Editorial
6 Jun 2021
Pada 6 Dis tahun lalu telah terpantul daripada mulut Pengerusi DAP, Nga Kor Ming bahawa DAP Perak sedia bekerjasama dengan UMNO, kononnya ‘demi kepentingan rakyat’.
Kor Ming yang sering digelar Cina biaDAP, oleh netizen Melayu dalam Facebook sememangnya sudah terkenal sebagai pemimpin sohor DAP yang dilabelkan sebagai biadab.

Dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO-PAS akan membentuk kerajaan Taliban yang diterjemahkan sebagai ganas, dan tiada ruang kepada kafirun atau kaum lain di negara ini.
Kor Ming mungkin mahu mengatakan bahawa kerjasama UMNO-PAS akan membentuk satu kerajaan teroris sebagaimana mereka persepsi perjuangan Islam di Afghanistan.

Dia juga pernah mengatakan bahawa dalam budaya Melayu-Islam dalam konteks sedekah duit raya adalah ‘dedak’ yang membawa konotasi bahawa duit raya adalah rasuah, penerimanya adalah haiwan.
Kor Ming juga pernah mendoakan kematian Mahathir dan semoga beliau dapat segera berjumpa rakan sejawatannya Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong.
Kemudian terlihat lagi, pada 4 Mei 2021, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke berjanji bahawa DAP komited untuk bekerjasama dengan musuh ketat mereka UMNO, sekiranya UMNO mahu bekerjasama dengan PKR dalam strategi menamatkan kedudukan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM, mahupun dalam konteks kerjasama semasa PRU15 nanti.

Kaum Melayu hendaknya jangan mudah lupa bahawa DAP dan pemimpin hipokrit mereka amat tegar dengan propaganda memperbodohkan kaum Melayu, sehingga pemimpin mereka terbuka memperakui strategi mereka ‘use Malay to screw the Malays’. Dan rakyat lihat mereka berjaya menggunakan Tun Mahathir untuk mengganyang kaum Melayu.
Adakah kaum Melayu-Islam mahupun pemimpin politik Melayu masih mahu membuka pintu untuk kerjasama dengan golongan rasis Cina sedemikian?
Di tengah-tengah krisis kepercayaan terhadap DAP, timbul pula naratif baharu yang mengatakan bahawa TS Muhyiddin sudah ada perjanjian kerjasama dengan DAP.
Mungkin juga ia sekadar khabar angin, namun demi survival politik Muhyiddin sebagaimana Tun Mahathir sebelum PRU14, tidak mustahil mengikat kerjasama dengan DAP.

DAP akan terus mengindoktrinasikan pemikiran pengundi dengan dogma bahawa kerjasama pelbagai kaum amat penting, dengan itu kaum Melayu harus terbuka menerima mereka, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku ketika mereka berkuasa mendominasi PH dalam tempoh 22 bulan.

Kaum Melayu mungkin masih ingat dominasi pengganas komunis selepas Tamatnya Perang Dunia Kedua dan begitulah sikap rakus dan ganasnya mereka ketika 22 bulan berkuasa setelah berpuluh tahun berjuang sebagai pembangkang dan anti-Melayu Islam.
Mereka juga nampaknya bersungguh-sungguh berjuang untuk ‘menghalalkan’ penggunaan kalimah Allah dalam Bible dengan agenda yang amat terang lagi bersuluh iaitu untuk mempermudahkan strategi memurtadkan umat Islam.
Sebagaimana didedahkan oleh Senator TS Ibrahim Abu Shah, DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada ISIS dan DAESH seperti yang dicatatkan oleh beberapa buah buku yang dikaitkan dengan Evangelical Christian yang diperjuangkan DAP.
Senator, Tan Sri Ibrahim Abu Shah mendakwa DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi yang condong kepada zionisme sebelum menguasai seluruh negara dengan ideologi yang sama.
Gerakan Dap Jadikan Malaysia Negeri Kristian Yahudi
TS Ibrahim menunjukkan beberapa buah buku yang telah mendedahkan agenda tersembunyi DAP.
Malah sudah gah terpampang Salib ‘gergasi’ di Pulau Pinang yang pernah menjadi isu kontroversial, tapi ditepis dengan pelbagai alasan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menurut Ibrahim agenda tersebut dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas di Iraq dan Syria serta di negara Barat.
Ramai pemimpin DAP adalah sebenarnya mubaligh Evangelical Christian dan matlamat utama mereka ialah mengkristiankan Tanah Melayu ini.
Gerakan DAP amat terancang, menggunakan pendekatan camouflage (penyamaran), proksi (perwakilan atau ejen), dan deception (penipuan).
Pendekatan mereka adalah halus (invisible) tidak dapat dikesan kerana penuh kerahsiaan, yang diasaskan oleh Evangelical Christian.
Malah terdapat pandangan bahawa Evangelical Christian adalah satu mazhab agama Christian yang sesat sama seperti fahaman Syiah Iran yang difatwakan sebagai kaum munafik Islam dan sesat.
Pendedahan Bekas Pengarah Strategik DAP, Mohammad Razali tentang agenda tersembunyi DAP, juga nampaknya selari dengan apa yang didedahkan oleh Ibrahim.

Mohammad Razali mempunyai maklumat bahawa DAP ditaja oleh Zionis Yahudi dengan dana RM1.2 bilion yang masuk melalui Singapura.
Razali mencatatkan bahawa, “Dalam satu majlis makan malam DAP, seorang Ketua Paderi daripada Afrika Selatan berkata mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita (DAP) akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.”
Namun di sebalik itu, Razali telah dimaki-hamun oleh Lim Guan Eng dan dimarahi oleh Mat Sabu (ejen DAP?).
Semasa PH berkuasa, segala serangan terhadap Melayu-Islam amat jelas terlihat apabila Tabung Haji, Bank Islam, Khazanah dan banyak lagi telah menjadi sasaran kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.

Sumber: Cungkils
Malah Mahathir sendiri mengaku dia adalah ‘PM boneka DAP’.
Adakah kaum Melayu-Islam mahu tragedi pahit pemerintahan PH-DAP berulang kembali?
******
Tinggalkan Jawapan