Editorial
11 Ogos 2021
Setelah tersebar berita Menteri KDN mengarahkan siasatan ke atas pihak yang menawarkan rasuah kepada ahli parlimen (MP) DAP dan PKR supaya menyertai Perikatan Nasional, terdapat pula naratif lain yang mengatakan DS Hamzah Zainuddin tidak bersungguh-sungguh untuk mengesan pihak berkenaan.

Walau bagaimanapun laporan media telah memetik kenyataan DS Hamzah Zainuddin sebagai berkata bahawa “Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah.”

Apabila Hamzah menekankan bahawa fenomena media maya sedemikian boleh sahaja dijadikan bahan laporan ‘palsu dan fitnah’, mengapakah pelapor daripada MP DAP perlu terasa disindir?
Biarlah PDRM dan SPRM menjalankan tugas mereka tanpa memilih bulu.
Siasatan pihak PDRM pastinya akan mengorek sedalam-dalamnya untuk mendapatkan fakta kukuh ‘prima facie’ sebelum ia dibawa dan didakwa di mahkamah.
Sekiranya dalam siasatan tersebut terdapat unsur-unsur ‘palsu dan fitnah’ mengapakah pihak pengadu menjadi sensitif dan menganggapnya sebagai sindiran sedangkan dalam sesuatu kes sedemikian apa-apa sahaja ada kemungkinan.

Jika benar wujud tawaran daripada talian ‘whatsapp’ mahupun ‘sms’ pastinya pihak PDRM mempunyai peralatan yang canggih untuk mengesan dan menjejaki sumber komunikasi tersebut.
Dari situ pastinya pihak PDRM akan dapat mencungkil sedalam-dalamnya siapakah dalang yang berada di belakang ‘tawaran rasuah’ tersebut.
Akhir-akhir ini berita palsu dan fitnah memang menjadi-jadi.
Misalnya sebuah portal melaporkan bahawa DS Ismail Sabril “Sanggup meninggalkan UMNO daripada meninggalkan PN.”

Kemudian khalayak media dipaparkan pula dengan berita “Muhyiddin letak jawatan.”

Jika pihak PDRM bertanya pada DS Ismail Sabri dan juga TS Muhyiddin Yassin, adakah benar mereka telah membuat kenyataan tersebut, dan mereka menidakkannya. Lantas, adakah siasatan terhenti di situ sahaja.
Pihak PDRM hendaklah menyiasat habis-habisan daripada manakah pihak media mendapat maklumat sedemikian.
Seterusnya sumber maklumat itu hendaklah diheret ke mahkamah kerana melanggar akta KMM, dan pihak terbabit seperti Ismail dan Muhyiddin boleh mengambil tindakan sivil kerana memfitnah.
Lantas, isu Menteri KDN tidak objektif dan berat sebelah tidak timbul, kerana pihak pelapor boleh sahaja berkemungkinan berkomplot untuk memburukkan nama pihak tertentu.
Lagipun pihak yang menyiasat bukanlah Menteri KDN, sebaliknya adalah PDRM dan SPRM.
Apa yang rakyat mahu ialah Menteri KDN tidak campur tangan bagi memastikan tiada pertindihan kuasa antara badan Perundang-Undangan dan Badan Kehakiman.
Dogma dan budaya ‘undang-undang rimba’ Tommy Thomas hendaklah dibuang jauh dari bumi Malaysia ini.
*****
Tinggalkan Jawapan