PUAD ITU BATU API ATAU CAHAYA YANG TERANGKAN JALAN? – SOALAN KEPADA KETUA UMNO KUALA KRAI

Editorial

5 Ogos 2021

Entah dari langit mana dia turun, tiba-tiba Dtk Zulkepli Omar cuba melabelkan DS Dr Puad Zakarshi sebagai ‘batu api’ dengan tuduhan melaga-lagakan sesama pemimpin.

Inilah dia antara pemimpin yang cuba mengangkat paradigma ‘ketaksuban’ yang suka melihat pemimpin tertinggi sebagai ‘maksum’ dan dengan itu rakyat hendaklah diam membisu menjadi lembu dicucuk hidung, meskipun nyawa rakyat tergadai.

Zulkepli kata, “Dia (Dr Mohd Puad Zakarshi) banyak menghentam dan banyak yang tidak kena di matanya, tetapi bagi saya tidak perlu kita membuat perbandingan. Apa yang penting kita dahulukan, yang kurang penting kita kemudiankan.”

Tidakkah Zulkepli juga batu api ketika dia mengatakan, “Kalau Pas itu jujur dan ikhlas dengan kita, sepatutnya dia bagilah satu atau dua Exco kerajaan negeri Kelantan kepada kita,” manakala rakyat melihat dia sebagai pelahap yang pentingkan wang dan kedudukan?

Kami ingin bertanya, pada landskap kebajikan rakyat seluruh negara, apa yang telah Zulkepli lakukan, baik dari aspek, nasihat, teguran, bimbingan, ‘lips service’ mahupun tindakan mikro demi kebajikan rakyat dan UMNO sebagai pembela rakyat, dan pembela Raja-Raja Melayu?

Zulkepli mendakwa Puad adalah batu api apabila cuba menegur Ismail Sabri supaya tidak melangkaui kepemimpinan parti meskipun memegang jawatan TPM dalam kerajaan.

Tuduhan itu dibuat apabila Puad mengulas pertemuan Ismail Sabri dengan 40 Ahli Parlimen (MP) BN di Parlimen pada Khamis lalu berhubung sokongan untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya Zulkepli mahu Puad memberi sokongan kepada Ismail Sabri kerana UMNO amat memerlukan kapasiti jawatan itu untuk membantu parti demi menjaga rakyat di kawasan masing-masing.

Lagi sekali, nampak sangat Zulkepli lebih cenderung kepada soal dana daripada kerajaan pusat, tetapi mengetepikan soal prinsip demokrasi, dan ketaatan kepada DYMM Agong. Sewajarnya kedua-duanya harus seiring.

Apa yang Zulkepli sarankan itu juga tiada kena-mengena langsung dengan ulasan Puad terhadap tingkah laku politik TPM Ismail Sabri dan 40 MP UMNO.

Namun sebaliknya Zulkepli mesti sedar apa yang PPBM telah lakukan kepada UMNO ketika ini, dan seelok-elok selepas memenangi PRK Sabah? Zulkepli juga lupa siapa Muhyiddin pada landskap politik UMNO.

Tidakkah Zulkepli lihat apa yang dikatakan oleh TS Hamid Bador terhadap orang kuat Muhyiddin yang memilih ‘budak kita’ untuk tujuan peribadinya?

Tidakkah Zulkepli lihat dakwaan Muhyiddin semalam dalam perutusan khasnya tentang pihak yang menuntut dia ‘campur tangan dalam urusan mahkamah’ sebagai satu tuduhan rambang dan pengecut?

Sebaliknya Muhyiddin seperti tutup mata terhadap ugutan yang dikenakan kepada Syed Saddiq dan sebelumnya dakwaan Tommy Thomas terhadap kepimpinan PPBM dan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman.

Bagaimana pula golongan yang melompat parti dan berlindung di bawah payung Muhyiddin? Adakah mereka telah meminta Muhyiddin campur tangan urusan Mahkamah?

Sekiranya DS Najib Razak mahupun Presiden UMNO DS Dr Zahid Hamidi mahukan campur tangan ketua eksekutif dalam badan kehakiman, pastilah mereka berada di bawah ketiak Muhyiddin ketika ini sebagaimana ‘katak-katak’ politik yang sedang menyorok di sekeliling Muhyiddin.

Hari ini Muhyiddin berjanji pada September nanti sidang parlimen akan membuka usul ‘undi percaya kepada PM.’

Tapi mengapa harus tunggu sehingga September? Pakar ekonomi menegaskan bahawa lebih lama ‘usul undi percaya’ mahupun ‘usul tidak percaya’ ditangguhkan, lebih tinggi risiko ekonomi yang kerajaan tanggung.

Semua itulah yang menjadi dasar kepada ulasan Dr Mohd Puad Zakarshi.

Sejak dari Disember 2020 lagi DS Puad sudah nampak kelibat kegagalan dan kelemahan PM TS Muhyiddin Yassin dalam urus tadbir kerajaan.

Namun adakah orang seperti Zulkepli berani menegur sebagaimana tindakan Puad?

Kemudian terbongkar apabila proklamasi Darurat digunakan, kononnya untuk menangani Covid19, tetapi apa yang berlaku setelah tujuh bulan Ordinan Darurat (OD) dilaksanakan apabila hari ini Malaysia masih dalam kedudukan bahaya apabila lebih 20,500 dijangkiti Covid19 dalam tempoh sehari. Adakah ini kejayaan Ordinan Darurat?

Kemudian Puad menegur PAS yang mendakwa soal pembatalan OD hanyalah soal teknikal yang dianggap sebagai perkara kecil dan boleh dimaafkan.

Kami ingin bertanya ulama PAS kalau adalah kesalahan teknikal dalam solat dan ibadat yang lain, adakah ibadat itu sah?

Mereka pandai bercakap tentang itu salah, ini salah dalam soal ibadat, tetapi dalam soal integriti DYMM Agong dan soal demokrasi senang sangat mereka katakan ini soal teknikal yang boleh ditutup sebelah mata.

Adakah Zulkepli berani tampil dan mengatakan kepada rakyat bahawa OD telah dipergunakan untuk kesinambungan hayat Muhyiddin?

Ada pemimpin parti yang sudah berpuluh tahun jadi pengkritik, tetapi setelah menjadi Menteri Kabinet kerajaan, dilambakkan dengan kemewahan, mereka jadi lupa, malah dengan DYMM Agong sendiri pun mereka tunjukkan kebiadaban dan sifat derhaka.

Mengapa orang seperti Zulkepli tidak tampil untuk menegur orang begini?

Adakah Zulkepli sudah termakan dengan pendekatan ketaksuban sebagaimana ramai rakyat di Kelantan diperbodohkan untuk melihat pemimpin sebagai ‘maksum’ tanpa boleh ditegur sedikit pun?

Kami juga ingin bertanya, apabila pembatalan OD diputuskan oleh PN, adakah pemimpin UMNO dimaklumkan?

Tiba-tiba sahaja meletup pada sidang khas parlimen 26 Julai lalu OD telah dibatalkan, tapi kenapa UMNO tidak dimaklumkan.

Ini satu penghinaan terbesar terhadap UMNO yang dilihat diketepikan oleh TS Muhyiddin.

Adakah Zulkepli kisah dengan ini semua?

Kritikan DS Dr Mohd Puad ada asasnya.

Lantas apa yang didedahkan oleh Puad bukanlah untuk bertindak sebagai ‘batu api’ tetapi ialah adalah cahaya yang membuka jalan kepada rakyat supaya tidak jatuh ke juram yang dalam.

Ingatlah Zulkepli, bukan semua rakyat boleh diperbodohkan, rakyat semua dianugerahkan Allah dengan akal dan hati budi.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: