Dr Mamat Desa
16 Ogos 2021
Satu kemaluan besar bagi PH serta penyokong tegar DS Anwar Ibrahim, sekiranya mereka fikir bahawa Anwar sudah menemui jalan mudah untuk menduduki kerusi PM, setelah TS Muhyiddin Yassin disahkan meletak jawatan.

Sekatan, halangan dan rintangan untuk Anwar bukan sahaja datang daripada liabiliti DAP yang berdiri di sisi Anwar, malah terbabit juga PAN dan faktor diri Anwar sendiri.
UMNO telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan menyokong Anwar, tidak DAP dan tidak Bersatu. Perakuan ini bukan datang daripada ahli dan akar umbi UMNO, tetapi langsung daripada Presiden UMNO sendiri.
Lebih daripada itu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah bersumpah tidak akan menyokong Anwar selaras dengan pendirian MKT UMNO ‘No Anwar, No DAP, No Bersatu’.

Maka jelaslah bahawa tuduhan ke atas DS Zahid Hamidi bersekongkol dengan Anwar dan DAP adalah satu fitnah yang besar oleh pihak yang mahu merosakkan reputasi UMNO.
PAS juga harus faham, selama ini UMNO sudah serik diperbodohkan dan dipermainkan oleh Bersatu, dan UMNO menaruh kepercayaan kepada PAS sebagaimana baiyah Perpaduan Ummah yang dimertai pada 14 September 2019 yang mendapat sokongan lebih 3 juta umat Islam sehingga mengalir air mata akar umbi di PWTC.
Tapi PAS angkuh setelah mendapat jawatan dan sokongan kewangan Bersatu ketika mereka bersama dengan PN. Masa itulah PAS mahu bercakap tentang kerjasama Melayu-Islam konon, tetapi mereka tidak pernah memikirkannya ketika pemimpin mereka berpelukan dengan DAP dan membuang jauh UMNO suatu ketika dahulu. Malah mereka sanggup mengkafirkan UMNO.

Rakyat masih berharap agar PAS kembali kepada perjanjian asal dengan UMNO yang dijalin pada 14 September 2019 itu, jika tidak PAS dilihat sebagai munafikun, lebih-lebih lagi dengan watak menterinya yang biadap dan ada yang menterjemahkannya sebagai derhaka terhadap DYMM Agong.

UMNO tidak kisah berjuang bersendirian pada PRU15 nanti, lebih-lebih lagi apabila imej PAS dilihat amat tercalar dengan gelagat Presidennya yang mengelak kehadiran perjumpaan pemimpin Islam di UAE dan Arab Saudi, sebaliknya amat mudah baginya menghadiri perjumpaan di Taheran, Republik Syiah Iran, manakala menterinya mudah mengaku bahawa idolanya adalah Khomeni pemimpin utama Syiah Iran serta dengan bangganya menggambil contoh kepimpinan komunis Stalin.
Halangan besar bagi Anwar untuk menduduki kerusi PM adalah hakikat dirinya sendiri, yang membawa prinsip sesumpah, bercakap mengikut habitat sekeliling.
Lihat sahaja apa yang Anwar perakui ketika dia di LSE, Universiti of London. Ucapan Anwar dan kertas kerjanya yang dibentangkan pada 18 Mac 2010, bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme dalam Dunia yang Berpecah-Belah) telah membuktikan bahawa dia adalah penyokong dan penganut ‘pluralisme agama’ yang mendukung fahaman bahawa semua agama sama, semua tuhan yang disembah adalah sama, lantas pemurtadan adalah sesuatu yang halal.

Lihat sahaja lambang ‘dajal mata satu’ pada logo PKR yang merobek sensitiviti kaum Melayu-Islam. Apakah muslihat dan justifikasi semua ini? Anwar sahaja yang tahu rahsia hubungannya dengan pertubuhan Freemason.

Anwar seperti menidakkan agamanya sendiri apabila berani menyokong pluralisme agama yang menghalalkan kemurtadan, dan dengan itu dia menyokong tindakan murtad Lina Joy.
Anwar juga harus sedar bahawa tingkah-laku seksual songsangnya tekal tertanam kukuh dalam minda rakyat, apatah lagi telah dibuktikan oleh mahkamah, malahan masih ada tuduhan terhadap tabiat buruknya itu.
Mungkin peguam peribadinya dahulu, Datok Zulkifli Nordin, rakan reformasi seperti DS Azmin Ali serta Ummi Hafilda boleh menjelaskan siapakah Anwar sebenarnya.
DAP yang cuba memperjuangkan ratifikasi ICERD dan statut Rom juga merupakan faktor yang amat signifikan bagi rakyat menolak Anwar. Rakyat juga berharap agar DYMM Agong (ampunkan patik tuanku) sentiasa maklum dengan hakikat ini.
Rakyat terkejut apabila pertubuhan Yahudi NED sekonyong-konyong tampil di khalayak media memperakui bahawa mereka telah membantu DAP sejak 2002 untuk menjatuhkan kerajaan Islam pimpinan BN.
Kini mereka telah mendirikan Muzium Red Carpet di I-City Shah Alam yang dipenuhi dengan patung tokoh komunis seperti Mao Tze Tung dan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang telah membunuh ramai ATM serta orang awam baik kaum Melayu-Islam mahupun bukan-Melayu.
Malahan semasa PH berkuasa, tidak jelas bantahan Anwar atau mungkin Anwar langsung tidak membantah cubaan DAP untuk menyerapkan ideologi komunisme di sekolah-sekolah.
Di manakah Anwar ketika senator TS Ir Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan bahawa terdapat beberapa buah buku yang membongkar rahsia pemimpin DAP yang mahu menjadikan Malaysia ini sebuah Republik Zionis Kristian Evangelis? Malahan TS Ibrahim Abu Shah membuat kesimpulan bahawa DAP lebih bahaya daripada ISIS dan DAESH.
Di manakah bantahan Anwar ketika bekas tokoh pemimpin DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, Amran Ahmad Nor dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (sekadar menyebut nama beberapa tokoh utama) mendedahkan agenda tersembunyi DAP.

Pemimpin PAS terdahulu adalah buta dan jahil tentang ini semua sehingga sanggup berpelukan dengan DAP.
Presiden Amanah pula, Mat Sabu telah dibuktikan secara terang-terangan oleh KDN sebagai penganut Syiah.

Tidakkah Anwar sedar apa yang dilakukan oleh tentera Syiah Iran terhadap umat Islam Sunni baik di Iraq mahupun di Syria?
Janganlah mudah terpedaya dengan tindakan munafik Republik Syiah Iran untuk menyokong Palestin.
Dengan itu, diharapkan seluruh umat Islam, rakyat tanpa kira kaum serta pihak Istana Negara (ampunkan patik Tuanku) tidak mudah dikaburkan dengan gejala sesumpah yang ada pada pemimpin sebegini yang pantas mengubah wataknya mengikut habitat.
******
Tinggalkan Jawapan