PELANTIKAN FAIZAL AZUMU SEBAGAI PENASIHAT KHAS PM ADALAH PENGHINAAN KEPADA ISMAIL SABRI

Editorial

10 Ogos 2021

Di tengah-tengah kemelut pandemik Covid19, kestabilan sosio-politik serta krisis ekonomi, TS Muhyiddin Yassin telah sekali lagi membangkitkan isu kontroversial dalam lanskap politik negara apabila melantik Timbalan Presiden Bersatu sebagai Penasihat Khas PM bertaraf menteri.

Mengapakah perlu dilantik sebagai penasihat khas, sekiranya Faizal sememangnya adalah Timbalan Presiden Bersatu dan Muhyiddin sendiri adalah Presiden?

Mengapakah perlu melantik penasihat khas bertaraf menteri sekiranya Muhyiddin sudah ada Timbalan PM yang tugas hakikinya adalah membantu dan menasihati PM? Tidakkah ia sebagai satu penghinaan kepada DS Ismail Sabri?

Timbul juga persoalan kenapakah pelantikan Faizal harus bertaraf menteri? Adakah kerana kedudukan Faizal yang tidak lagi dilihat sebagai kredibel setelah diggugurkan sebagai MB Perak?

Dia sememangnya adalah Ahli Parlimen Tambun dan mempunyai kuasa mengundi, sekiranya Muhyiddin perlukan undi MP dalam usul ‘undi percaya’ kepada PM dalam sidang parlimen September ini.

Mengapa tidak melantik dia sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri yang ditinggalkan oleh menteri UMNO?

Gelagat Muhyiddin itu, menjustifikasikan tuduhan bahawa dia mengamalkan isu umpan jawatan, dan kedudukan yang menjanjikan wang gaji yang lumayan baik sebagai orang kanan GLC apatah lagi menteri?

Faizal juga telah terbukti gagal menjalankan tugasnya sebagai MB Perak.

Terdapat skandal yang membabitkan dirinya tetapi selamat daripada diheret ke mahkamah kerana dia adalah orang Bersatu ketika negara di bawah kuasa Mahathir.

Namun suatu perkara yang jelas menunjukkan sikap hipokrit Faizal ialah pembohongannya apabila dalam profil calon PRU14 tercatat latar akademiknya sebagai lulusan Ijazah Kajian Perniagaan, Univesity of Edith, Cowan, Australia.

Hakikatnya dia tidak pula berterus-terang, kecuali hanya setelah heboh dipersoalkan kelulusan akademiknya barulah dia mengaku dia gagal ketika menuntut di Australia.

Lantas, mengapa Muhyiddin mahu melantik orang yang ‘tidak pandai’ kalau tidak bodoh, seperti Faizal ini untuk menjadi penasihat khas?

Satu ketika dahulu Faizal telah mencetuskan isu kontroversi yang hangat apabila mengaku rakan politik dari kem DAP sering menekannya dalam beberapa isu.

Namun Faizal mengaku dia beruntung apabila sering disokong dan dibantu oleh pihak pembangkang daripada kalangan UMNO dalam sidang DUN Perak.              

Itulah juga hakikatnya sekarang, apabila yang berada di sekeliling Muhyiddin adalah sokongan daripada kem UMNO, jika tidak pun mereka yang terdiri daripada pemimpin UMNO yang telah melompat untuk berlindung di bawah ketiak Mahathir ketika Mahathir berkuasa sebagai PM.

Namun setelah Mahathir tumbang, mereka terpaksa mengikut gerabak Muhyiddin pula.

Kini, semua pemerhati tertanya-tanya sekiranya Faizal sebagai MB tumbang kerana dikelilingi oleh pemimpin hipokrit DAP, adakah Muhyiddin juga akan turut tumbang setelah UMNO menarik sokongan terhadapnya, sedangkan dia dihempap oleh krisis urus tadbir negara yang memberi dampak yang kritikal terhadap ekonomi dan keselamatan negara.

Rakyat bukan sahaja menderita kerana Covid19, tetapi kadar pengangguran juga terus melonjak tinggi melebihi 700,000 pada ketika ini, dan dijangka akan terus meningkat naik.

Hutang isi rumah di Malaysia juga antara tertinggi di Asia kerana faktor pembuangan kerja, dan ketidakupayaan membayar pinjaman bank, yang mempercepatkan lagi krisis ekonomi.

Ada yang menuduh bahawa Muhyiddin tidak kisah sangat tentang soal kewangan negara.

Kroni kapitalisnya sentiasa bersedia menjadi penyumbang dan rakan kongsi, yang menjustifikasikan Muhyiddin sebagai dalam ‘kedudukan ekonomi yang amat kukuh’ seperti dinyatakan dalam pengisytiharan hartanya kepada SPRM.

Lantas, adakah relevan dan signifikan bagi Muhyiddin mendapatkan penasihat khas seperti Ahmad Faizal yang kelihatan diperbudak-budakkan sahaja ketika mengepalai Perak sebagai MB.

Kes jangkitan Covid19 terus kekal 16,000-20,000 kes sehari dengan kes kematian yang mencecah 360 sehari. Malahan Malaysia dikategorikan sebagai antara mangsa Covid19 yang paling teruk dalam senarai dunia mengikut kadar per juta penduduk.

Benarkah lebih lama Muhyiddin berkuasa, maka lebih ramai rakyat yang akan mati.

Kadangkala terasa sangat bahawa, sebagai rakyat biasa, kita hanya menunggu giliran untuk mati, apabila hospital sudah padat dan penuh, apabila varian baru Delta, Delta Plus, dan Lambda muncul dengan kekuatan 1000 kali ganda kekuatannya daripada varian biasa.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: