DAP MAHU KUASAI SEMULA NEGARA

Editorial

12 Ogos 2021

Pemimpin Cina DAP, Ronnie Liu telah mencanangkan bahawa Pakatan Harapan yang pernah menguasai negara selama 22 bulan dengan penuh huru-hara, bersedia menangani pandemik Covid19 dengan cara yang berkesan.

Adakah selama ini DAP pernah mengeluarkan satu pelan induk atau rancangan strategik untuk membantu TS Muhyiddin menangani pandemik Covid19?

Sedangkan negeri Selangor yang mereka kuasai seperti menjadi lubuk merebaknya Covid19, inikan pula PH mahu mendabik dada mengatakan mereka mempunyai formula berkesan untuk mengatasi Covid19.

Janganlah hipokrit Ronnie Liu.

Rakyat melihat kamu hanya pandai membela generasi lapisan gerila komunis di Raub yang menceroboh hutan simpan kerajaan, manakala diri kamu sendiri dengan bangganya mengaku datang daripada keturunan komunis yang menjadi musuh utama negara suatu ketika dahulu.

Janganlah memperbodohkan rakyat lagi.

Apa yang rakyat lihat, semasa PH berkuasa, DAP berada di belakang Mahathir menentang sekatan kemasukan 2 juta pelancong dari China sedangkan Beijing telah menyekat mobiliti masyarakat Wuhan, Hubei dalam negara mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa apabila pemimpin PH yang menjadi kaldai DAP, dengan megahnya bersendaloka ketika dunia mula diserang Covid19, dengan mengatakan, “Di mana hendak letak pelancong dari China itu, di kandang lembu,” ketika cadangan kuarantin diusulkan kepada pelancong China.

Kontradiknya, Beijing melaksanakan kuarantin untuk seluruh penduduk Hubei di mana terletaknya Bandar Wuhan.

Ketika itu jugalah, dunia menuding jari bahawa pandemik Covid19 adalah hasil ujikaji mutasi virus labotarium Wuhan yang mengalami kegagalan, dan terlepas menjadi pandemik pembunuh manusia seluruh dunia, sebagaimana diperakui oleh saintis yang pernah bersekongkol dengan China.

Memanglah diperakui terdapat naratif versi lain yang cuba menyelamatkan China daripada tuduhan tersebut.

Sebagai PM yang mengepalai PH, Tun Mahathir telah mengaku bahawa dia adalah ‘PM boneka’ kepada DAP.

Rakyat tidak hairan sekiranya Mahathir menjadi boneka DAP kerana Bersatu hanyalah parti melukut di tepi gantang, yang hanya mengharapkan katak-katak politik lapar melompat masuk parti itu. 

Sebab itulah ketika dia meletakkan jawatannya, dia mahu mendapatkan restu DYMM Agong agar menubuhkan kerajaan ‘Perpaduan’ tanpa mengangkat mana-mana parti yang dominan dari aspek majoriti MP, kerana Bersatu hanyalah parti ciput yang menjadi lubuk katak melompat.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga tidak bertaring, kerana ramai MP-nya adalah terdiri daripada kaum bukan Melayu yang lebih cenderung kepada umpan yang ditabur DAP.

Lantas, adakah rakyat mahu memberikan permaidani merah kepada PH yang didominasi oleh Cina DAP untuk mengendalikan situasi kritikal negara sekarang ini.

Ketika rakyat golongan miskin menderita pada era PH, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menempelak rakyat dengan berkata, ‘Tidak ada apa-apa yang percuma’.

Sedangkan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP, ramai orang Melayu secara senyap-senyap dihalau keluar dengan strategi halus mereka membina rumah mewah untuk kaum Cina tempatan, Hong Kong dan Taiwan, sambil melenyapkan kampung tradisi Melayu.

Adakah Ronnie Liu fikir kaum majoriti di Tanah Melayu ini bodoh untuk membiarkan DAP mendominasi lagi sekali pemerintahan negara ini?

Pemerintahan kamu tak ubah seperti pemerintahan komunis, seelok-elok tamatnya Perang Dunia Kedua, sebelum kedatangan semula British untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Bersatu pernah bersama DAP, dan PAS juga pernah bersama DAP. Kedua-duanya seperti bertaubat tidak mahu lagi bekerjasama dengan parti cauvinis Cina itu.

Kini Ronnie Liu tampil, untuk menyeru rakyat kembalikan kuasa pemerintahan negara kepada DAP?

Rakyat masih ingat pendedahan Abdul Rahman Mohamed, Ketua Biro Melayu-Islam DAP, tentang agenda halus parti itu yang mahu menjadikan negara ini negara Kristian.

Pemimpin DAP sendiri pernah mencanangkan “Use Malay to screw the Malays.”

Malah Senator, TS Ibrahim Abu Shah pernah mendedahkan beberapa buah buku yang mencatatkan agenda DAP serta nama-nama pemimpin DAP yang mahu menjadikan negara ini Republik Kristian Evangelis Zionis yang hakikatnya DAP lebih bahaya daripada Isis, dan Daesh.

Anehnya Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuduh kerjasama PAS-UMNO adalah ibarat Taliban yang telah mengusai Afghanistan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: