daripada 1,502.90 sewaktu ditutup pada Isnin.
Indeks itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,505.27.
******
Tinggalkan Jawapan