NAZRI AZIZ CUBA JADI DURI BERBISA, SEBALIKNYA DIA HANYALAH JARUM TUMPUL

Editorial

9 Ogos 2021

DS Nazri Aziz nampaknya layak dianugerahkan pingat ‘Juara Binatang Politik Tanpa Prinsip’.

Janganlah salah sangka dengan kosa kata ‘binatang’ itu pula, kerana dalam bahasa Inggeris ‘Politikal Animal’ itu maksudnya ‘orang yang amat komited dalam politik.’

Sebagaimana persepsi terhadap pemimpin tertinggi PKR, Nazri Aziz juga bersikap seperti sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut habitat.

Beberapa bulan dahulu, Nazri tidak menyokong PN, tetapi kemudiannya menyokong pula, dan mengutuk DS Najib yang menolak sokongan terhadap TS Muhyiddin Yassin.

12 Jan 2021
12 Jan 2021
2 Julai 2021
8 Ogos 2021

Nazri Aziz bukanlah pemimpin politik yang lahir atas pentas perjuangan politik yang penuh ranjau dan duri, sebaliknya dia berada di pentas politik melalui ‘red carpet’ kerana menumpang kehebatan ayahnya AlMarhum YB Tan Sri Abdul Aziz Yeop, sama seperti DS Mukhriz Mahathir dan ramai lagi.

Ramai antara mereka yang lahir dalam kandang politik tempat bapa berjuang, tetapi tidak mendokong falsafah perjuangan bapa masing-masing, dan, Nazri Aziz jatuh dalam kategori ini.

Rakyat terutamanya di kawasan parlimen mereka, pada hakikatnya bukan mengangkat ahli politik sebegini kerana kehebatan mereka, sebaliknya kerana tempias bapa mereka yang hebat berjiwa rakyat dan mengendong falsafah yang memperjuangkan nasib rakyat.

Lihatlah semasa PH berkuasa, di tengah-tengah kemelut rakyat membenci, mendendami kebiadaban DAP mencabuli hak Melayu-Bumiputera dan agama Islam, di tengah-tengah kancah DAP menghancurkan aset milik Melayu-Bumiputera Islam, di tengah-tengah kemelut DAP mengkaldaikan Mahathir, di tengah-tengah kancah DAP mempergunakan mahkamah untuk kepentingan kaum kafirun dan kes-kes serta mangsa-mangsa terpilih, Nazri Aziz selamba sahaja berpelukan dengan Lim Guan Eng yang dilihat oleh rakyat Pulau Pinang sebagai ‘Tokong’ jika tidak iblis oleh rakyat Melayu-Islam.

Malaysia Today telah mendedahkan bahawa Nazri Aziz memainkan peranan utama dalam kes skandal Terowong Bawah Laut DAP Pulau Pinang apabila menjadi orang tengah kepada pihak yang memperoleh kontrak projek mega tersebut.

Media itu melaporkan bahawa pihak syarikat yang mendapat projek berkenaan yang diwakili oleh Zarul Ahmad telah secara sukarelanya mengaku bahawa dia ditangkap oleh SPRM pada 9 Januari 2018 kerana merasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Zarul juga mendakwa dia telah membayar Nazri Aziz sebanyak RM500,000.

Nazri selamat kerana pada era kekuasaan pemerintahan negara yang didominasi DAP, kes skandal Terowong Bawah Laut DAP itu telah dikuburkan oleh pihak Peguam Negara Tommy Thomas.

Adakah Nazri bukan lagi nasionalis Melayu? Adakah Nazri pro-DAP yang kini diterjemahkan oleh rakyat Melayu-Islam sebagai iblis, malah pernah difatwakan oleh Mufti sebagai ‘kafir harbi’?

Nazri mengatakan bahawa UMNO amat salah kerana telah membuang TS Muhyiddin Yassin, kerana Muhyiddin masih ‘survive’ dalam PRU14 walaupun ditendang keluar oleh UMNO.

Malangnya Nazri lupa bahawa kemenangan PH dan kemenangan Muhyiddin dalam PRU14 adalah kemenangan yang tertegak atas dasar penipuan, pembohongan, fitnah, dan janji palsu. Manakala Muhyiddin hanya berselindung di bawah ketiak Mahathir.

Apakah Nazri lupa bahawa Tun Mahathir juga pernah menasihatkan Nazri supaya keluar dari UMNO?

Rakyat tahu bahawa tiada parti yang mahu menerima Nazri kerana keceluparannya yang menentang pemikiran arus perdana.

Nazri juga meminta DS Najib berdiam diri setelah dia dituduh di mahkamah dengan ‘dakwaan terpilih’ oleh pemimpin yang dimasyurkan dunia sebagai diktator.

Persoalannya, bagaimanakah seseorang itu boleh berdiam diri sekiranya dia diseksa, difitnah, dituduh dan dinista tanpa asas?

Adakah Nazri akan berdiam diri sekiranya dirinya, dan parti kesayangannya dihina, dinista dan difitnah dengan mahkamah diperkudakan?

Lantas, adakah Nazri sedar ramai orang di luar UMNO mahu dia dipecat daripada UMNO?

Dari aspek PRU, Prof Dr Ridhuan Tee yakin bahawa Nazri tidak akan meninggalkan kesan besar terhadap UMNO jika dipecat.

Dalam PRU14, Nazri (BN) mendapat 10,491, PKR 7,943, PAS 6,847, majoriti 2,548. Katakan dalam PRU15 Nazri bertanding atas tiket PKR, undi UMNO (BN) lari kepada Nazri 2,000, masih ada 8,000 lebih, campur dengan undi PAS, majoriti jauh lebih besar daripada sebelum ini.

Ridhuan Tee yakin Nazri tidak akan mendapat lebih daripada 2,000 undi UMNO.

KEPUTUSAN PRU14 PARLIMEN PADANG RENGAS

Dengan itu Nazri, ramai melihat kamu hanyalah liabiliti kepada UMNO dan juga mana-mana parti politik yang kamu terjah.

Nilai diri kamu Nazri sebagai pembela bangsa, agama dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah sifar.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: