HEBATNYA PEJA KERANA MENJADI PENASIHAT PM YANG AMAT EFISIEN

Editorial

16 Ogos 2021

Patutlah TS Muhyiddin, PM yang paling singkat berkuasa, telah melantik DS Ahmad Faizal Azumu (Peja) sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri, meskipun sudah ada Timbalan PM yang sewajarnya juga bertindak sebagai penasihat PM.

Namun DS Ismail Sabri bukanlah penasihat yang baik, dan kerana itu sekonyong-konyong Peja dilantik di tengah-tengah kemuncak pandemik Covid19, serta hiruk-pikuk parti pembangkang yang menekan TS Muhyiddin meletakkan jawatan.

Sebenarnya, TS Muhyiddin telah digesa meletakkan jawatan sejak Ogos 2020 lagi. Gesaan ini datang daripada Mahathir mungkin kerana cemburu dan kekesalannya meletakkan jawatan sebagai PM semasa menerajui kerajaan PH.

Namun bagaimanapun hati Muhyiddin tidak semudah itu untuk ditundukkan oleh tokoh politik berusia 95 tahun (ketika itu).

Hanya pada 7 Julai, setelah pandemik Covid19 meruncing, dan UMNO pula menarik sokongan terhadapnya, Muhyiddin rasa amat perlu melantik seorang TPM yang boleh memberi nasihat bernas terutamanya untuk mengelak kemarahan parti pembangkang serta kemarahan rakyat.

Malangnya Ismail Sabri yang menjadi pilihan Muhyiddin gagal memberikan nasihat bernas kepada Muhyiddin.

Sebaliknya Ismail sibuk melobi agar menteri-menteri daripada UMNO tidak meletakkan jawatan sebagaimana diarahkan oleh Presiden UMNO.

Sebulan Muhyiddin terasa benar Ismail tidak boleh diharap sebagai penasihat, lantas melantik Peja pada 5 Ogos.

Hebatnya Peja dalam tempoh 11 hari setelah dilantik sebagai penasihat Muhyiddin, pada tarikh hari ini 16 Ogos 2021, hati keras Muhyiddin berjaya ditundukkan oleh Peja, supaya PM meletakkan jawatan. Meskipun sejak Ogos 2020 lagi Muhyiddin telah digesa meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah dinasihati oleh Peja barulah dia tunduk.

Kini terjawablah persoalan, kenapa Muhyiddin perlukan penasihat khas seperti Peja.

Sepatutnya, kerana kebijaksanaannya, Pejalah yang dilantik menjadi PM, atau setidak-tidaknya sebagai PM Interim, sebelum PRU15 diuar-uarkan.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: